Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

Jujur

Aritu I had a mother in law-daughter in law conversation.

Topiknya pasal masak.

Aku: Dulu siapa yang selalu masak? Mak ke, Mak Long ke, Cik Mia?

Mak: Mak yang selalu masak. Kebetulan arwah nenek ada meniaga kuih-muih ni, mak selalu la tolong. Kenapa tanya?

Aku: Sebab tak pernah tengok Cik Mia masak. Dia tak pandai masak eh? (mak mertua ak sengih je...) Mak Long pulak memang pandai masak, tapi tak kena la dengan selera Farah. Aritu dia masak nasi goreng, dia cakap anak-anak dia suka nasi goreng dia masak, tapi Farah makan tak sedap pon. Huhuhu...

Mak: Mak masak?

Aku: Farah suka!!
(Gile nak cakap tak sedap? Kang dia suruh laki ak cari menantu lain untuk dia, naya...Eh but honestly, memang sedap)

Mak: Cik Mia tu belajar jauh. Sebab tu dia jarang masak.

Aku: Haa...cam Farah mak kan, adik-beradik semua perempuan, bab masak ni kakak-kakak yang buat. Rajin la duduk dapur tengok dorang masak, so kalau tanya macam mana nak masak lauk ni, lauk tu, Farah tau, tapi kalau  masak belum tentu jadi. Hehehe...

Mak: Abes dekat rumah siapa masak?

Aku: Anak mak la, tak pun beli je kat luar.

Haaaaa.....ko mampu tak jujur camtu dengan mak mertua? Ak ada, kau ada??? Hahahaha!!!

The sisters

Monday, July 30, 2012

Gosip retis

Arini tetiba nak cerita pasal gosip artis.

Lately kecoh pasal kes Abby Abadi suruh tukar kerajaan sebab nak merealisasikan dunia hiburan yang berlandaskan syariah. (http://beautifulnara.com/abby-abadi-kini-semakin-lantang-bersuara-perjuangkan-hak-selebriti-sepertinya/)

Again, isu agama diperkotak-katikkan.

Ak tak blame Abby. Pasal nak realisasikan dunia hiburan yang berlandaskan syariah tu, ak memang setuju. Kalau kita berlandaskan hukum Islam yang sebenar, hiburan sebegitu la yang sepatutnya. Apa yang ak nak bincangkan kat sini ialah ramai sangat yang blame Abby.

Korang memang kan, taknak der tengok tv kalau rancangan tu tak boleh buat korang gelak sakan, or takde mamat/aweks yang boleh buat korang cuci mata. Ah, takyah cakap korang, ak pun sama. Heeeee..... Soalnya antara mahu atau tidak. Ko tak stuju nak diadakan hiburan berlandaskan syariah, diam jela. Tapi apa yang Abby cakap tu BETUL, tak perlu dipersoalkan lagi. Titik!

Ini bukan kali pertama ak dengar artis merungut hilang job bila bertudung. Ada tu boleh pulak bukak tudung bila shooting. Bila ditanya, alasan "Pengarah suruh". Ak memang faham sangat keluhan Abby tu. Dah dia cari makan dengan berlakon, mesti la dia kecewa kalau tak dapat job hanya sebab dia bertudung! Apa yang dia mahukan, mungkin patut hasilkan karya islamik dengan lebih banyak, tu je.

Teringat Fazura pernah buat statement susah nak cari offer yang sesuai, sebab skang ni semua cerita demand adegan rogol, peluk, tido sekatil. Itu pun dia kene kutuk! Memang la dia seksi tapi tak bermakna dia suke bergesel-gesel ngan lelaki kan. Jangan la hukum dia camtu. Again, ak support Fazura.

Nampak tak trend cerita-cerita kat Malaysia ni macam mana? Dah ramai artis bersuara sebenarnya tapi at the end dorang kene kutuk. Abby paling kesian, kene banned terus.

Artis yang keluar gosip berbikini kat Thailand, yang kene tangkap khalwat, yang bertatu, yang rampas suami orang, tak kene banned plak kan? Apakahhhh???!!!!

Kita ni nama je negara Islam tapi berapa banyak karya Islamik kita? Indonesia tu rajin je buat filem/drama yang Islamik, ok je...Takde pun lingkup industri seni dia. Ha, tu baru betul negara Islam.

Bila cakap pasal karya Islamik, jangan la fikir tilawah Al-Quran je. Siapa pernah tengok cerita Geng Surau kat Astro? Ha...tu antara cerita yang garapkan unsur-unsur Islam  dengan cara yang sangatt menarik! Dah masuk musim kedua pun. Ak suka cerita ni, kelakar! Pelakon-pelakon dia pun semuanya elok je bertudung dan berkopiah.



So ape conclusion dari post ak kali ni ye? Ntah, ak pun tak tau. Takde conclusion kot..

Point asal ak create post ni ialah untuk cite ak suka Geng Surau. Yang lain tu bahan bualan sampingan je. Hidup Geng Surau!!

Friday, July 20, 2012

Amani's first hair cut

Kalau ikut sunnah, baby patut dicuku rambutnya masa umur 7hari.

Tapi masa tu ak dan En.Suami tak berani nak buat sebab masa tu Amani 'lembut' lagi. Ubun-ubun dia pun lembik sangat, jangan nak kata nak cukur, nak pegang pun takut. Lagipun masa tu kesian kat dia...baby girl, comel la ada rambut. Kenot imagine kalau Amani botak.

But recently cuaca memang extreme panas kan. Amani asik berpeluh. Kadang-kadang tu sampai naik ruam tengkuk dan dahi dia. Kesian pulakk..

One day ak dan En.Suami decide "Jom la potong rambut anak hari ni!"

 1st time di kedai gunting rambut. Kemain syok lagi tengok mamak tu gunting, tak bergerak langsung.

 Begitu tekun menonton.

 Masih lagi tak bergerak.

Beberapa minit kemudian....

 Sebelum. Comelnya anak mama...

Selepas. Botak! hukhuk...

Alhamdulillah la Amani tak meragam masa potong rambut tu. Cume dia rasa rimas sikit je, yela banyak rambut kat muka dia. Dah habis potong baru dia nanges, itu pun nanges nak susu je.

Smoga rambut baru yang tumbuh tu nanti cantik.

Botak-botak pon, mama tetap rasa Amani la paling comel..cuma nampak macam baby boy sket je. Hikhik!

Lunch at Tokio

Wawawa...baca tajuk, terasa macam awek Jejai plak kan. Nak lunch, pakwe datang amik guna jet peribadi, voosshh terbang ke Tokio. Ahaks! Verangannn...

Alkisahnya ak try restoren baru----Tokio Cafe namanya. Tokio ye, bukan Tokyo, kat Cyberjaya nun. So ni nak kasi a brief review of the restaurant.

 Ak punye order: Curry Rice with Salmon

 Su punye order: Grilled chicken with fried potatoes

 Almaz punye order: Spaghetti marinara kot...

 Zuri punye order: taktau ape nama...hahaha

 Pencuci mulut: Banana Cake. Siap ada coklat cair at the bottom tu..

Geng lunch merangkap geng gosip. Takde depa, tak boleh lunch, tak feeeellll...

Sesuai dengan nama dia Tokio Cafe, actually restoren ni jual makanan Jepun. Tapi kalau dah namanya orang melayu, macam tak cukup je kalau sekadar makan sushi. So ktorang order la western food ni ha. Lagipun standard untuk harga sushi kat restoren, sushi kat sini kira mahal jugak. Overall harga dia memang ok la. Sekali sekala nak tukar selera boleh la..nak makan hari-hari boleh bankrap la tapi. Heee.... Tapi disebabkan trip yang ini Zuri yang belanja, ak ak rasa harga dia SANGAT ok! hahahaha....

Ak kire promote la jugak restaurant ni. Overall sume orang puas hati dengan order masing-masing. Nak kata sedap sangat tu tak la, tapi takde yang complaint tak sedap. Tempat pun cozy, bersih. Interior dia sangat simple yet sangat cantik. Kalau nak try makan kat sini, pergi area Prima Avenue, dekat dengan Padi House and Old Town Whit Coffee tu.

Ada Starbuck baru buka dekat sini. Kawan-kawan ak bukan main exsaited tapi ak tak teruja langsung. Personally, I don't think to spend RM12 on a cup of coffee is worth the money. Tak bagi kenyang pun.

Bila la McD nak buka ni....Itu pergi hari-hari pun takpe. Syiokkkkk.....

Wednesday, July 11, 2012

Every mother thinks her child is the most beautiful

Long ago, after the creator had made all the beings of the Earth and sea and sky, he called all the mothers and their children to gather. He wanted to study the creatures he had made. He wanted to look closely at their wings and arms, at their fur and fleece and hair. The creator knew that every one required proper nourishment, a suitable place to live and sleep, to hide and hunt, and he wanted to make sure that each of his creations would be warm during the wintertime, cool in the harshest heat, comfortable in the places they called home.

Every mother came, and one by one they paraded their children before the creator. They nudged their offspring to swim or fly or strut, to show off their finest features. Every mother sighed delightedly as she watched her child. Owls hooted and opened their eyes still wider as their mothers instructed. Elephants proudly swung their trunks, and giraffes stretched their necks even longer.
The creator was pleased. Every one of his creations was special, and he liked what he saw. That is, he liked everything he saw until late in the day, nearing sunset, when a crow stepped forward, prodding her child ahead.

"Here she is!" the mother cawed.

"Surely I didn't make such a creature," the creator said, frowning. "Every other creature I made is beautiful. But this little crow is hideous looking. Where did you get her?"

The mother crow looked at the ground, her heart knotted with sorrow. She stepped in front of her child, hoping she had not understood the creator's insult. "What do you mean, where did I get her? She is my child δΈ€ your creation."

"Go find another one," the creator said, disgusted with the sight of the poor little crow. He turned away so he would not have to look any longer and added, "Find yourself a beautiful child."
The mother crow was devastated. She loved her child with all her heart. But she could not ignore the creator.

"Stay right here. I'm going to see if I can find another baby that's lovelier than you."

The little crow bowed her head. What could she say? She only wished her mother would love her, but perhaps she did not deserve love; perhaps she wasn't beautiful enough.

The mother crow took off, flying east, searching the sky for a beautiful child.

She flew past a nest of falcons and moved in close to take a look, but when she saw them, she just shook her head. Her child was much more beautiful than these babies, and so she swept toward the ground to study penguins, ducks and geese, but she thought them no better at all. Everywhere she looked she saw little ones who were cute and fuzzy, sweet, perhaps, some of them more colorful than her own, but no one quite so beautiful.

Every single creature looked frail or plump, awkward or angry, pale or puffed up when the mother crow compared it to her own child.

After many hours she flew back to her child's side, and she bowed before the creator. "I have searched the whole world," she said, "and everywhere I look I see birds, but I have not found a single one that is more beautiful than mine."

She leaned over and gave a little peck on her little one's head, and the baby crow's heart swelled with pleasure.

Then the creator understood. "You are right," he said. "Every mother thinks her child is the most beautiful child in the world."

And ever since that day every child has understood that it is a mother's love that makes every child beautiful.

***************************************************** 

Suka sangat cerita ni! Ak setuju sangat lah!


Ni antara contoh mak yang puji anak sendiri cantik. Siap buat wallpaper okeh! Bangga tayang muka anak kat opis kan. Hahahaha...peduliks!

Sape lagi nak puji keturunan kita kalau bukan kita sendiri. Penat tu 9 bulan carry dalam perut kehulu kehilir, sesaat pon tak leh 'tanggalkan' and letak tepi. Gile nak cakap anak sendiri tak comel??

But serious, memang betul anak tu anugerah Allah yang terindah. And betul, dia lah racun, dia lah penawar. Memang racun kalau nak buat kerja pun tak senang asik dok fikir kan dia je. Tapi tengok gambar dia ni hilang rasa penat, kalau stress pun cepat je sejuk, betul-betul penawar! Duit pun anugerah Allah jugak tapi ko tengok duit takde plak rasa hilang stress kan, makin stress ada kalau duit tu tak cukup. Anak tu memang miracle la...

Setakat buat wallpaper untuk tatapan sendiri kira tak obses sangat, ye tak? Ke ye? Hehehe...

Letih jugak ada yang over obses ngan anak sendiri. Nama kat Facebook pun dah tukar nama anak, tak pakai nama sendiri. Pastu asik la uplod gambar anak. Budak tu tak buat pape pun padahal, uplod jugak.. Pastu letak capture "Mama sayang anak mama" "Anak mama la buah hati mama" "Anak mama yang comel...sayangku padamu sampai akhirat". Pastu sikit-sikit update status "Rindu la dekat anak.." "Tak sabar nak balik jumpa anak".

Aku ada kawan yang buat statement "Kesian anak I, semua orang nak cubit dia. Yela, dia kan comel.." Pengsannn.....

Allah...letih nokkk! Makcik oi, bukan ko sorang je ada anak ye, tak payah nak over sangat. Kalau anak tu betul-betul comel takpe, kalau tak comel? Orang simpati je kat ko nanti... Lagipun, fikir la perasaan orang yang takde anak, kesian kot.. Ko menyeksa perasaan orang tu secara halus. Eh, lagipun memang Allah tak kasi kita bongkak apa. Hidup kena bersederhana...

Terbaekkk... ^_^

Thursday, July 5, 2012

Dating kat kebun bunga

Stylo lagi ke kalau zaman skang ni bercinta then dating kat taman bunga?

Sooooo oudated okeh! Hahaha..zaman P.Ramlee dulu ok la kot.

Zaman skang kalau nak dating tengok bunga jugak, kita layan tempat ni....

FLORIA FEST 2012, PUTRAJAYA


 Muka tak eksaited sebab penat cari parking

 Bouganvilla..Enchanting Beauty

 Eksaited ke tengok bunga tu?

 Ala, gambo gelap plak. Silap set brightness.

 Ayah and Amani

Mama and Amani

Comments:

1. Seksanya nak cari parking. Pergi hujung minggu macam tu la, kalau pergi weekdays tak sesak sangat kot.

2. Bouganvilla..enchanting beauty ker?? Bunga kertas, takde la cantik sangat. So bagi ak landskap kali ni so-so je. Floria 2011 lagi meriah kot sebab temanya masa  tu is Ros, memang sangat cantik. Bila tahun ni buat tema bunga kertas, ak expect spesis bunga kertas yang rare, tapi takde. Kecewa....

3. Sesak. Memang sesak. Rimas. Kalau taknak bersesak-sesak toksah pergi ye.

4. Kata tema bunga kertas tapi pergi kat pondok jualan, semua jual bunga orkid or pokok buah. Anehhhh...

Pergi jela kalau nak support event kat Malaysia ni kan. Sape lagi nak diharapkan kalau bukan pelancong tempatan. Masuk percuma je.

Wednesday, July 4, 2012

Nanananana...Ganu kiteee!!!

Asal sebut pasal Terengganu je mesti nak nyanyi lagu Iklim tu kan, tak boleh tidak.

Dah lama gila kot tak pergi Ganu, last masa duduk dekat Kuantan kecik-kecik dulu, masa skolah rendah. This year my family dok pening pale tak tau nak bercuti ke mana. Ak dengan secara ghairah memaksa mereka setuju untuk bercuti ke Ganu. I said "Tak kire, adik nak gi Ganu jugakkkkkkkk!!!" sambil guling-guling kat lantai.

Ok, tipu

Day 1

Sampai dah Ganu...

After lunch, terus check in. Sebab kitorang bercuti gaya rombongan Cik Kiah, kitorang check-in dekat Nonie Homestay (http://www.noniehomestay.blogspot.com/). Kalau dari Kuantan, before Jambatan Sultan Mahmud tu ada traffic light, belok kiri. We booked the whole house. Ok la homestay ni, selesa. Melayu punye so I think orang Islam tak perlu ragu-ragu nak samak ke ape ke barang-barang dalam rumah ni. Tuan punya homestay pun peramah orangnye, umah dia kat sebelah je homestay ni. Lagi 1 untungnye homestay ni sebab dekat je dengan Kuala Terengganu. Penat-penat shopping kat Ganu boleh la balik lepak kat homestay jap, dekat je....

Wah, panjangnya promote pasal homestay tu. Ni komen ikhlas ye, takde dapat elaun pon. Heee...

Lepas lepak-lepak, petang tu kitorang pergi jalan-jalan kat Kuala Terengganu.
Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
Makan aiskrim sambil pilih pakej apa nak beli.
Hepi... dah beli tiket. Kene cepat sebab taman tutup pukul 6ptg
Salah satu monumen yang ada, masjid ni ada dekat China.

Penat haih nak jalan, naik tram je.

Ni monumen interaktif. Dia sediakan video dekat dalam, sejarah pasal masjid ni. And monumen kat atas tu, kita boleh masuk. The interior sebijik macam dalam masjid sebenar.
Pose sambil menikmati pemandangan senja nan indah.

Kitorang amik pakej yang boleh naik bot skalik.
Naik bot ni syok, pemandu bot tu funny. Dia explain pasal sejarah pulau-pulau yang ada dekat Sungai Terengganu tu and tempat-tempat tarikan pelancong kat Ganu tu.
Masjid Kristal..from river view.
Sebelah Masjid Kristal.
Dari Taman Monumen tu, jalan kaki along the riverside, sampai la dekat Masjid Kristal ni.

Day 2

Tempat wajib pergi oleh semua wanita dekat Ganu ni....PASAR PAYANG!!!

Sutera uolss...sutera.

Seriously memang juling bijik mata, leleh air liur la tengok baju-baju kat sini. Sediakan duit je. Memang rabak la wallet tu. Nak tengok songket harga ribu-ribu, this is the right place to go.

Ak tak mengidamkan sutera tu, ak idamkan nasi dagang.

Mak and kakak-kakak ak sibuk shopping, ak sibuk try nasi dagang kat foodcourt dalam Pasar Payang ni.
Semua menu Pantai Timur ada sini, u name it..nasi dagang, nasi kunyit, nasi minyak..order je semua ada.

Keropok Leko Losong

Gile datang Ganu tak beli keropok leko?? Wajib okeh!! Ni kat Losong. Kiri kanan jalan kedai keropok, pilih je mana nak.

Makcik gentel keropok

Shopping barangan laut..keropok, ikan masin, ikan kering..
Boleh tengok cara masak keropok leko secara live.
Noor Arfa Craft Complex (NACC), Chendering
Khusyuk dengar penerangan pasal batik. Abg encem tu siap demo camne nak tekap batik segala.
En.Suami and Amani posing dekat blok-blok batik yang dipamerkan.
Puan Emak happy dapat shopping batik kat sini.
Lepas tu kitorang terus balik. Singgah Masjid Terapung untuk sembahyang, and singgah kat Kerteh untuk makan petang.

It was a short trip tapi memang sangat seronok. Tak puas rasa sebab banyak lagi tempat tak pergi. Tak sempat pun nak cecah kaki dekat pantai dia. Pastu tak berpeluang menikmati makanan laut kat sana.

Nanti nak pergi lagi la. Nak ikut???

My baby can do what?? (1)



4 months.

Amani dah mula belajar meniarap.

Memang kelakar bila dia dengan penuh kesungguhan nak angkat buntot.

Berusaha ye nak!