Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 24, 2015

Danial is 1 year old!

Special post for my son.

He is now 1!!!!!

Dah setahun anak mama, cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru aritu push push untuk lahirkan dia. Sekarang dah pandai berjalan (almost berlari), ada 6 batang gigi dan pandai pulak merajuk. Alahai...

Macam biasa, we had a small party to celebrate his birthday. Just the four of us at the luxury of our house. Luxury la sangatttt....


Amik gambo dulu.


Mama tolong potongkan kek. Nampak tak siapa yang terlebih excited sebenarnya?


Suap birthday boy makan.


Lepas makan kite main dalam besen, yeay!

Mama doakan Danial membesar jadi anak yang soleh, baik, pandai dan tak lupa pada keluarga.

Mama sayang Danial sampai ke syurga.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 15, 2015

Kisah pemuja artis K-Pop dan pengajaran di sebaliknya

Mende dah viral kan, nak gak komen. Komen kali ni agak panjang lebar so post kat blog je instead of facebook. So here it goes....


First, jangan la guna perkataan CABUL tu. Aku rasa dah macam pervert plak artis K-Pop ni. Kalau refer dekat semua drama Korea, apa yang dorang buat kat peminat dorang tu lebih kepada romantic gesture. Lelaki Korea memang romantik camtu, kalau tak masakan ada lambakan cerita Korea kat siaran tv kita samada yang berbayar mahupun yang free. Bukannya dorang tu perogol bersiri. Dan berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan orang Korea, dorang memang tak tahu pape pasal agama kat dunia ni. Almaklumlah, depa kan sembah nenek moyang. Aku ingat lagi bila first time masuk "prayer room", orang Korea tu tanya apa aku buat kat situ. Dowhhh...pray la ape lagi, takkan berak plak. Bila aku pray 2x (Zohor dan Asar), pun dia kagum dan tanya berapa kali aku sembahyang sehari. Aku jawab 5x, the first one starts as early as 6am, muka dia terkejut. Pelik gak la aku...ko ni tak pernah tengok tv ke ape. Itu tahap yang educated kerja ngan kompeni omputeh. Artis K-Pop yang datang sini aritu muda belia kot, ntah-ntah masuk sekolah seni, belajar menyanyi dan menari je hari-hari. So takleh nak salahkan dorang 'buat' anak gadis 'kite' camtu, dorang memang tak tahu. Salahkan penganjur yang tak brief artis tu pasal adab kat Malaysia ni.

Second, jangan la nak kondem budak tu gila babs macam kan budak tu buat sex dengan artis K-Pop atas pentas. Dorang excited tu dapat jumpa artis pujaan. Sejujurnya aku akui, kalau aku dalam umur itu dan Justin Timberlake (zaman aku popular dengan N'Sync) ajak naik atas pentas, aku peluk tak lepas kot. Tapi kalau MJ yang ajak memang takkan la terjadi kes peluk ni sebab kebarangkalian untuk aku pengsan kerana over excited sangat tinggi. Tapi itu duluuuuu...zaman dulu, zaman muda remaja. Dah tua ni kalau Justin ajak naik pentas, aku cakap je "No thanks, I'm married". Ewah. POYO. 


TAPI...(ini hujah ketiga)....Jangan la defend budak tu macam depa innocent gila. Salah tetap salah. Walaupun mereka masih muda remaja, tapi depa dah besar kot. Dah boleh kahwin boleh beranak. Dah boleh fikir halal haram. Dah cakap banyak kali kan, elak tempat maksiat. Tempat maksiat tu bukan setakat kelab malam, konsert hiburan camni juga tapi eeehhhh takkkk...nak pergi jugak. Dah jadi camni mana nak letak muka? Ada 'ustazah' cuba defend budak-budak tu dengan cakap semua yang berlaku atas izin Allah. Hmmm...betul gak tu. Kalau camtu kita takyah la hukum perogol-perogol ataupun mana-mana penjayah sebab apa yang berlaku atas izin Allah. Pffftttt..... 


