Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2015

Abes la..

Abes la abes la....camne ni???

Aku dah jadi die-had fan K-POP. Tidakkkkkk!!!!!!

Malu nak ngaku sebenarnya...sebab dulu aku pernah la ngutuk orang yang suke K-Pop ni cam takde taste. Yela, artis lelakinya semua jambu belaka. Zaman aku dulu, suka band yang memang kelakian sangat cam Back Street Boys, Five, N'Sync.

Tapi skang ni perasaan aku sama macam aku suke N'Sync dulu. Kemaruk! Kalau zaman remaja dulu bilik aku penuh ngan poster N'Sync (zaman jahiliah, ampunkan ajela), ni datang balik feeling nak penuhkan bilik ngan poster K-Pop plak. 

Kau gile? Anak dah dua!! Huhuhuhu (nanges bawah katil).

Aku skang kemaruk Big Bang...in particular Taeyang ngan GDragon. Ini buktinya:


My fon wallpaper - GD & Taeyang
 
Laptop wallpaper (walopun ni sebenarnya laptop En. Suami tapi ada aku kisah??)

Taeyang sebab aku suke sangat lagu Eyes, Nose, Lips dia tu. Siap gigih hafal lirik ko...walopun tergeliat lidah. Payah beno la bahasa Korea ni!

Eyes, Nose, Lips - Taeyang
Note: Mohon jangan buat spekulasi kata aku gatal sebab tengok body dia. Iman aku tidak secetek itu. Ewah.

GD lak aku suke sebab dia COMELLLL! And dia sangat pandai. Dialah ketua kumpulan GD dan penulis lirik kebanyakan lagu Big Bang.

Aku siap tengok segala program interview dorang. Memang sedih la kalau dengar cerita dorang, camne dorg nak bertapak dalam industri. Persaingan dorang sangat sengit, akademi seni bersepah kat Korea tu. For them to make a big name, memang awesome la. Dorang juga sangat popular kat Jepun. 

Adoiii...camne ni? Camne ni? Malu weh nak ngaku suke K-Pop. 
posted from Bloggeroid



Monday, July 27, 2015

DUIT

Funny how life taught me to value things...especially MONEY.

I used to earn good salary before. Higher than any friends I know. But in order to pursue my dream and do what I like, I went from "I can almost buy anything that I want" to "Damn, I can't even buy things that I need!".

Bukan senang. Payah sangat. But we adjust, we adapt. 

Tukar life style. Beli apa yang perlu dan sekadar mampu. Tiada lagi bermewah-mewah.

In time of difficulties, I always had this thought "kalau aku ada duit lebih nanti, aku nak beli..." and I started making a LONG list of things I wanted to buy. 

berangan jela...

Now I have some extra money in hand...but funny thing is, I don't know what to buy!

I always come to this thinking whether buying this thing is better than buying that thing, you know what I mean? Because having extra money is a rare occasion, I need to spend it wisely. And suddeny also rasa bersalah kalau spend the money blindly, like "Oih, ko tak ingat ke camne ko hidup susah dulu?"

And suddenly I feel proud of myself. Aku harap sangat dapat amalkan sifat ni. 

My watch just broke down, I need a new one. Boleh je beli sendiri, but since my birthday is just around the corner, I might want to wait..mana la tahu kan kot ade yang baik hati nak hadiahkan jam tangan baru. Hik!

Nak kene amalkan sifat menabung pada anak-anak pula. Wish me luck!

Wednesday, July 15, 2015

Maaf

Raya dah dekat. Sempena ketibaan bulan Syawal ni, kita digalakkan untuk bermaaf-maafan.

Tapi mesti ada seseorang (atau mungkin lebih) yang kita susah sangat nak maafkan kesalahan dia.

Dalam Islam, kalau kita bersalah dengan Allah, kita boleh buat solat taubat dan minta keampunan-Nya. Tapi kalau kita buat salah dengan manusia, kita kene minta maaf dengan manusia tu sendiri, kalau tak dosa tu kita kene tanggung kat akhirat nanti.

"Kau merangkak jumpa aku dekat akhirat nanti!" kata kita dengan bongkaknya.

BUT...we are all sinners, aren't we?

Kalau kita taknak maafkan kesalahan orang, ada kemungkinan pun ada seseorang yang taknak maafkan kesalahan kita.

Payah kan?

