Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Elloooo.....

Dah lama gile ak tak update blog ak ni. Dan ternyata la ak takde follower sbb takde sape pon bising kat ak "Bile nak update blog? Dah lama tak baca, rindu la.." Takde ok, takde. Sekian.

Ni pon malas nak update sebenarnye tapi dah ak takde kerja kat opis ni, buat-buat jela menaip. Nampak sket can ade kerja kan.

Ak tak update sebab takde gambar terbaru la nak share. Lately rasa cam tak feeeelll nak berblog kalau takde gambar. Macam tak syok je setakat nak membebel sorang2 camni kan.

Wiken ni nak berjumpa Mr.Perfect di Perak. Hopefully can take many pictures, then update kat blog ni. Saje nak kasi dunia tau ak tengah kemaruk bercinta. Hikhik!

Tuesday, November 9, 2010

Ak marah!!

Jaga-jaga cik kiah, ade orang tengah mengamuk tu.

Ye, ak tengah marah ni. Ahad aritu ak pergi le ke sebuah tempat kat kampung ak ni, plannye nak tanye quotation untuk dewan dia. Ak pergi ke receptionist, ak tanye berapa quotation harga, dia kate kalau untuk dewan kene tanye Marketing Manager, Ms Ain. Tapi kalau nak tanya, kena datang time opis hour. Ak malas nak datang opis hour sebab ak dah nak balik Selangor, ak tak amik cuti tambahan so nak senang, ak tanye jela minah receptionist tu kan. Seboleh-boleh dia suruh jugak ak jumpa Ms.Ain tu sebab dia tak tau pape pasal dewan. Ak bukan nak tau detail pon, bagi jela ak rough figure. Kot mahal sangat takyah la ak abeskan kredit kol Ms.Ain tu plak. Fine. Ak tanye macam mana nak contact, dia soh amik name card kat ujung meja reception tu. Boleh ak tanye baru ko nak tunjuk ye?? Ko fikir ak hafal nombor setiap orang kat kampung ni???

Fine. Tadi pagi ak call la si Cik Marketing Manager ni tadi. Berikut adalah lebih kurang perbualannye:

Ak: Kalau saya nak tempah dewan untuk tahun depan free lagi tak?

Ms Ain: Saya tak sure.

(OK, ak dah sikit marah kat sini. Kate ko Marketing Manager, camne plak bleh ko tak tau??)

Ak: Kenapa ye? (Ak pulak kene tanye kenapa, bukan dia nk explain)

Ms Ain: Sebab tahun depan nak renovate dewan tu. Tapi saya tak sure lagi.

Ak: OK, let say tahun depan dah siap renovate, berapa ek harganye?

Ms Ain: Saya tak sure. Ikut table la. (Meter marah ak dah naik lagi sket)

Ak: Let say dalam 600 guests, berapa?

Ms Ain: 1 table utuk 10 orang. 1 table dalam RM500.

Ak: So kiranye harga dewan lain, harga table lain?

Ms Ain: Ha'ah. Tapi saya tak sure la untuk Malay ade ke tak. Biasanya Chinese je yang guna dewan ni. (Rasa nak mencarut)

Ak: Kalau nak bawak katering sendiri? Kirenye saya tempah dewan je.

Ms Ain: Tak sure la. Saya kene tanye bos saya dulu camne. No.telefon cik berapa? Boleh saya call kemudian. (Okay, dah tak sabar)

Ak: Tak payah la! Kalau saya nak nanti saya call sendiri.

Letak.

Uuuiihhh...marahnye ak....... korang kire la betapa banyak perkataan 'tak sure' yang dia gune.

Cik adik oi, kot ko tak sure sangat, ko berhenti kerja jela terus, takyah nyusahkan orang!

Thursday, November 4, 2010

RED



Retired-Extremely Dangerous.

Finally I had the opportunity to watch this movie. Seblom ni tak sempat coz busy dengan study. Since now is semester break, ape lagi, kasi serbu itu GSC!!

Ak memang dah lama memasang niat dan azam untuk menonton ini cerita. Reason? Bruce Willis!!! Ak mmg peminat orang tua ni. Ak tak pernah minat orang tua, tapi kalau dia ni ade pengecualian. Cerita yang dia pilih tak pernah mengecewakan. Like this RED, memang berbaloi-baloi.

RED ni cite pasal agen elit CIA yang dah retired. One day dia kene serang. Pihak CIA nak hapuskan dia sebab dia pernah terlibat dalam 1 kes sulit yang melibatkan America's Vice President. Nak tutup kes tu so dorang ni kene bunuh la. But they mess up with the wrong people la kan. Orang tua pun, this RED squad used to be the elit squad so bukan senang nak hapuskan mereka. The movie is full of actions and komedi. Boleh la nak gelak-gelak sambil nganga-nganga dengan action pack dorang kan.

Kali ni xde pengalamn buruk dalam panggung seperti sebelum-sebelum ni. Kecuali mamat kat seblah ak ni mulut dia berbau bangkai sket. Setiap kali dia membuat ulasan cerita dengan awek kat seblah dia, ak terpaksa tutup hidung. But since dia x banyak sangat buat ulasan. just few times, so I can still handle la bau bangkai tu.

Can't wait to see Bruce Willis next movie. ^-^

Tuesday, November 2, 2010

Pisces

Mr.Perfect is not perfect after all. Mr.Perfect kuat merajuk. Kadang-kadang sampai tak larat nak layan. Lain orang cakap, lain yg dia faham. Orang bergurau, dia anggap serius. Sensitif giler ok.

Mr.Perfect is a Pisces. So let see the characteristics of Pisces...

The bad Pisces

The good Pisces

Korang tengok, yang badnye is OVERLY SENSITIVE..yang baiknye pun SENSITIVE. Adoyai... Mana la asik tak gaduh. Ak pun sensitif jugak. Biasa la kan, perempuan memang sensitif. Orang cakap ape-perempuan ni mudah tersentuh hatinye.


Ayat last tu yang tak boleh blah- "The best to find. Hardest to keep" Errkk....tergigit lidah plak. (Traits yang lain tu ak taknak komen. huhuhu...)

Tapi takpe, kot Mr.Perfect tak perfect pon, ak tak kisah.. Ak bukannye bercinta ngan malaikat pun kan. Majuk la banyak kali pun, ak pujuk. Ak takan give up. Bak kata ayat atas tu la "the best to find" therefore I will never let go.

Ak rasa ak boleh buat buku la- "Practical guide to pujk-memujuk". Hehehe...

Kalau dah Pisces and Virgo tak sesuai, abes camne? Takpe, ak kona tang lain plak. Ak cari characteristics of last born child, and this is what Google says;

A romantic relationship with a last born would mean lots of attention and affection all the time. They have a need to be taken care of. Often times this can lead to the last born being too dependent on their partner, making them feel smothered. The best person to be with a last born child, would be the first born. The first born has a natural instinct to take care of others. So the best chances for a long lasting relationship would be that match.

Heeee...see, we are perfect for each other.

Budak kuat majuk.