Berbalik pada point aku nombor 2 tadi, aku rasa tindakan JAWI nak ambil tindakan pada budak-budak tu agak extreme. Ramai jugaklah kawan-kawan aku yang kesian kat dorang ni. Betul, memang kesian. Orang lain pergi konsert, dia pun pergi konsert. Tapi kenapa dia sorang je yang kene. Patutnya yang lain pun kene tindakan juga sebab bersubahat dalam kejadian tersebut!

Aku pernah baca kes lelaki dipenjara 20tahun kerana 'merogol' gadis bawah umur sebanyak 5x dilokasi yang berasingan iaitu dalam rumah, dalam kereta, dalam semak dan lain-lain, pada masa dan tarikh yang berlainan. Aku memang musykil betul kes camni. Camne la kau boleh ikut lelaki yang merogol kau dan biarkan diri kau dirogol banyak kali. Ini bukan kes rogol ni, dah macam kes suka dan rela. Tapi just because so called 'gadis' ni bawah umur, kurang dari 16tahun, so kes ni charge under 'rogol'. Ini undang-undang Malaysia. Bila jumpa kes macam ni aku memang kesian gila kat laki yang kene hukum tu.. Dia tak rogol sesiapa, silap-silap perempuan tu yang offer, tapi dia dihukum penjara 20tahun. 20tahun dari usia dia direntap macam tu je. Fikirkan juga perasaan mak bapak lelaki ni tadi bila anak dia kene masuk penjara sedangkan perempuan tu ada peluang untuk baiki kesalahan dia dan bina kehidupan baru.

Tapi sebenarnya tiada istilah kesian kat sini. Zina itu dosa dan ini adalah azab dunia yang dia perlu tanggung. Azab akhirat tak tahu pula macam mana. 

Sama juga macam peminat K-Pop yang merelakan diri mereka diperlakukan begitu. Ini azab mereka di dunia ini. Semoga dapat meringankan azab mereka di akhirat nanti.

So apa point aku ek? 

Point aku ialah kita tak patut menghukum, tapi kita juga kene tegas. Prevent is better than cure.

Monday, January 12, 2015

Azam tahun baru yang praktikal untuk kita semua. Ayuh!

Realistic New Year's Resolutions

Friday, January 9, 2015

The heart wants what it wants


Ada orang cakap aku pentingkan diri sendiri, SELFISH. 

Which aku rasa betul. Aku tak nafikan, aku MEMANG selfish. 

Tapi salah ke aku nak kejar cita-cita aku?

Aku membesar sendiri. Mak ayah sibuk kerja, kakak pulak semua belajar jauh. Sejak kecik aku belajar duduk rumah sorang-sorang. Dekat sekolah aku belajar rajin-rajin sebab mak aku pernah pesan, dia tak mintak apa-apa dari anak-anak, dia mintak belajar rajin-rajin je. Balik rumah pun bukan ada apa sangat nak main, paling tinggi tengok tv sampai malam. Kalau takde rancangan best memang aku akan baca buku. Resultnya, aku jadi antara pelajar pandai kat sekolah. Lepas habis sekolah, dapat sambung belajar pun jauh ke utara, 5 tahun kat sana. Yang mak ayah hantar pergi belajar boleh kira dengan jari je, yang lain semua aku buat sendiri. Naik train ke, naik flight ke, bas ke..semua handle sendiri. I was pretty much independent.

Aku memang dah terbiasa jalani hidup dengan gaya aku sendiri. Aku buat apa yang aku nak buat, takde siapa guide, takde siapa halang. I just do it. Aku nak jadi pandai, aku belajar rajin-rajin. Yang mana aku tak faham, aku pergi jumpa kawan walaupun kawan tu duduk jauh. Aku nak kerja, aku gigih pergi interview kat KL banyak kali. Dapat kerja kat KL, aku tinggalkan rumah dan menyewa dekat KL. Kompeni first aku kerja ada ura-ura nak buang orang, aku cepat-cepat cari kerja lain. Tempat kerja baru jauh dengan rumah sewa, aku cari rumah sewa lain yang dekat pulak dengan ofis baru. Aku buat apa yang aku nak buat.