Berdoalah semoga terbuka hati kita suatu hari nanti untuk memaafkan kesalahan orang yang kita benci tu. Dan berdoa juga terbuka hati orang yang berdendam dengan kita supaya memaafkan kesalahan kita. 

Semoga kita semua kembali dalam keadaan yang bersih.

Why am I writing this?

Nope, bukan untuk berdakwah.

Truth is I am holding a grudge over somebody right now. Memang tak dapat nak maafkan langsung kesalahan dia. Yes, I really hope dia akan merangkak jumpa aku kat akhirat nanti. 

But, muhasabah diri. 

Aku berdoa semoga suatu hari nanti terbuka hati ni untuk maafkan dia...sebab aku juga berharap orang maafkan kesalahan aku.

Atau mungkin sebenarnya aku harap dengan memaafkan dia, aku dapat ketenangan dari api dendam yang membara lama dalam hati ni.

Kenangan itu boleh dilupakan, tapi luka itu tetap masih berdarah.

Monday, July 6, 2015

Epidural.

Aritu aku ada post pasal aku sokong cara tradisional dan aku cakap cara moden tak semuanya betul.

Ok, kali ni nak cerita bab sokong perubatan moden plak. Eh. Apakah?? Ye, aku memang lalang. So go on and read if you like. If don't, leave. Idc. 


Aku nak komen sebab aku ade pengalaman amik epidural..masa lahirkan anak kedua. 

Anak kedua lahir kat hospital swasta. And seperti ramai yang komen, kalau kat swasta ni memang dorang promote betul epidural ni Selang 10minit masuk labor room aku tu tanya "Sakit tak? Nak amik epidural tak?" Masa lahir anak pertama kat hospital kerajaan, memang takde la dorang nak offer.

Mula-mula melagak tolak epidural, konon boleh tahan sakit. Tapi bila contraction dah every 10-15 minutes, nurse yang masuk offer tu pulak macam offer BMW sebijik, aku terima jela. Aku ingat lagi ayat dia yang paling win "Kalau nak, amik sekarang. Kalau bukaan dah 5cm dah tak boleh amik lagi dah" Haaa..tak ke macam sale time Happy Hour namanya tu, so grab la cepat-cepat kan. Bukaan belum 5cm pun sakitnya ya Allah, tuhan jela yang tahu. Kan orang dah buat kajian, sakit nak bersalin ni macam nyawa dihujung nafas, macam 17 tulang patah serentak. Nak tahan lagi? Jujur aku cakap, aku tak tahan. 

Bila setuju je nak amik epidural, bukannya tu anesthesiologist (pakar bius or lets call them anest) terus masuk dan cucuk kau. I guess sebab aku masuk spital tengah malam, kene tunggu pagi juga baru anest masuk labor room, imagine ajela kena tahan sakit berjam-jam tu. So sebenarnya takde lah istilah 'kena paksa' amik epidural. Ko boleh je tolak in case tetiba ko tukar fikiran.

Bila anest masuk pun dia akan tanya lagi "betul ya puan nak amik epidural" bila kita confirm baru dia proceed. Bila anest tu raba-raba tulang belakang aku (jangan fikir bukan-bukan naaa...dia nak cari port nak cucuk la tu), dia notis yang tulang belakang aku bengkok. Terus dia stop. 

Anest: Tulang belakang puan tak tegak ni
Aku: Ya, saya ada scoliosis
Anest: Laaa...kenapa tak cakap?
Aku: Takde orang tanya.
Anest: (gelak kecil) Saya pernah la buat procedure ni pada pesakit scoliosis tapi saya harus bagitahu ada risikonya ya. Kalau saya rasa tak boleh proceed, saya batalkan procedure ni ya.
Aku: Saya faham. Kalau rasa tak boleh jangan paksa, saya tak marah.

Alhamdulillah the procedure went well. Sejuk je rasa bila cucuk epidural tu. 

And Alhamdulillah...hilang la rasa sakit nak bersalin. Perghh...seronok pulak aku rasa. Baring dalam labour room tu sambil layan movie Green Hornet dengan rilex. Hahahaha.... Pagi kene cucuk dalam kol8-9 camtu, petang kol4 baru aku bersalin. Alhamdulillah xyah menahan sakit selama itu.

