Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

I'm curious

Korang pernah tengok tak cerita The Curious Case of Benjamin Button lakonan Brad Pitt?

Cite ni mengisahkan perjalanan hidup si Benjamin ni yang ade masalah genetik di mana dia dilahirkan sebagai orang tua, dan akan semakin meningkat muda. Life cycle dia terbalik dari manusia normal ni yang lahir muda dan akan meningkat tua. Pelik bukan?

Benjamin masa 'kanak-kanak'.
Benjamin masa 'remaja'.

Benjamin masa 40an.

The poster.


Bagi ak, cerita ni ko nak tengok wat buang masa boleh la. Sebab cerita ni tersangatla MENGARUTnye. Tak tercapat dek akalku langsung. Totally melanggar hukum alam. Masakan orang besar boleh mengecut jadi baby. Mustahil....

TAPIIIIII.............

Sejak akhir-akhir ni, ade le dekat 3 orang cakap ak makin kecik. Ak baru nak feeling-feeling yang ak dah kurus. Tapi tak, dorang cakap badan ak tak makin kurus, makin berisi ade la (dem!) tapi ak makin kecik (double dem!).

Apekah maksudnye ak makin kecik?? Ni dah same macam Benjamin plak kan, makin tua makin kecik. Ah sudah! Takkan la kot....

Tapi kan, kalau betul, mesti ak dapat masuk Guiness Book of Record kan. Glamor youuu. Kihkihkih!!

Ok, giloz!

Tuesday, March 15, 2011

Jemputan ke Majlis Perkahwinan


Yezza...akhirnya kad undangan ak dah siap design, tinggal nak print je.

Ak kahwin 16 April, belah lelaki 2 July. Bile ak cakap mende ni je orang akan cakap...

"Ade jugak yang mengandung time bersanding kat belah lelaki nanti..."

Betapa la ak bengang dengan statement di atas.

1. Kan banyak birth control methods yang boleh digunakan. Pandai la kitorang nak control nanti supaya tak pregnant.

2. Kot ak bunting pelamin sekali pun, jarak majlis ak dan En.Tunang cuma 3 bulan. 3 months pregnancy dah membuyung ke? 3bulan baru nak jadi fetus kot..

Haih, x faham ak.....

Monday, March 14, 2011

I wish she was never born

Wah, ayat cam kejam je kan..but somehow the devil side of me really meant it.

Pagi-pagi lagi Nyonya (gelaran ak bagi kat opismate yang ak nk kutuk ni) dah buat ak bengang. Dia ni terlebih rajin. Tapi rajin-rajin dia tu pun tak pernah melayakkan dia untuk naik pangkat waima jadi Team Leader kitorang. Kuli same je cam ak dan yang lain-lain...

Al-kisahnye, ak ade satu kes pending. Ak boleh process only after client sign agreement tapi client tu tak sign-sign. Ak dah follow-up 11hari lepas, statusnye masih lagi tak sign. So kes tersebut pending lagi.

Si Nyonya ni lagi minggu lepas tanye ak status kes tu. Ak cakap la ak dah follow-up but still pending. At that time ak layan jela Nyonya ni kan, kot dia saje nak beramah mesra ngan ak kot. Tapi hari ni, dia tanye lagi ak pasal kes tu. My standard procedure to follow-up is must be after 14days. Yela, tak gila pulak kau nak follow-up hari-hari kan. Rilek ar...lambat client sign, lambat ak process, lambat client dapat duit, so salah siapa kat situ? Dah tuan punye diri taknak duit, perlukah ko bising kat dia hari-hari?

Yang ak HANGEN sangat is bile si Nyonya ni cakap macam ni dengan ak;

"You follow-up again, cc PM. Follow-up asap"

Serius ak nak mencarut masa ni. Korang tak rasa ke cara dia cakap ngan ak tu cam ak ni orang bawahan dia? Siap ajar ak plak camne nak buat kerja. Paling tak bleh blah bile dia gune perkataan "asap" tu. Kau ape kes??? Ni kes ak ke kes kau? Yang kau nak risau sangat apsal? Ak dan ko same-same kuli kat sini so tak payah nak berlagak ngan ak.

Ak bukannye tak boleh nk diajar. Orang nak ajar ak terima. Tapi masalahnye ak takde masalah, yang ko tetiba nak ajar ak itu-ini kenapa?

Sakit hati betul ak dengan Nyonya ni. Bos kitorang pon tak pernah cakap pape. Cepat-cepat la dia berambus dari sini. Ade company offer dia lagi tinggi ke, xpon dia dapat offer keje kat oversea. Ak muak tengok muke dia!

Monday, March 7, 2011

Makan, makan dan makan

Aritu ak gi Kuantan, lawat ayah En.Tunang a.k.a bakal bapak mertua ak (hikhik..perlu la sebut kan...) yang telah dimasukkan ke hospital kerana excident. Yang sakit bakal bapak mertua ak tapi 1 kaum keluarga ak pon gi lawat dia. Barulah muhibbah kan...

Mak ayah ak kalau dah ke Kuantan tak sah dengan aktivitinye iaitu makan karipap panas kat Taman Gelora. Kalau nak gi Taman Gelora ni korang kene ikut jalan nak gi Teluk Chempedak tapi kene belok kanan kat pasar raya ape ntah. Nama je Taman Gelora tapi bukan feeling taman pon. Makan karipap panas tepi pantai nkooo, kene plak ngan teh ais...tak nikmat namanye tu?

Menikmati karipap sampai mulut penuh..ngap ngap ngap...



Selain karipap, ade popia, keropok lekor, pisang goreng, cekodok dan segala menu makan petang la. Nak mee-mee pon ade.

Effort nak makan karipap sedap, kene la beratur panjang. Berbaloi-baloi...

Nun jauh di belakang nuh ade pantai. Pantainye tak secantik Teluk Chempedak tapi tetap dapat feel masa tengah menjamu selera tu.

Malamnye, kite pekena mee kari plak kat Planet Kari kat Kubang Buaya. Jalan nak ke TC gak but instead of belok kanan ke Taman Gelora, ni kene belok kiri. Restoren Planet Kari ni kat area taman perumahan, kene pandai cari.

Cincau yang tomeiii....

Mee kari yang marvelous!!



Dah puas makan kite leh jalan-jalan kat East-Cost Mall, Megamall, Kuantan Parade. Tak pon boleh pergi Benteng. Pendek cite Kuantan ni is heaven for foods and entertainment.

Ak promote Kuantan gile-gile ni agak-agak leh jadi Datuk Bandar tak? Ngahaha....

Kaki ak dan anak buah ak.


Ak: Eh, kasut kite same la!

Nephew: Tapi kasut Acik takde button..

Ak: Eleh, nanti cik beli button, jangan jeles...

Motip nak berlawan ngan anak buah??

Wednesday, March 2, 2011

Pengemis Cinta

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu