Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 28, 2013

She is officially 1 !!!!!

Dah pukul 12 malam, dah masuk 28hb..its her birthday!!

Happy Birthday Amani Azalea..Mama love you so much!!

How time flies so fast. Rasa macam baru aritu jumpa En.Suami, baru aritu bertunang, baru aritu nikah, baru aritu mengandung...and now my little girl is one year old. Emo plak di malam hari yang hening ni.

Setahun yang cukup bahagia. Though mama jaga Amani sorang-sorang, Amani anak yang baik, tak pernah susahkan mama. You give me strength and courage. Your small hands could lift me up when I was down. Your sweet smiles wash the pain away. You are the answer to my prayers..

Doa mama semoga Amani membesar dengan pandai dan jadi mukminin yang solehah.


28 February 2012



28 February 2013

Ayah dia takde, esok malam (read Thursday) baru balik. So kene postpone celebrate besday Amani on Friday. Tak sabar nak tunggu hadiah Amani!
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 27, 2013

Macam-macam Amani


Kenapa buah epal jatuh ke bawah,bukan ke atas ye...

Susah ni...hmm...jap jap,nak fikir lagi...


Kalau tonggeng camni tak jatuh ye 

Saya tau prof! Sebab graviti!
Mencabar sungguh kuliah arini..penatnyeeee....

Anak ak je betul

Kakak ak nak cari pengasuh baru..so ak pun tanya la keliling ada sesape tak nak jaga budak. Kebetulan pengasuh yang jaga Amani bakal kurang sorang budak yang dia jaga, dia cakap boleh la dia nak jagakan.

Ak: Anak kakak saya tu 2 orang, sorang 2 tahun sorang lagi 2 bulan.

Nanny: Oh..dah besar sorang tu takpela..

Ak: Dulu pengasuh dia tu jaga dia sorang je, dia main pun sorang2. Kalau dengan Amani asik gaduh je..berebut mainan. Dia tak kasi Amani mainan dia. (waahh...anak ak je betulkan..)

Nanny: Ala,Amani tu memang...dia buas sikit. Lasak!

Ak: Errkk.....

Pengasuh dia yang hadap dia dari pagi sampai petang, betul la tu kot. Lagipun memang pernah jadi depan mata ak,dia berebut barang ngan budak yang Nanny tu jaga, sampai budak tu nanges. Tu kalau parents dia datang saman ak sebab Amani buli anak dia,memang takleh nak cakap ape la. Ngan anak kakak ak yang lebih tua pun dia lanyak gak.

Anakku pembuli? Tidakkk..!!



Budak ni kalau lembik pun kite risau,kalau aktif pun kita risau. Haih! Anak....anak...

Tuesday, February 19, 2013

Kuah Kacang

Aritu masa balik kampung, mak ada buat kuah kacang makan ngan nasi impit. Tapi sebab kekenyangan, tak sempat nak makan puas-puas. Bila balik rumah, mula la teringin. Kebetulan En.Suami ada belikan udang kering fresh dari Lumut, berkobar-kobar lah semangat Mak Ton nak masuk dapur.

Bahan-bahan:
Minyak masak - cap apa pon boleh janji Halal
3 sudu lada kisar / cili giling /air lada or watever korang panggil la
Bawang merah sebijik
Bawang putih seulas - optional
1-2 cawan kacang hancur 
Udang kering - sikit je. udang ak besar-besar so ak guna dalam 5-7ekor
Gula pasir
Gula Melaka 
Garam
Asam jawa

Cara masak:
1. Goreng dulu kacang sampai keperangan. goreng tanpa minyak. Kalau tak suka kulitnya, ramas-ramas kacangnye sampai kulitnya tertanggal. Then blend le sampai hancur. Ada orang suka makan kacangnya, so blend la kasar sikit. Ikut suka hangpa la....
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah and bawang putih. Bawang tu boleh blend or kalau ikut ak, hiris nipis-nipis je. Tumbuk udang kering sampai hancur, then tumis sekali.
3. Masukkan lada kisar. Goreng lada sampai garing.
4. Masukkan gula Melaka dan gula halus. Masukkan banyak sampai manis. Masukkan garam sikit.
5. Masukkan kacang hancur. Tipsnya..kene lebih banyak kacang dari sambal. Masuk le banyak-banyak kalau taknak pedas. Masukkan air banyak-banyak dan asam jawa sikit buat rasa.
6. Goreng le lama-lama sampai kuah jadi pekat. Kepekatan pun ikut suka korang. Ak suka pekat-pekat tapi ada orang suka cair-cair. 
Siap!

Tadaaa....(again, kalau pakai kamera mahal mesti nampak cantik. kehkeh!)

Nasi Impit? Beli je ketupat segera Nona tu and rebus. Siap.