So from my personal view, aku memang tak nampak keburukan epidural ni. Kebaikannya ialah;

1. Tak rasa sakit contraction. Tapi bila bukaan dah besar dan dah tiba waktu bersalin, sakit bersalin tu memang otomatik datang. Bila nurse tengok ko macam takleh tahan sangat dan bukaan pun dah besar, baru nurse panggil doctor and suruh kau push. Kalau kau sakit tu memang kena tahan ajela...takde la dorang tambah dose epidural tu. Kalau kau tak rasa sakit langsung, camne lak kau nak push. Lemas pulak baby dalam perut kang.

2. Bila kau tak sakit, so otomatik nya kau dapat jimat tenaga untuk push. Kalau dari awal dok tahan sakit yang maha hazab tu, takutnya bila tiba waktu bersalin yang sebenar, ko dah kehabisan tenaga dan tak larat nk push.

3. Bila pengalaman ko hadap sakit tu kurang, ko takde la fobia sangat nak beranak lagi kan. Lepas pengalaman bersalin anak kedua ni, aku dah aim kalau beranak lagi pasni, aku akan amik lagi epidural ni. Sejujurnya lepas bersalin anak pertama tanpa epidural, aku memang agak fobia. Tapi dah rezeki mengandung lagi, aku doa bagai nak rak supaya Allah kurangkan sakit aku. Alhamdulillah dapat offer pakai epidural, memang selesa. So aku sarankan siapa nak bersalin anak pertama, amik la epidural ni supaya excited nak bersalin lagi dan lagi. Hehehe..

4. Hospital offer tu bukan apa, bukan saje nak casamik duit patient tapi dia tahu la kita dapat hadapi ke tidak. Dia dah kerja bidang ni bertahun-tahun, dia boleh nilai siapa yang tahan siapa yang tak. Lagipun dia sebenarnya bagi alternatif option untuk kau juga...dari kau tahan sakit nak mati tu, baik la amik ubat. Kat spital gomen takde sebab dorang memang nak galakkan kelahiran normal. Persoalannya, betul ke kau mampu tahan?

Tapi for those yang pakai company punya medical benefit, please check betul-betul. Rasanya epidural ni company tak cover, kene bayar sendiri.

Me personally memang takde masalah dengan epidural. Yang dok buat cerita tu (tak tahulah betul ke tak) bagi aku sengaja nak takut-takutkan orang. Mungkin yang lumpuh tu 1 in million punya kes. Ntah-ntah dia sebenarnya alergic pada ubat anesthetic tu tapi dia tak tahu, so takleh nak salahkan doctor atau hospital.

Bagi aku simple je bende ni eh. Bersalin ni anugerah Allah. Sakit bersalin tu pulak penghapus dosa. Kalau kau di'uji' lebih dari itu, itu bahagian kau, maknanya Allah sayangkan kau. But jangan jadikan benda ni benchmark untuk semua kes-kes yang lain. Tepuk dada tanya selera.

Wednesday, July 1, 2015

Apa kegunaan sesi interview sebenarnya?

I graduated with Bachelor Degree on 2008. Ever since, I have attended numerous interviews. Many...so many to count. Ceruk mana pun kat Malaysia ni aku redah asal ada jemputan temuduga. 

Mungkin ini dugaan untuk aku, susah nak dapat kerja. But in case where I already secured a job pun, I still go for job hunting. My intention is only one - To get better employment. I believe somewhere out there, there is one job that really suits me.

Based on my experiences, dari berpuluh-puluh interview yang aku pergi, hanya dua sahaja yang berjalan dengan baik. Selainnya meninggalkan kenangan yang cukup mengguris hati.

Di Malaysia, sesi interview seolah-olah sesi soal jawab antara polis dan penjenayah, sungguh menakutkan! Calon akan ditanya soalan yang kadang-kadang takde kene mengena pun dengan jawatan yang dipohon. Interviewer tanya soalan yang diluar skop kononnya untuk mengetahui tahap pengetahuan calon. Yang pastinya calon belum bersedia dengan soalan yang tidak disangka. Aku pernah mohon jawatan sumeber manusia dan soalan yang ditanya adalah mengenai kesan kemerosotan ekonomi negara, how are they related? Of course la calon mempuyai pengetahuan am yang basic tapi bila jawapan yang diberikan hanyalah sekadar 'on the surface', interviewer nak marah pulak. Bukan salah calon..dia hanya mahu minta kerja yang dirasakan sesuai dengan kelayakan, bukannnya ingin bentang research atau kertas kerja!

Pendapat interviewer pada kau akan bertambah buruk kalau dia tengok resume ko kencang gila dengan banyak pengalaman kerja. Habis la ko.....jenuh la menjawab soalan yang merepek-repek like "Kenapa nak mintak kerja sini, kerja lama awak nampak hebat" Apa ko nak jawab? Takkan ko nak jawab ko tamak duit, nak cari kerja lain yang boleh offer lagi tinggi. Atau sebab bos ko gila, suruh ko kerja non stop sebab tu resume ko kencang, so ko nak tukar kerja yang tak gila sangat. Atau sebab ko nak pindah dekat sikit ngan mak bapak ko sebab ko anak mak. Atau nk pindah dekat ngan pakwe supaya jimat duit travel bila nak dating. Even ko dah menjawab dengan berhemah "sebab saya mahukan cabaran dalam kerja saya" tapi kebanyakan interviewer akan anggap jawapan ko tu terlalu diplomatik lalu mereka akan ketawa sinis. Sumpah annoying!


Kat Malaysia, bertuka-tukar kerja ialah satu jenayah.

Sebab mentaliti kita masih mentaliti atok nenek. Kalau dah kerja tu, kene setia dengan kompeni tu sampai pencen walaupun hari-hari kene maki. "Dah rezeki kau, hadap jela...." Macam la rezeki ko kat bumi Allah yang luas ni ade kat situ je, kalau kau tukar kompeni lain automatik rezeki ko hilang ditelan bumi.

Pengalaman aku interview dengan omputeh sangat berbeza. Aku tak tau lah kot dorang desperate nak hire orang ke apa, tapi cara interviewnya ialah.....instead of interrogate candidate, dorang promote post yang dorang offer tu. Sebabnya;

1. Ruang iklan jawatan kosong tu terlalu kecil dan simple untuk menerangkan jawatan itu secara details. Contohnya dalam iklan kata "required skills: advance in microsoft office". Dalam interview dia akan cakap yang kerja tu memerlukan ko terer excel sebab kene buat banyak report, so kene tau guna pivot table. Takkan nak tulis panjang-panjang camtu dalam iklan jawatan kosong kan.

2. Dorang dah pilih candidate yang terbaik dalam 'screening process', kenapa nak kene screening lagi dalam interiew? So masa interview ialah masa untuk promote jawatan tu supaya candidate yang terbaik ni tadi akan berminat untuk join kompeni dorang. They do not want to lose the talent. Interviewer akan tanya samada candidate berminat tak untuk 'try' the job they offered.

3. Interview juga adalah untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut tentang 'compensation package' yang akan ditawarkan. Kiranya dorang takde melagak yang dorang offer benefit yang tiptop. And plus dorang memang spesis jujur. Kat Malaysia jangan harap la nak dengar interviewer explain pasal compensation yang bakal ko dapat. Kalau kau tanya pulak, ko akan dianggap sebagai mata duitan. And normal sangat kalau kene tipu, time interview cakap lain, dah kerja dapatnya lain. Dah kerja baru la nak cakap "oohh..bonus tu memang dapat tapi kalau awak dah kerja cukup 3 tahun" Krikk krikk...

Bukanlah dorang tak tanya soalan langsung, cumanya dorang tak tanya soalan pelik-pelik. Dan kalau kau tak dapat jawab soalan dorang, dorang akan tukar corak soalan tu sampailah ko jawab dengan betul..sebab kadang-kadang candidate ni nerves sangat, orang cakap lain dia faham lain...tapi tak bermakna dorang bodoh. Dorang akan tanya soalan yang relevent dengan kerja ko sebab dorang panggil ko interview pun berdasarkan pengalaman ko sebelum ni. Example "in this job, you need to use our own system. I saw in you resume you used other system. Is it okay for you to use ours?" Haaa...ko pun jawab la okay je sebab system yang ko guna sekarang ni pun lebih kurang cam sistem dorang ke...or dulu ko tak familiar pun ngan sistem yang ko pakai tu tapi ko hanya amik masa 2minggu untuk berlajar, so ko rasa ko okay je nak belajar sistem dorang.

Tak stress pun interview dengan dorang.



Untuk para pembaca yang asik kecewa dengan interview, I feel you bebeh. Don't be sad...anggap je dorang rugi sebab tak dapat pekerja yang bagus cam ko.