Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2016

It's not always my fault, you know.

Tonight husband were out jumpa kawan dia accident. Bila tiba waktu tidur, the kids sleep with me la. Yup, nothing extraordinary.

Cuma masalahnya bila tidur dengan mama, budak-budak ni akan berebut nak tidur sebelah mama. I refused to be in the middle, memang tak tidur sampai pagi la jawabnya sebab anak-anak tidur lasak. So aku buat rule - gilir-gilir tidur sebelah mama. Kalau hari ini kakak tidur sebelah mama, adik tidur tepi sana. Kalau adik tidur sebelah mama, kakak tidur hujung sana.

Nampak simple kan?

Tak.

Kakak senang nak pujuk, senang nak mengalah. Tapi adik dia degil nauzubillah. Bila turn dia tidur jauh, mula buat drama air mata. Nangis macam mama dera! Dia ingat dia sorang boleh degil, mama punya degil dia tak tahu. Aku taknak kakak asik mengalah, tak fair. Nanti kakak kata mama tak sayang dia pula, asik sayang adik. She is just 4 years old you know, masih nak bermanja walaupun dah ada adik.

So drama air mata continues sampai ayah balik. Si adik berlari keluar dapatkan ayahnya dengan air mata berjujai.

My husband being tired, dah mula annoyed. "Siapa buat Danial?" And being kid, anak aku jawab "Mama buat" Ermm..which is kinda true la kan. Tapi mama tak pukul. Well, you know the whole story la, malas nak explain myself.

Husband aku dengar "mama buat", terus naik angin. "Tidur dengan ayah!"

Cerita tak habis lagi.

My kids berebut satu permainan ni. Ada dua sebenarnya, sorang satu tapi satu lagi ntah ke mana. The father insist mainan tu dah hilang. So sebelum aku masuk tidur tadi, aku dah cari dalam bakul mainan, ada!

Bila husband nampak mainan tu, dia tanya anak mana jumpa. Anak aku jawab "Amani main tadi" Again..ermm kinda true also tapi dia tak jawab soalan sebenarnya. But of course husband tak tanya banyak dan assume anak dia yang cari.

Me? Duduk dalam bilik diam-diam and write this post instead. Malas nak explain myself because you know, "kids don't lie". So who do you think my husband would trust more?

Penat jadi mangsa prejudis. I'm just a mom. It's not always my fault, you know.

posted from Bloggeroid

Monday, October 17, 2016

ETS Kajang-Gemas

Weekend punya cerita.

Buat pertama kali balik kampung naik keretapi. Amani la..request nak naik keretapi, layankan jela. Kebetulan ada hal nak balik kampung, so berangkat la kami.

Ok, untuk pengetahuan, tren antara-bandar (inter-city train) dah tak ada. Ala train lama yang macam Sinaran Pagi or Senandung Malam tu dah dihentikan perkhidmatan. Aku tak tahulah sebab apa tapi aku rasa yela, Malaysia kan dah modern, nak uograde la ke tren yang canggih sikit. Lalu perkhidmatan ETS diperkenalkan mulai Mei 2016. Kau nak tahu lebih lanjut, refer jela website KTMB ok.


Hentian Kajang at 12.26pm. Yela, stesen yang sama  ngan komuter tu, mana lagi. ETS ni pun pakai rail komuter juga, bukan rail emas ke perak ke.


Nahh...ada tv. Cerita Dilwale 2016 lagi dia bagi. Layannn...


Aku ambil 3 seats je. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Danial free sebab bawah umur.


Kerusi agak selesa, boleh adjust. Cuma mungkin sempit sikit sebab kaki suami yang panjang macam muat-muat je dengan seat depan.


Dalam train ada cafe. Aku yang jakun pun try la beli, saje nak buat rasa. Ni Amani yang order, nasi lemak rendang ayam + milo panas = RM9. OK la kot dari kau kebulur dalam tren tu, walaupun perjalanan tak sampai 2 jam. Hikhik! Not bad, sedap juge. Milo tu ala Milo 3 in 1 yang dia bancuh air panas je. Lain menu yang ada bihun goreng dan nasi tomato. 


Beli 3 seats dapat 1 gerabak, ko hado?? 

Sampai Gemas pukul 2.15pm, tak sampai 2jam dah sampai, which normally take 3 hours kalau naik kereta. Aku nak balik Segamat sebenarnya tapi stesen terakhir sampai sini je, so kat Gemas mak ayah aku amik kitorang. 

Overall memang memuaskan hati. Cabin sentiasa dibersihkan. Toilet bersih dan wangi. Aircond agak sejuk, yang tak tahan sejuk boleh bawak jaket la. 