Aku ada cita-cita. Banyak benda yang aku nak capai. Aku dah ada "Life Plan" apa yang aku nak kecapi dalam hidup ni. 

Cita-cita itu juga impian aku. Impian yang aku nak capai sejak kecik. Angan-angan yang aku pasang masa aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Impian yang aku bina masa penat sengkang mata belajar hingga lewat malam. Impian yang aku idamkan masa aku travel jauh-jauh pergi belajar. Impian yang aku niatkan masa aku bersendirian dan kesunyian dalam lot bilik sewa aku tanpa teman.

Jika aku tak punya cita-cita, bisa saja aku habiskan sisa-sisa masa aku dengan berpoya-poya bukannya belajar. Jika aku tak punya cita-cita, boleh aja aku hanya selesa duduk di rumah selepas habis SPM. Kalau aku takde impian, boleh saja aku kerja di supermarket dekat dengan rumah ibu bapaku. Kalau aku takde angan-angan, aku takkan keluar dari bawah ketiak kedua orang tua ku. Lebih mudah begitukan?

Namun aku punya cita-cita. Aku mahu capai apa yang aku inginkan. Maka aku aturkan perjalanan hidupku untuk tujuan itu.

Aku tidak faham bagaimana untuk hidup tanpa cita-cita, tanpa keinginan, tanpa impian. Umpama sebuah mesin yang bergerak mengikut arahan si pengawalnya. Bahagiakah? 

Aku faham jika tidak semua yang kita inginkan itu bisa kita capai. Hidup ini perlu pengorbanan. Tapi untuk hidup tanpa mencuba, bahagiakah?

Aku ada impian dan cita-cita. Aku ingin BAHAGIA.

Tuesday, January 6, 2015

Cara didikan anak idaman aku

HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi "Kakak Besar". Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald's dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.


Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila "Kasih sayang" menjadi lebih murah berbanding "agenda peribadi".

SAIFUL NANG

Daddy Orked.
****************************************************************************
Macam biasalah, aku amik post di atas dari Facebook Hj Saiful Nang. Senang je kerja aku sebagai blogger kan, copy paste je post orang. Takpelaaa...bukan ade follower tegar pun.

Ini adalah cara didikan idaman aku....TAK MANJAKAN ANAK DENGAN MATERIAL. 

Sebab aku dibesarkan begitu. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah. Aku tak tau la sistem pendidikan sekarang macam mana, tapi zaman aku dulu, orang suke sangat jual produk kat sekolah. Paling best Vitagen la kan, excited amik borang and tick perisa-perisa yang nak dibeli. Bila balik rumah tunjuk kat mak, mak bagi 80sen je...bersamaan dengan sebotol je Vitagen yang boleh dibeli. Alahai..kecewa. Orang lain beratur beli banyak-banyak, aku penat beratur beli satu je Vitagen. Vitagen pada waktu itu adalah minuman mahal pada keluarga aku. Weh, 80 sen je kot!

Kes kedua, ada orang jual pen kaler magik. Memang best gile, boleh combine-combine kaler, come with art tools. Aku selaku budak yang memang buta, pekak, bisu seni ni, kagum gila ngan produk tu. Kira senang la aku nak berjaya dalam subjek Pendidikan Seni kan. Murah je kot, tak silap aku harga dia RM10. Balik tu aku mintak kat mak nak beli, mak tak kasi. Aku punya meraung, nanges teresak-esak macam lepas kene rotan, sampai tertidur dengan baju sekolah. Bangun tidur mak suruh mandi. Camtu je. Ko tak rasa mak aku kejam giler ke? Macam mak tiri pun ada. Memang sampai ke sudah dia keras hati taknak belikan pen tu. Dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Mungkin RM10 tu mahal sebenarnya, aku je tak kenal nilai duit masa tu.

