Pada bulan lepas (muahahha, baru skang nak update, gila sedey) aku dan famili telah pergi ke Legoland Malaysia yang terletak dia Johor Bahru (awat skema sangat ayat aku cam buat karangan periksa??).
Ni bukan pakai tiket MATTA , tapi pakai tiket Family Day company bapak mertua aku. Terima kasih BASF Petronas. Cayang cikit! So pergilah kami satu family kecuali adik ipar aku yang baru lepas bersalin, and bapak mertua aku sendiri sebab dia sakit. Dah kompeni support percutian percuma, sayang plak nak tolak rezeki, so terpaksa la mementingkan diri dengan meninggalkan bapak mertuaku seorang di rumah. Dia dah ok sikit sebenarnya so boleh je jaga diri sendiri. Kami pergi pun bukan lama, 2D 1N je. Pergi ari Sabtu, Ahad dah balik.
Skip la intro tak penting, kita terus pergi straight ke review untuk Legoland ye.
Pintu masuk Legoland bersama baju sponsor oleh kompeni.
Orang main air, dia sibuk susun lego kat tepi, aptb!
Note: Life jaket yang bebudak ni pakai disediakan oleh pihak Legoland, toksah risau anak lemas. Come in various sizes for all ages.
Danial pun nak main air gak.
Note: Pampers biru yang Danial pakai tu memang kene pakai, kira cam peraturan Legoland. Kene bayar RM10 kat kaunter masuk, dapat 2 pampers. Depa taknak bagi taik terapung-apung kat kolam le tu. Hakhak!
Bergambar bersama patung Lego yang 'bapok beso' kate orang Pahang.
Ini jela gambar yang dapat diselitkan, tapi gigih nak berblog juge, cam haram kan. Hahahhaha.
Review:
1. Kompeni support tiket ke Waterpark je tapi kami upgrade untuk masuk Theme Park skalik, kene topup la. But sayangnya due to time limitation, tak dapat nak enjoy sangat 2-2 park. So kalau korang beli tiket untuk 2-2 parks, make sure datang pagi-pagi and balik bila Legoland nak tutup. Kalau takde masa, jangan beli 2-2, buang duit je. Theme park tu luas sebenarnye, termasuk kene beratur lagi, memang makan masa. Aku advise korang beli tiket asing-asing. Contoh arini masuk theme park, esok masuk waterpark pulak.
2. Dia tak check pulak beg masa nak masuk, so boleh kot bawak makanan. Wallahualam.
3. Aku pergi Legoland ni hari Ahad. Kalau ikutkan tak ramai orang sebab Ahad JB cuti tapi ramai pelancong asing datang sini, so tetap penuh. Sila bersabar menunggu giliran.
4. Theme park ada mainan basah gak, air pancut-pancut, so bawak baju spare.
6. Kamera kene penuh bateri, banyak gila attraction untuk bergambar, landscape nye cantik. Personally aku rasa itu la tarikan utama Legoland ni. Nak harapkan mainannye tak seberapa pun. Kalau waterpark best lagi A'Famosa or Sunway Lagoon (kolam legoland kecik der, tak dapat la nak main ombak cam kat A'Famosa tu). Theme park plak best lagi Sunway Lagoon or Genting Highland (Legoland takde Vuvuzela). Tapi landscape tiptop, sana sini lego.
7. Theme park banyak roller-coasters. Kalau korang jenis semput, toksah la main, pergi waterpark sudah. Roller coaster paling best terletak di kawasan paling hujung dalam theme park, make sure korang aim tu dulu.
8. Kalau taknak susah-susah drive ke Legoland yang letaknya agak terpencil dari JB, boleh pilih untuk duduk kat Legoland hotel yang betul-betul dalam Legoland tu tapi mahal la sewanya. Aku duduk kat JB, kene drive jauh siki tapi takde masalah sebab ade highway, plus ari Ahad orang keje, jalan agak lengang.
9. Parking sangat luas dan banyak, cumanya tak berbumbung. Dengan cuaca yang maha hazab panasnya skang ni, sila cari parking yang paling dekat dengan bangunan Legoland supaya tak perlu menapak jauh-jauh. Kadar parking juga agak mahal, sila sediakan duit bebanyak.
10. Legoland ni bersih, sangat selesa.
11. Makanan mahal, standard taman tema la kot. Nak murah beli set combo. Kat luar Legoland, jalan dalam 50 meter ade banyak fast food restaurant, so toksah kalut tak cukup makan.
Itu jela kot nak komen. Aku taknak la rate sebab aku rasa nanti aku bias. Aku bukan main semua permainan pun. Aku rasa kalau bawak anak-anak kita, depa suke je kot (kecuali anak aku sebab dia takut air, pfffttt!!). Pergilah sendiri untuk merasainya.
(selingan: tiket MATTA aku untuk naik cruise kat Putrajaya dah hilang, dem!!)