Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 1, 2017

Aqil Danial



Last week dapat mesej dari pengasuh anak-anak yang aku panggil Along, katanya dia masuk hospital. Kebetulan masa tu memang tengah cuti, so no hal. But later dia mesej mungkin lama dia kena warded sebab luka di kaki dia melarat sehingga jari dah naik hitam. Along ada kencing manis, aku tahu betapa seriusnya kes dia ni. 

Terus angkat fon call mak kat kampung. 

Me: Mak, tolong!

Mak: Apa?

Me: Tolong jaga anak seminggu, Along masuk spital.

Mak: Ok.

Ahad malam mak dan ayah dah sampai rumah. Bolehlah pergi kerja hari Isnin tu dengan lapang dada.
Seriously how do I live without them? My ultimate savior.

Semalam ok aje, cuma sebelum tidur semalam Danial membebel "Nial bangun cari mama takde, ayah takde, Nial keluar (bilik), atok ada kat (bilik) belakang". "Mama kan dah cakap Nial dok ngan Tok Mak, Tok Mak jaga Nial" aku cuba pujuk. "Yela tapi bagitahu la Nial" rengus Nial. Berapa kali nak bagitau daaa....

Hari ini kiranya hari kedua anak-anak duduk dengan mak ayah dekat rumah. Aku ajak mak ayah ikut ke ofis sebab ada hal nak settle, after settle tu boleh la dorang hantar aku ke ofis dan balik. Danial ada sikit happy sebab dapat ikut mama arini (his first time) walaupun bangun pagi tadi dia mengamuk sebab kena mandi pagi (dia tak berapa suka mandi). Bila dah settle hal tu, dia tanya nak pergi mana lagi, aku cakap "Mama nak balik office la, nak work". Danial terus nak duduk dengan aku. Pastu dia bebel-bebel cakap "Lama betul Tok Mak ni kat sini, balik la". Cis, kurang asam punya cucu. I know sebenarnya dia nak cakap yang dia nak stay ngan Mama so Tok Mak can go balik kampung already. Sampai dekat office, time to say bye-bye, sedih betul muka dia "nak mama.." katanya. 

Alahai anak, what should Mama do with you. Manja sangat. Lepas ni mungkin Danial dah start kena duduk taska sebab Along dah tak boleh jaga. Aku taknak la susahkan Along. Lagipun assume Along tak sihat lg untuk masa beberapa bulan, yela, potong jari kaki kot. Takkan la 2 hari lepas keluar spital dah boleh bergerak aktif. I don't want to be those selfish parents yg fikirkan diri sendiri je.

Mama harap sangat Danial strong too k. Mama loves you and Amani. 
posted from Bloggeroid

Monday, July 31, 2017

Broga 2017

Aritu husband ajak pergi bawak anak main indoor game kat IOI City Mall. Hmm..tak berapa berkenan dengan tempat tu untuk bawa anak-anak sebabnya knowing my kids, especially yang kecik tu, penakut sikit. Lagipun tiketnya mahal, in case anak buat perangai taknak main, ajak balik, rugi benar tiket memahal tu.

So aku bagi idea "Jom panjat Broga". 

Last pergi Broga ni sebelum bertunang dengan En.Suami. Pernah naik Borga ni dengan dia. Aku ni nak kata suka sangat hiking tu idok le juge, Broga ni jela yang aku rajin panjat. So far tak pernah naik yang tinggi-tinggi. Tapi tula, setakat nak naik tu no hal, ajak je, aku on. 

Ni aku share sikit gambar aritu (tak ikut susunan).


Ist peak. Sampai sini dah cukup happy. Tapi ada atas lagi. Memula ingat nak turun dah, tapi Amani naik syiok, ajak panjat lagi atas.


Ok, ni memang dah sampa 2nd peak. Bangga betul dapat bawak anak-anak sampai sini. Tinggi dah ni weh.


