Thursday, October 28, 2010
Tak dapek
Time period dia bagi cume seminggu. Data nak proses beribu-ribu. Yang ak bengang client bagi data tak match. Dah keje ak pulak nak kene buat kerja extra kasi match itu data. Woi badigol, ak ade seminggu jela nak buat semua ni, bukan setahun! Nak perfection dari kitorang, salah sikit memang habis kene maki. Meraban la ko nak jawab soalan "please explain why this happen". Tu belum lagi kire esok nanti performance rating low. Tapi kot ko yang bagi data merapu takpe plak kan.
Bongok tol.
Dah, ak nak sambung buat kerja. Siap bawak kerja balik rumah tak tahan ok! Urrghhh...!! Nanti bile ada masa ak update la blog ni. (bajet cam ade follower yang setia menanti update blog ak. Hahaha..perasan!)
Chow bedah!
Sunday, October 24, 2010
Bila rindu, terkenang mu sayang...
Nak tido tapi mata tak ngantuk. Kalau Mr.Perfect tau ni mesti dia marah. Time dia ade ak pulak sibuk nak tido awal. Ni dia takde, elok plak ak berjaga sampai pagi. Entah ek..ak pun tak tau kenapa ak tak boleh nak tido.
Yela, mana taknye..selalunye ak akan borak ngan dia sampai la ak tertido. Borak ke, gaduh ke, x kisah la. Janji ak dengar suara dia before tido. Suara dia merdu sangat sampai ak seolah-olah didodoi sehingga tertido, Hikhik! Ok, over. So bile dia takde ni, jadi janggal la pulak ak.
Baeekkk punye ilham ak dapat tadi untuk ber'ekspresi' di page ak ni. Tetibaaaa...kawan ak ping kat YM. Borak bukan main panjang..pot pet pot pet, akhirnye dia kata dia ngantuk dan nak tido. Ak pulak terkebil-kebil kat sini. Nak post entri baru pun ak dah lupa dah ape ke ilham ak tadi. Siot tol la.
Last-last ak tido jela kan...nite nite.
Friday, October 22, 2010
Stress
Untuk final lecturer dah bagi hint tapi ak tengok hint pun macam lebih kurang suruh baca 1 buku je. Stress!
Mr.Perfect pulak pergi jauh time-time ni. Rindu nak dengar suara dia. Sunyi sangat rasa..
Tetiba air mata mengalir. Rasa macam bodoh sangat coz I have to go through all this. Kenapa perlu seksa diri macam ni? Takde penyakit cari penyakit. Stress!
Tapi dah terlambat unutk menyesal. Ak dah amik keputusan ni and ak perlu teruskan. Mungkin sekarang terseksa tapi membuahkan hasil yang lumayan pada masa akan datang. Every clouds has silver linings. Hanya perlu sabar dan berusaha.
Pape pon ak tengah stress skang ni. Stress!
Friday, October 15, 2010
Ready. Set. Go!
Mr.Perfect: Jom kawen.
Ak: Jom!
Sape la tak seronok kalau ade orang lamar. Mula la hangen gedik and gatal tu datang. Belum pape dah start berangan itu ini. Oh, excited ok!
Semalam topik itu lagi menjadi perbualan. Seronok. Tapi entah kenapa, bangun je pagi ni and teringatkan perbualan semalam, terus seram sejuk jadinye. Betul ke ni?
Yup, betul orang cakap, kahwin ni bukan senang. Ak ni bukan pandai masak sangat pon. Ak dah buat pengakuan pun dalam entry sebelum ni yang ak ni masak kejap jadi kejap tidak. Ok, Mr.perfect cakap dia tak kisah, dia bedal je ape ak masak, kalau betul tak sedap sangat, dia sendiri akan masak katanye. Tapi keluarga mertua ak? Mak bapak mertua? Adik-adik ipar? Kot dorang makan masakan ak then masing-masing fobia sampai tak selera nak tengok makanan selama seminggu, camne? Tak ke naya?