Memula ak buat tak jadi, pedas gila. Mau tidak ak masukkan semangkuk lada. Mak cakap masukkan sikit je lada kisarnya. So ak terpaksa modify and masukkan kacang banyak-banyak lagi. Ak cite le kat kakak ak pasal percubaan kali pertama ak masak kuah kacang ni, dia gelak setan, kata ak masak macam nak buat kenduri. Siot je tau..

Watever pun kire jadi la ak masak ni. At least boleh la bertukar-tukar selera kan...

Friday, February 15, 2013

Let bygone be bygone

Bukak Mukabuku nampak ada Friend Request. Nama tu memang ingatkan ak pada seorang ni je...dan bila tengok gambar, sah! Ex-boifren!!

Demmit! Ni kali kedua rasanya dia buat friend request. Salah ak jugak sebab masih ada connection dengan kawan kitorang. Mesti dia cari ak melalui mutual friend.

Dia sudah berkahwin. Relationship-MARRIED. Ada jugak gambar dia tengah sengih ke telinga, hepi berbaju melayu songket dan bertanjak. So boleh la ak buat conclusion yang status tu sah. Tapi profile pic, tetaplah gambar dia sorang berkot dan bertali leher, posing ala model. Gambar macam nak cari awek. Hoh, perangai masih tak berubah!

Sejujurnya, ak tak berminat nak jalinkan sebarang hubungan dengan ex-boifren ak..even just friend. Face it,..you used to be my love, my heart, my soul, my all kononnya...pastu nak pretend as friend?? Walaupun kau dah kawen, maaf tak berminat....

Ak kapel paling lama dalam sejarah ialah dengan mamat ni. Tapi sayangnya, our story end in a harsh way. Ak takkan dapat lupakan apa yang dia buat kat ak dulu. Remuknya hati Tuhan je yang tahu. Walau dunia ni dah kepupusan umat pun, ak takde nawaitu langsung nak jumpa dia. Tup-tup dia muncul dekat Mukabuku, haih....nasibbbbb....

Ceritanya, tak lama lepas kitorang putus, sebulan lepas tu ak jumpa En. Suami. Tak lama lepas tu ak tunang, then ak kahwin. Kalau dilihat pada cerita ni, memang nampak sangat yang ak bersalah, sesenang je cari pengganti dia. Well, it's JODOH...tak boleh nak elak kalau dah jodoh ak dengan En. Suami dah dekat. Tapi hakikatnya, bukan ak tak frust, cuma apa yang dia buat pada ak, ak tak rasa berbaloi untuk meratapi kegagalan perhubungan kitorang tu.

Now dah 2 tahun peristiwa tu berlalu. Lepas jumpa En.Suami dan berkahwin, ak anggap apa yang terjadi pada ak semua tu ada hikmahnya. Betapa teruk hati ak terluka, tapi Allah gantikan ak dengan jodoh yang terbaik, sekejap je luka tu sembuh. So, in a way ak macam berterima kasih gak kat dia sebab tinggalkan ak dulu.

Ak pun tak tau apa yang susah sangat ak nak maafkan dia. Kalau ditimbal balik dengan kenangan kitorang bercinta selama 2tahun, banyak yang manis dari pahit. 2 tahun dia bersabar dan melayan karenah ak, cuma dah ditakdirkan bukan jodoh ak dengan dia, maka kita putus. Tapi kalau asik nak fikirkan kenangan manis tu, I could never go on with my life. Untuk itu ak memilih untuk berpegang pada kenangan pahit tu agar ak boleh lupakan dia.  It is easier that way..

Lagipun nama pun break-up, ada ke yang best? Memang sakit hati tak kire apa pun reasonnya...

Maaf, saya takkan boleh maafkan awak.


Notakaki : Bini dia tak cantik dan ak hepi....muahahaha!!!

Friday, February 8, 2013

Menantu pilihan..

Hadi mula berpeluh. Ibunya masih belum memberi keputusan. Kali ni dah masuk kali ke tiga dia bawa calon balik ke rumah untuk bertemu ibunya, Puan Rosmah, mahu mohon restu. Jika kali ini ibunya tak setuju jugak, dia nekad mahu berkahwin dengan janda anak tiga bernama Rozita Che Wan yang tinggal di kampung sebelah.

Hadi pening memikirkan selera ibunya. Calon pertama cantik, tapi ditolak kerana hanya berkelulusan Diploma, kerja sebagai guru sandaran di sekolah rendah. Bukan mudah mahu cari kerja dalam keadaan ekonomi sekarang, Hadi faham dan Hadi tak kisah... bukan isterinya yang bagi dia makan, tapi sebaliknya. Jadi pedulik apa kalau hanya ada Diploma dan cikgu pula. Tapi bagi Puan Rosmah, menantunya harus ada kelulusan tinggi. Biar cucu-cucunya nanti pun bijak-bijak macam anak dan menantunya. Biar kerja tinggi, supaya tidak membebankan anaknya.

Calon kedua seorang pegawai ni jabatan kerajaan, juga berparas cantik (taste Hadi memang yang cantik aje). Ketika dibawa berjumpa ibunya, Puan Rosmah tiba-tiba kata sakit kaki padahal baru pagi itu dia nampak Puan Rosmah berlatih poco-poco di laman rumah. Puan Rosmah menyuruh calon yang di bawa Hadi tolong dia masak di dapur. Ternyata perempuan itu agak kekok memegang pisau dan senduk. Bila di minta tolong basuh pinggan pun, bukan main bising dapur dengan bunyi pinggan mangkuk berlaga dalam sinki. Calon itu ditolak..Puan Rosmah memang tak berkenan dengan perempuan yang tak tahu buat kerja rumah. Menantunya harus tahu buat kerja rumah agar kebajikan Hadi terjaga. Jimat, tak perlu upah pembantu rumah. Sihat, tak perlu makan di luar sentiasa. Kalau semua boleh diupah, untuk apa ada isteri?? Fikir Puan Rosmah.

Puan Rosmah bukan tak berkenan dengan perempuan dengan calon-calon yang dibawa balik Hadi untuk berjumpanya, cuma pada pendapat dia, anaknya Hadi itu layak mendapat yang terbaik. Hadi itu graduan lulusan luar negara, kerja pula sebagai Engineer di sebuah syarikat terkemuka. Keretanya kereta sport buatan Jerman...bukan kereta cikai cap Malaysia. Rupa paras pun bukan main elok, kurang sikit je dari Hans Isaac katanya. Dengan ciri-ciri jejaka idaman Malaya yang dimiliki Hadi, Puan Rosmah yakin dia boleh mendapat isteri yang ratingnya AA. Ala, dia memilih pun untuk kebaikan Hadi juga, anak kesayangannya.

Puan Rosmah tersenyum dengan calon ketiga ini. Cantik, kerja pegawai di syarikat swasta, kelulusan luar negara juga, dan tidak kekok buat kerja rumah. Malah karipap yang dibuat bersama di dapur lebih elok dan halus buatannya berbanding karipap Puan Rosmah. Kali ini dia setuju, terus ditanya bila pihaknya boleh datang merisik. Hadi senyum girang! Akhirnya dapat jugak dia kawen dengan anak dara, bukan janda.

*****************************************

Suasana di rumah perempuan agak meriah, penuh dengan tetamu. Adik-beradik perempuan itu memang ramai, hubungan dengan sedara mara juga rapat, maka pantang ada majlis waima sekecil majlis merisik ini pun akan ramai yang hadir. Lagi pun bakal isteri Hadi ini anak bongsu dalam keluarga, mestilah meriah, majlis terakhir katanya...Orang ramai teruja mahu melihat calon lelaki. Oh, walaupun kalau diikutkan adat pengantin lelaki tak payah ikut waktu merisik, tapi memandangkan Hadi berjawatan pemandu tetap bagi Puan Rosmah, maka dia pun terpaksa buat muka tebal hadir dalam majlis tersebut.

Puan Rosmah tersenyum. "Keluarga besar, bagus. Mesti subur!" bisiknya di dalam hati.

Majlis merisik diteruskan dengan aman. Kedua-dua pihak setuju majlis pertunangan akan dilangsungkan dalam masa 4 bulan lagi. Sekarang tibalah waktu untuk menjamu selera.

"Walaupun makanan dah ada depan mata, tapi sempena meraikan majlis yang elok ni, eloklah kita baca sedikit doa selamat mendoakan agar hubungan ini kekal sampai ke majlis bersanding nanti." kata wakil dari pihak perempuan. Semua orang mengangguk tanda setuju.

"Ha Hadi, bacalah doa. Ini majlis kamu, elok kamu le minta kat Allah agar majlis kamu ini diberkati. Lagipun kami teringin jugak nak dengar suara bakal menantu keluarga kami ni. Ala, tak payah panjang-panjang, pendek pun takpe.." sambung pakcik perempuan itu lagi.

Hadi telan air liur. Dahinya mula berpeluh. Dia kemaskan duduk dan menadah tangan. Mukanya tunduk menghadap lantai. Lalu dia mulakan bicara..

"Err...bismillah...hirrahman..nirrahim...Allah humma.....eh...Alhamdulillah.....errr....eh....Subha....errr...."

Puan Rosmah mula mengibas muka dengan kain selendangnya. Dia bukan sekadar panas luar, hatinya juga panas. Dia tak tahu mana nak sorokkan muka...ikutkan hati mahu aja dia tarik anak dan suaminya keluar dari rumah itu sekarang juga. Malunya dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi dia hanya mampu senyum senget memandang tetamu yang sudah mula berbisik-bisik dan ketawa kecil...

-TAMAT-

Note: Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesape. Hanya rekaan blogger semata-mata. Sekian.