On the way nak ke 2nd peak. Mencabar sikit ni, make sure kasut korang tu sesuai. Dah sampai atas baru perasan sebenarnya ada trail yang lagi senang. Ceh.


Ni kat pintu masuk. Tu aku bukan sengaja nak posing senget-senget badan, its my scoliosis. Hmm...


Sebelum ni, ada sorang mamat posing maut atas batu ni, Amani pun nak juga. Makanya kita layankan. 


Take picture sejurus berjaya sampai 2nd peak. Anak-anak dah start pancit. Kalau korang tengok kat belakang tu, ada trail lagi sampai last peak tapi kitorang givap sebab dah start panas terik. 


Oh ni masa kat bawah lagi. Mula-mula anak macam takut gila nak panjat tapi lepas ayah dorang cakap "Panjat je, kalau baju kotor ayah tak marah" baru dorang berani panjat. La, takut kena marah rupanya.


Ni la trail yang mencabar nak ke 2nd peak tu. Licin berpasir weh, susah nak grip. Sebenarnya ada je jalan senang, korang kena pandai pilih jalan.

Compare dengan 6 tahun lepas, memang lain benar trail Broga sekarang. Yang rileks macam rileks sangat, yang mencabar jadi mencabar sangat. The other side of the bukit dah mula ditarah untuk projek tanam pokok kot, makanya kalau kau nak mengelat, lalu aje la jalan yang dah kena tarah dengan jengkaut tu. Sampai atas kau selfie #doneBroga, orang bukan tau. Pada yang mudah pancit, bawak air banyak sikit, bawa gula-gula juga sebagai bekalan tenaga. Bawak duit juga sebab kau parking dah kena bayar per head, dekat tengah-tengah perjalanan pun kena bayar lagi. Tapi masa aku turun takde plak uncle tu. So aku tak sure sebenarnya kena bayar berapa kali. Kau bawak jela duit standby.

But overall ok la untuk kau spend weekend secara sihat. Anak dah mula syok hiking, dah ajak repeat. Sabar ye nak, nanti mama cari kekuatan untuk hiking lagi. Selalu pun boleh tanggal kepala lutut mama, maklum la dah tua. Huhuhu...
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 26, 2017

"Dugaan itu Nikmat" atau "Nikmat itu Dugaan"

Lately macam-macam jadi dalam hidup aku. Betul la orang cakap, life is a cycle. Elok je before ni aku lalala, hahaha, tetibe berdebuk jatuh ke gaung. Murung. Stress. Depress. So here is my rambling post;

Nikmat itu Dugaan

I have been praying to get a better job for so long. Every prayers, every buka puasa moments (sebab orang kata doa time buka puasa itu mustajab), I will pray for this. Pergi interview few times but to no avail. Then slowly I kinda forget pasal permintaan tu, kinda give up sebenarnya. Aku start kerja jela macam biasa, hadap jela kerja yang ada. Eventually I like my job, makin lama makin ok, makin seronok, makin selesa. So I thought my prayer has been answered. Tiba-tiba...dapat offer yang betul-betul aku rasa aku tempting juga la. Sungguh rasa keliru nak buat keputusan. Rezeki sekarang dah ok, perlu ke aku tukar kerja?

So few things keep repeating in my head,

1. Aku dah puas berdoa sebelum ini and now aku dah dapat pun apa aku nak, adakah ini answer to my prayers?
2. Orang cakap kalau Allah tak makbulkan terus doa kita, maknanya Allah nak bagi yang terbaik untuk kita. Best thing at the right time. So is this the right one?
3. Tapi macam mana kalau offer ni hanya reminder from Allah? Allah nak aku pray harder, minta Dia beri petunjuk, basically He just don't want me to stop praying to Him. Kita ni kalau dah start selesa memang kita kurang berdoa dah. So mungkin, offer ini hanya reminder from Allah?
4. Selain itu, mungkin juga ini hanya dugaan? Allah nak test aku ni tamak ke tak. Rezeki yang ada pun dah cukup baik, tak payah la tamak. Bersyukur je dengan apa yang ada.

Sungguh aku keliru. Doa aku termakbul, itu nikmat, Alhamdulillah. But the fact that it comes a bit too late, sungguh ini ialah dugaan.

Dugaan itu Nikmat

Yang ini sungguh dugaan. Konflik sesama manusia. Tak boleh nak cerita panjang but pointnya, aku sangat stress dan depress. Tak tahu pada siapa (friends or family) untuk mengadu, so I turn to Him the Almighty. Aku mula amalkan zikir "Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir". Zikir untuk lembutkan hati. Banyak 40x, then tiup dalam air, bagi pada orang yang kita nak lembutkan hatinya itu. Yang ni aku tak buat, tapi zikir tu aku amalkan. Selain tu, baca banyak-banyak surah Al-Insyirah. 

Sejujurnya aku bukan kaki zikir, hanya short selawat yang aku amalkan lepas solat sambil lipat telekung. Berapa banyak sangat la yang aku boleh sebut kan? But when dapat dugaan camni, aku sebaik boleh cuba amalkan, dengan niat nak lembutkan hati orang yang aku berkonflik ni. But turns out, segala amalan ni sebenarnya menenangkan aku. Aku tak tahu effectnya pada individu tersebut but it calms me down. Hati yang dilembutkan sebenarnya ialah aku. Bila baca surah Insyirah tu banyak kali, beri aku kekuatan "kerana sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan". I believe ini hanya temporary, soon everything is going to be okay. In fact, mungkin ada hikmahnya kami bergaduh ni, cuma aku yang tak nampak, belum diberi petunjuk. Tak payah nak serabut banyak, this shall pass. 

Aku dah nampak, dugaan ini sebenarnya satu nikmat. Kalau tak dapat dugaan ni, aku tak tahu pun the power of zikir. 

"Dugaan itu Nikmat" atau "Nikmat itu Dugaan" sebenarnya terpulang pada kita untuk menilai. 

Friday, July 21, 2017

RIP Chester Bennington

Today dunia digemparkan dengan kematian penyanyi utama Linkin Park, Chester Bennington.

Those yang lahir era 80an rata-rata akan kenal dengan kumpulan Linkin Park ni. Mereka pernah suatu ketika dulu menggegarkan seni muzik dunia dengan memperkenalkan genre rap-metal-rock alternatif yang memang rare masa tu. Aku nak sebut lelebih pun bukan aku faham sangat, yang aku tahu lagu dorang memang grunge. Boleh layan feeling and head-banging at the same time. Memang jadi fenomena. 

Aku bukan la die hard fan Linkin Park. Tapi macam aku cakap, lagu dorang memang layan. Setakat nak ulang 100 kali sehari, tak bernanah telinga. Aku setakat hafal lagu-lagu dalam album Hybrid Theory (2000). Lagu paling letup ialah In The End. Sebab apa aku kata aku bukan die hard fans, sebab aku tak hafal lagu ni, setakat hafal part chorus. Masa tu semua orang hafal lagu ni, yang english fail pun hafal. Aku pun English baru nak belajar grammar, tak reti la nak hafal rap laju-laju, tapi sis cuba.

Bila keluar album Meteora (2003), aku dah tak dengar full album. Still lagu-lagu letup macam Faint, Breaking The Habit, Somewhere I Belong memang aku hafal. Favourite lagu aku yang sampai sekarang give me chill in the spine is Numb. Macam dekat nau dengan jiwa aku. Layan gile beb!

Masuk album last Minutes to Midnight (2007) aku dah tak berapa layan. Mungkin sebab dah lama sangat dorang tak keluar lagu baru, 4 tahun tu lama oih! Aku pun masa tu dah mula layan lagu jiwang, maklumla dah fasa ada pakwe, hahahahha haktuih! Still lagu yang aku layan ialah Bleed It Out, buat release tension memang membantu. Banging jangan tak banging. 