Kite kahwin bukan dengan dia je, tapi dengan seluruh familynya. Ak anak bongsu. Mr.Perfect pulak anak sulung, which means kalau ak kahwin dengan dia, ak akan jadi menantu sulung. Dia seronok la kahwin ngan ak sebab tak pasal-pasal dapat jadi bongsu. Ni ha, lom pape pon lagi dia dah dapat sokongan bakal ipar duai dia. Ayat favorite dia baru-baru ni bila kitaorang gaduh..
"Abang ngadu kat Along..."
"Eleh, sikit-sikit ngadu. Itu Along sayang la, bukan Along abang!"
"Tak kira la...Along sokong abang...wekk..!"
Oh, nyampah!
Mampu ke ak bawak title Along tu nanti? Jadi ketua dalam semua hal. Padahal sebelum ni semuanya ak ikut je ape kakak-kakak ak buat. Ak ni tolong sumbang tenaga je. Tapi kalau kahwin dengan Mr.Perfect, ak la kene buat semuanya. Takutttnyeee....
Ni belum lagi cerita pasal nak dapat famili kedua. Kalau sebelum ni ak ada mak ayah and kakak-kakak ak je, pasni akan ade mak kedua, ayah kedua, and 4 orang adik! Hamek ko...nak sangat adik kan, dapat 4 sekaligus. Ko ade? Walaupun famili dia baik, especially mak dia yang sangat peramah ngan ak, ak tetap cuak. Kalau bercakap kat tepon tu terasa terus nak letak je. Huhuhu...
Seram sejuk ak bila fikir mende ni. Ak yakin kalau Mr.Perfect baca blog ak ni, dia akan cakap
"Tak sudi kahwin ngan abang ke?" (sambil wat muka+suara sayu)
or lebih dramatik sikit
"Kalau susah sangat tak payah la kahwin! Alasan awak je tu kan. Awak bukan nak kahwin ngan saya pun!"
Pulakkkk.....
Bukan taknak tapi takut. Of course kene kahwin jugak sebab kene halalkan hubungan ni kan. Tak elok pulak selalu keluar tanpa ikatan.
Ak: Bile nak kawen?
Mr.Perfect: Tahun depan, awal tahun.
Ak: Ee...gelojoh!
Dan dia majuk. Hikhik! Ske ske!
Merenung masa depan kita berdua....Friday, October 8, 2010
Ayam Penyet
Udang penyet, RM7.00
Ayam penyet, RM7.70 Ade kangkung celur, tempe, tauhu gorang, sambal belacan goreng. Sup kosong kat tengah RM1.00
Sronok eh tengok Yana ni makan...
Cakap pasal nasi and ayam, teringat plak nasi kukus marbeles kat Gombak tu. Huhuhu....
Tuesday, October 5, 2010
Kaitan mimpi ngeri dan ngantuk
Dalam mimpi tu bile nampak ak ngan Mr.Perfect, minah tu tros mengamuk sakan. Dia gi serang Mr.Perfect dan berlaku la pergelutan yang maha dahsyat. Ak yang jadi penonton setia kat tepi ni rasa cam nak tarik je rambut minah tu, tapi ade gak rasa nak piat telinga Mr.Perfect. Yela, ape kejadahnye dia bawak ak jumpa minah psiko ni kan. Oh, ak sungguh keliru dan bengang pada masa tu. Then ak terjaga. Baru kol3 pagi. Ak tido balik.
Then ak mimpi mende tu lagi, kali ni sambungannye pulak. Dah orang ramai tengok depa ni bergelut, dorang kene tangkap and dibawa ke bilik kaunseling (mimpi kan, kot tiba-tiba nak ade kat Alaska pon boleh..) Kat situ tunggu kaunselor tu bukan main lama tak muncul-muncul. Ak nampak Mr.Perfect and ex dia dok borak ape ntah, and ak jeles...sangat jeles....Then ak terjaga. Baru kol4 pagi. Ak tido balik.
Then ak mimpi sambungan mimpi tu lagi. What?? Kali ni kaunselor dah sampai and dorang kene khutbah gile-gile oleh tuan kaunselor. Abes tu Mr.Perfect terus tarik tangan ak and terus ke kereta. Ak tengok minah giler tu kejar dari belakang, macam Meriam versi Pontianak Harum Sundal Malam. Waargghhh...horror gile ok! Ape lagi yang minah ni nak?? Then ak terjaga.
