Aritu aku balik keje lewat. Memang jadualnye begitu, harus balik pukul tujuh malam. Kebiasaannya suami akan ambil anak-anak di rumah pengasuh, tapi aritu suami kene outstation, terpaksalah aku yang ambil anak.
Tepat je pukul tujuh, terus berlari keluar pejabat. Allahuakbar, hujan selebat-lebat tidak. Cuaca dah macam pukul lapan malam, gelap sungguh. Taknak anak-anak menunggu lama, aku redahkan juga hujan tu. Parking kereta jauh sikit, basah. Sepanjang dalam kereta merempuh jem, aku kesejukan.
Lepas amik anak, sampai rumah terus nak masak. Nak beli kat kedai pun tak boleh sebab hujan, masak ajelah apa yang ada. Takde apa pun nak masak sebenarnya..yang ada telur dan fishcake baki buat mee goreng sebelum tu, buat nasi goreng jela senang. Masa nak prepare bahan masak, Danial pulak buat hal. Taknak berenggang langsung. Bengang je tengok perangai dia. Mana nak masak, mana nak layan anak, mandi pun belum lagi dengan baju basah. Tapi cuba juga melayan..sebab rasa bersalah amik dia lambat aritu. Amani pulak nak pisang la bagai. Aku bagi taknak, nak buat sendiri katanya. Layankan ajela dengan penuh kesabaran walaupunnn...
Lepas mandi, terus menuju ke dapur untuk masak. Lagi sikitttt nak habis masak tiba-tiba......pufff! Blackout!
Anak-anak dah start menangis sebab takut gelap. Aku nak cari sumber cahaya pun tak tahu macam mana, henpon ade kat ruang tamu. Amani yang berjalan ke dapur mula melanggar itu ini, sambil nanges makin kuat. Adoiii..serabutnya! Aku on kan aje api dapur gas, mengharapkan sedikit cahaya. Bila dah jumpa Amani, aku try cari lilin kat dapur, tapi tak jumpa. Aku try ke ruang tamu, blur tak tahu kat mana aku letak telefon. Alhamdulillah Allah nak tolong, ada lampu kelip-kelip dari henfon tanda msg masuk, terus aku capai. Terang sikit rumah. Now nak cari lilin pulak, buatnya blackout lama, kong pulak bateri nanti. Dalam masa yang sama, anak-anak sibuk bertanya soalan innocent "kenapa gelap mama? mama cari apa? henpon Amani mana? Kenapa tak bukak lampu? Lampu rosak ke mama?" Pening....
Tiba-tiba........basah. Tengok Amani, muntah!!
Allahuakbar....rasa aku nak menangis time tu jugak. Lepas satu-satu hal jadi! Aku suruh Amani masuk toilet sementara aku amik kain buruk kat dapur. Tapi sebab gelap dia takut, Amani ikut aku ke dapur, kat situ dia muntah lagi! Aku cepat-cepat tarik dia masuk toilet. Sebelum masuk toilet muntah lagi! Aku dah kalut mana nak pegang Danial, mana nak pegang lampu suluh. Aku tinggalkan Danial ngan Amani dalam toilet, gi amik lilin kat ruang tamu. Anak-anak ingat aku tinggalkan dorang, dah start meraung.
Aku bersihkan toilet, tukar baju Amani, mop ruang tamu dan dapur. Itu pun ntah brape trip ulang alik ke toilet bersihkan mop. Amani muntah bukan sikit-sikit. Siap kemas, aku cedok nasi goreng dan makan dengan anak-anak dekat ruang tamu.
Panas, penat (kebetulan aritu jadual aku pack sangat, kelas non stop sebab aku buat kelas ganti)...aku dah hampir tiada perasaan. Habis makan, elektrik pun ada semula. Alhamdulillah.
Aku pun tak tahu macam mana aku survive that day. Tapi sekarang aku tahu, dalam doa aku, aku takkan lupa minta "Ya Allah, tolong beri aku kekuatan Siti Khadijah dan Mariam!"