Ok dah la cite pasal album. Aku up post special pasal Chester is because of one strong memori I have on Linkin Park. Sebut je nama Linkin Park, memori ni akan naik kat kotak fikiran aku. Tahun bila aku tak ingat, tapi masa tu Linkin Park memang tengah letup, satu famili besar ayah aku buat Family Day dekat Cherating, Pahang. Masa tu pun memang time famili kitorang tengah up, asik la buat konvoi Family Day ke sana sini, pakai tshirt sedondon, you know. Bonding tengah kuat betul masa tu. So kat Cherating tu, kitorang tempah beberapa buah chalet, malam ada barbeku bagai, aktiviti standard tepi pantai la kan. Yang tak senonohnya ialah bila sepupu-sepupu lelaki aku bantai buat concert Linkin Park plak kat chalet. Kau bayang la lagu Linkin Park yang 'bising' tu kitorang boleh buat concert. Memang dah macam konsert haram dah bila aku kenang balik. Tapi jiwa muda, mana kisah. Kitorang stop pun sebab ada guest lain complaint bising dah pukul 11 malam kitorang memekak lagi. Tak cukup situ, lepak tepi pantai lak sambung nyanyi sampai pagi. Memang gila.

Sekarang bila dah besar dah kahwin masing-masing, susah betul aku nak jumpa sepupu-sepupu aku. Raya pun tak semua balik serentak. And kalau jumpa pun dah macam strangers, nak cakap pun malu. Rindu zaman bonding kitorang kuat dulu. Tapi yela, masing-masing dah anak laki/bini dan anak-anak, kena la hormat pasangan masing-masing ye dak.

Anyway Chester, thank you for that sweet memory. RIP.

Image result for chester bennington

Tuesday, July 11, 2017

Lelaki mulut manis

Hari tu suami ada cerita perihal kawan dia yang kahwin banyak. Nak kahwin yang #3, sekali yang #3 tu telefon #1 minta izin, kantoi. Terkejut berukla #1 rupanya dah ada yang #2 dan nak pasang yang ketiga! Berperang la laki bini, akhirnya laki mengalah, ceraikan bini #2 dan tinggalkan yang #3.Senang je kan laki tu buat keputusan. Yang #2 ngan #3 tu anak kucing ke apa? 

Asben penah cerita "Abang L tak join pun kitorang lepak. Dia tengah sibuk bercinta dengan budak muda kat Seremban. Asik ke Seremban je. Sanggup teman budak permepuan tu sampai 3 pagi mendobi."

Last week suami cerita lagi 

Suami: Abang L confirm nak ke Kelantan, nak pinang budak tu.

Me: Dia pergi sorang-sorang ke? Tak bawak famili ke? Boleh eh pinang anak dara orang camtu?

Suami: Entah. Budak tu tahu tau yang Abang L ni ada bini, tapi nak juga.

Me: Yela, kalau dah asik ke Seremban teman budak tu, even sampai pukul 3 pagi, siapa yang tak cair? Kalau saya pun saya cair. Tapi lepas dah kahwin nanti, jangan harap la dapat layanan camtu. Kalau lelaki tu consistent layan bini dia ngan baik, takde la dia sibuk cari yang lain. 

Suami: Oo...cair eh camtu...

Me: Awak jangan bang, kang saya sumpah awak accident bawak motor.

Wahai perempuan-perempuan di luar sana, hati-hatilah dengan lelaki yang sweet tahap potong kaki camni. Especially yang memang dah berkahwin, kau takyah nak acah dia boleh berbahagi kasih. Kalau dia memang lelaki yang baik, dia takkan buat bini pertama dia camtu. 

Bagi aku lelaki yang camni gila seks. Tu je aku boleh fikir.