Sedang menghadapi situasi di mana terdapat seorang rakan yang malas guna otak.
Dia tak bodoh, tapi dia tak guna otak. Dia mcam fikir guna rambut, or gigi, or kepala lutut?
Contoh, dia mintak tolong export data dari sistem sebab dia kata dia tak boleh export. Rupanya dia tak install software to export the data, opkos la xleh nak export. Tapi sebab dia mintak tolong dengan muka kesian, kita pun tolong..anggap je dia ada isu untuk install software tu, like dah xde free space dalam laptop dia untuk install software baru ke? Since dia tak install the software, dia tak boleh baca data tu, so dia datang lagi dan mintak tolong convert the data into excel format. Ok fine, kita pun tolong. Then dia datang lagi sebab katanya data tu takde nilai total value, which is the total amount of the data. Memang boleh terjadi sebab format asal data tersebut adalah lain, so bila convert into excel, excel tak boleh nak baca the formula. Tapi, raw data masih sama, kau hanya perlu ubah formula. Formula excel takkan tak tau, setakat SUM UP je pun.
Kau tak faham cerita aku sebab terlalu teknikal?
Ok, contoh 2. Setiap tahun kitorang kene pilih medical plan apa yang kitorang nak pakai for the whole year. Kalau kau rasa nak pergi major operation this year, ko pilih coverage yang mahal sikit. Kalau kau rasa medical coverage tak penting, then kau boleh exchange dengan life insurance yang mahal, or convert duit tu untuk beli extra cuti. Mende ni memang buat setahun sekali, wajib. So unless kau baru masuk opis ni bulan lepas, mende ni still baru pada kau. Tapi kalau kau dah keje sini dekat 5 tahun, kau memang dah arif sangat dengan sistem ni. Tetiba kawan kau ni tadi datang tanya camne nak cek apa yang dia pilih aritu. Dia lupa. LUPA??? Dia pilih coverage untuk diri sendiri aje kot, bukan macam orang lain yang kene pilih untuk anak bini sampai 4-5 orang. And yes dia dah kerja kat sini dah 5 tahun. Oh lupa, tahun lepas dia LUPA untuk select benefit ni so dia langsung tak di cover untuk ape-ape plan. Setahun la kene bayar sendiri bil medical, kompeni tak support. Itu pun ada hati nak mengadu kat management cakap tak fair la dekat dia kene bayar bil medical sendiri hanya sebab dia lupa nak select. Well, ada kompeni kisah???
Kau nampak tak sebenarnya dia memang langsung tak guna otak dia. Otak dia buat hiasan je dalam kepala tu. Dia harap orang keliling untuk selesaikan masalah dia.
Kau sanggup nak layan hari-hari? Hal remeh temeh je kot...yang kau takde masa nak layan sebab ade lagi mende crucial yang kau kene settlekan.
Dan yang paling penting kau rasa annoying sangat-sangat sebab hal tu terlalu remeh, sampai kau rasa nak sekeh kepala and sepak terajang dia. Tapi kau tak mampu.
So hari-hari kau rasa sakit ati nak ke opis, hanya sebab dia. Kau rasa mana lagi bagus, upah pembunuh upahan atau santaukan aje kawan kau tu?