Mungkin sebab tu sampai sekarang aku sempoi je....takde baju berjenama, kain sutera, tudung Fareeda dan handbag berjenama. Nak jugak kan justify diri sendiri. Kah!

Tapi sekarang ni lain pulak ceritanya dengan anak aku. Apa dia nak semua dapat. VItagen tu toksah cakap la, pantang habis beli lain. Bukan satu tapi sepeket terus. Mainan pun setiap bulan dapat baru, kadang-kadang beli lagi lain bila ke pasar malam. Walaupun semuanya murah aje, but point is dia dapat mainan baru. Ayah dia la manjakan anak, ikut je cakap anak. Sekarang ni Amani dah pandai, sikit-sikit dia akan merajuk sebab nanti ayah dia akan pujuk dengan bawak dia ke kedai beli jajan. Tak ke syiok?

Bagus juga ayah dia manjakan anak sebab kalau ikutkan aku, aku memang tegas. Apa dia nak, semua aku cakap tak boleh. Kecik-kecik lagi aku dah belikan banyak buku, macam kan budak tu pandai membaca. Tapi tulah, aku taknak anak aku dibesarkan dengan material. Barang mainan mudah rosak, akan dibuang, tapi ilmu yang dia dapat dari buku, insyaAllah kekal forever. But akibatnya of course la Amani lebih sayangkan ayah dia sebab ayah dia cool, Mama kedekut. Huhuhu... 

Lain....lain sangat pendekatan kami dalam besarkan anak. Dan di situ wujud kekeliruan.

Nak buat macam mana, anak tu anak bersama. Bukan anak kita seorang, so tak boleh nak kata "tak kira, ikut cara aku jugak!" Kena terima la juga cara didikan pasangan walaupun berbeza dengan cara kita. Macam aku, aku biarkan En.Suami ikut cara dia, dan aku tetap dengan cara aku. Aku rasa ini je cara yang terbaik untuk seimbangkan dan bagi dua-dua pihak happy.

Ok juga kalau En.Suami berhabis untuk anak dia, at least aku tahu duit dia tak lari ke orang lain. Kalau tidak, awas kamu bang!

Sunday, January 4, 2015

Party kat opis baru

Last post tu aku ada cakap yang aku tukar kerja lagi kan. So ni nak share apa ofis aku buat aritu.

Jabatan aku buat Pot Luck. Asalnya nak buat peringkat bilik aku je tapi ntah camne leh ade misscommunication, jadi peringkat jabatan lak. So semua kene menyumbang. Biasalah company Melayu, bab makan-makan ni jarang nak bersederhana, memang meriah. Bak orang tua-tua kata, tak ajak satu kampung tak sah!












Aku bawak sate yang dibeli pada malam sebelumnya, dan dipanaskan pada pagi kejadian sebelum gi keje.

Aku tak kisah nak masak (konpiden masak sedap kononnya) tapi masalah utama aku ialah untuk bangun pagi dan masak. Kalau aku ada maid lain la cerita, ni aku la yang nak masak, nak prepare barang anak, nak hantar anak gi rumah pengasuh...idok ler teman rela bersusah payah di pagi hari camtu. Baik aku beli ready made and panaskan, settle. Lagipun aku dah tanya kawan-kawan, dorang tak kisah makan mende yang dipanaskan, so aku on jela kan.

Eventnya start pukul 10.30 pagi dan berlangsung sampai makanan habis. Seronok juga aktiviti camni dapat eratkan silaturrahim tapi tak boleh buat selalu, bahaya. Kang ada yang naik 3kilo tiap bulan. Naya.
posted from Bloggeroid