Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2016

ETS Kajang-Gemas

Weekend punya cerita.

Buat pertama kali balik kampung naik keretapi. Amani la..request nak naik keretapi, layankan jela. Kebetulan ada hal nak balik kampung, so berangkat la kami.

Ok, untuk pengetahuan, tren antara-bandar (inter-city train) dah tak ada. Ala train lama yang macam Sinaran Pagi or Senandung Malam tu dah dihentikan perkhidmatan. Aku tak tahulah sebab apa tapi aku rasa yela, Malaysia kan dah modern, nak uograde la ke tren yang canggih sikit. Lalu perkhidmatan ETS diperkenalkan mulai Mei 2016. Kau nak tahu lebih lanjut, refer jela website KTMB ok.


Hentian Kajang at 12.26pm. Yela, stesen yang sama  ngan komuter tu, mana lagi. ETS ni pun pakai rail komuter juga, bukan rail emas ke perak ke.


Nahh...ada tv. Cerita Dilwale 2016 lagi dia bagi. Layannn...


Aku ambil 3 seats je. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Danial free sebab bawah umur.


Kerusi agak selesa, boleh adjust. Cuma mungkin sempit sikit sebab kaki suami yang panjang macam muat-muat je dengan seat depan.


Dalam train ada cafe. Aku yang jakun pun try la beli, saje nak buat rasa. Ni Amani yang order, nasi lemak rendang ayam + milo panas = RM9. OK la kot dari kau kebulur dalam tren tu, walaupun perjalanan tak sampai 2 jam. Hikhik! Not bad, sedap juge. Milo tu ala Milo 3 in 1 yang dia bancuh air panas je. Lain menu yang ada bihun goreng dan nasi tomato. 


Beli 3 seats dapat 1 gerabak, ko hado?? 

Sampai Gemas pukul 2.15pm, tak sampai 2jam dah sampai, which normally take 3 hours kalau naik kereta. Aku nak balik Segamat sebenarnya tapi stesen terakhir sampai sini je, so kat Gemas mak ayah aku amik kitorang. 

Overall memang memuaskan hati. Cabin sentiasa dibersihkan. Toilet bersih dan wangi. Aircond agak sejuk, yang tak tahan sejuk boleh bawak jaket la. 

Cuma yang aku rasa kureng ialah waktu perjalanan yang tak berapa nak cun. Train terawal yang aku naik ni la, pukul 12.26pm. Sampai Gemas pukul 2.15pm. Aku prefer kalau ada train pagi, cepat sikit sampai Gemas. Which I think is the reason contribute to the empty cabin showed above. Takpe la, baru diperkenalkan kan. Mungkin bila dah popular nanti akan banyak lagi jadual perjalanan.

posted from Bloggeroid