Tros ak mengucap panjang. Duduk terkesima sebentar atas katil. Tak berani nak tido balik.
Tak lena tidur ak semalam dek kerana minah tu. Aku ngantuk gile arini....Ngantuk sesangat!!
Bile la ak dapat buang bayangan minah tu dari hidup ak? By the way, kenapa ak takut sangat ngan minah tu ek? Mr.Perfect dah jadi milik ak pun. Ke ak jeles? Jeles ke? Urrghhh...
Somehow ak memang jeles dengan situasi ini. Mr.McDonald, he is mine la! Huhuhu...
Monday, October 4, 2010
Sihir
Antara sindrom-sindrom dirasuk jin atau pon setan yang ak tau la kan:
- Takleh nak solat ngan sempurna, ade je gangguan
- Orang tak nampak kite, kite je nampak orang (selalu terjadi kat restoren yang kene buatan orang)
- Perut buncit / muke cengkung / badan kurus keding (tpulang pada apekebenda yang rasuk badan kamu tu)
- Selalu nampak lembaga hitam yang suke spy kite walau di mana berada
Tu jela yang ak ingat skang ni. Nak tau lebih sila baca majalah Mastika.
Tapiiiiiiii.....ade la jugak sorang minah ni yang ngaku dia kene buatan orang. Syahdu beno le ceritanye ni! Ni bukan kes kawan ak la, ni kes kawan kakak ak, kakak ak cite kat ak...Camni cite dia;
~"Orang rasa orang kene buatan orang la kak. Orang asik nak tido je"
Komen ak: Elehh...kalau dah awak tu dasar pemalas, memang tak reti nk wat keje lain selain membuta je, takyah la nak buat citer sedih kunun ko kene rasuk. Kalau dah asik tido je, mana-mana jin pon x hengen nak masuk badan ko, tak thrill ok.
~"Orang takleh duduk sorang-sorang, nanti orang nak nanges je"
Komen ak: Sume orang pon leh jadi gile kalau dah dok sorang-sorang. Ni psikologi, bukan sihir. Nak-nak kalau ade otak yang bfikiran kreatif cam ko kan, ntah ape je ko pikir sampai ko rasa hidup ko sengsara gile, then ko nak nages. Ape kes??
~"Sebab tu agaknye sampai skang orang xde boipren"
Komen ak: Cuba ko ingat balik masa ko bercinta dulu...ko tengking bf ko kan? bf ko nak ajak borak ko sibuk nak tido walaupun baru kol8 malam kn...kalau cmtu la perangai, bukan ko kene rasuk jin, silap-silap ko tu sendiri yang jin!
Oh, satu perkara yang ak atau pasal sihir ni ialah...ko ingat tak orang tua-tua ade cakap kalau ko mimpi ular tu maksudnye ade orang nak pinang? Ade kan ko dengar kan....Ak ingat lagi masa kecik-kecik, masing-masing gatal nak kawen, mula la bcerita yang dia mimpi ular semalam, padahal ko mimpi kene kejar hantu kn...Tapi sebenarnye, mimpi ular ni ialah petanda ko nak kene sihir....haaaa.....cepat-cepat la gi jumpa ustaz minta tolong buangkan sihir tu.
Tapi kalau kau mimpi ular masuk umah ko and ko belasah ular tu smapai lunyai, ak xtau la pulak ape maksudnye tu...huhuhu....
Sunday, October 3, 2010
Why do I love him...
"Sayang, abg datang sane eh?"
"Ha?"
"Abang tengah bersiap ni. Abang dah gerak nanti abang kol sayang"
"Ha????"
4 jam kemudian , tadaaa..dia dah muncul.
Skali lagi dia buat ak speechless.
Masa dia nak balik tu ak nanges..sedih sangat...mengade eh? Nak wat cmne, air mata tu nak keluar bukan boleh buat tembok. Huhuhu...
Next time sayang jumpa abg pulak ok!