Cuma yang aku rasa kureng ialah waktu perjalanan yang tak berapa nak cun. Train terawal yang aku naik ni la, pukul 12.26pm. Sampai Gemas pukul 2.15pm. Aku prefer kalau ada train pagi, cepat sikit sampai Gemas. Which I think is the reason contribute to the empty cabin showed above. Takpe la, baru diperkenalkan kan. Mungkin bila dah popular nanti akan banyak lagi jadual perjalanan.

posted from Bloggeroid

Thursday, August 11, 2016

Parenthood Playland

Kali ni nak buat review tempat seperti tajuk di atas, eceh cam surat rasmi pulak.

Weekend aritu bawa anak-anak berjalan. Dah lama janji dengan anak nak bawak naik train. Aku pulak nak shopping baju kerja yang macam sendu sangat pilihan yang ada. Fikir punya fikir decide untuk pergi Sunway Putra Mall. Dulu dikenali sebagai The Mall tapi dah direnovate dan ditukar nama.

Kami naik komuter dari Serdang dan turun di stesen Putra. Tiket Rm3.40 untuk seorang dewasa, anak-anak free je. Sampai stesen Putra jalan kaki sikit ke mall tu.

Malas cakap banyak, nah aku belanja gambar.






Ada banyak lagi mainan seperti wall climbing, trampolin, slides pusing-pusing. Tiket adalah for whole day so boleh main sampai pengsan. Kids to be accompanied by one adult, extra adult kene bayar RM5.

Sementara asben tinggal dalam playland tu jaga anak, aku keluar kejap pergi shopping. Kat Sunway Putra Mall tu ada PDI Concept Store, Brands Outlet, FOS, Nichii Concept Store dan banyak lagi. Bagi aku salah satu pun dah cukup untuk aku shopping.

Pendek cite aku memang puas hati. Pilihan mainan banyak dan convenient untuk parents shopping. Harga pun berpatutan.

Tapi xleh gak gi selalu, bankrap ar...
posted from Bloggeroid

Sunday, June 19, 2016

Lonely

Do you know what is the saddest feeling in the world?

It is feeling sad without having anyone to turn out to. The feeling of being LONELY.

Im not the type of anak yang akan share everything dekat mak. Well, just say we don't have that kind of relationship. Lagipun mak jenis islamic sikit. Kalau ngadu pape kat dia, dia akan cakap "zikir dik.." "buat semayang tahajud, doa banyak2"

Betul dah nasihat mak tu, Allah sebaik-baik pendengar. Opkos aku zikir, tahajud so far fail, tapi ada gak buat solat hajat. But nak juga meluahkan kat seseorang.

But tak semua masalah kita boleh cite kat semua orang kan. Ada orang yang tak faham masalah kita sebab dia TAK PERNAH laluli apa yang kita lalui.

And masa tu ko akan rasa sunyi sangat. Bunyi bising macam mana pun kau akan rasa sunyi, rasa kosong. U try to act tough, but when its become unbearable, you break. And you cry.

Lepas kau berhenti menangis, kau rasa lega sikit. Dan kau tersedar yang sebenarnya menemani kau ialah air mata tu.

Aneh. But true.

Hidup ini sukar. Sometimes you just have to cry.

Just cry.

Friday, June 17, 2016

Aku sporting

Keje di opis baru. Masih dalam bidang HR (dah ni je bidang aku tau. Kalau aku tau bidang perbidanan, aku dah tukar keje dah). 

For those yang dah bekerja tau la kot HR ni biasanya ada bilik khas, sebab ada banyak document sulit nak kene simpan. Aku punye opis camtu la jugak, dok dalam 1 bilik.

Cumanya kelainan keje kali ni, aku sebilik ngan semua lelaki! 1st time weh, selalunya kerja pejabat ni dimonopoli oleh pompuan je. Tapi kat sini prefer hire lelaki. Dorang hire aku pun kononnya nak kelainan merasa kerja ngan pompuan pulak. Pape jela.

Opismate aku sorang muda sket tapi dah kawen, sorang lagi sebaya aku tapi masih bujang dan sorang lagi memang muda sangat la, budak intern.

Alhamdulillah dorang memang sporting. And tak pernah layan aku dengan gender bias ke apa. Boleh kata sebulu la gak, jenis suka ketawa terbahak-bahak, xde cover punya. And yang paling penting bukan jenis gatal. Alhamdulillah.

R: Farah, ko ni sporting la.

Me: Sporting camne pulakkkk... biasa jela. 

Dah nama opismate, layan jela cam biasa. Kalau stranger memang aku tak layan mesra la. Mesra pun ada batasnya, takde lah sampai bertepuk tampar, duduk selisih bahu, minum secawan ke apa. Kentut sebilik yes (dah kitorang memang duduk sebilik kat opis, takkan nak kentut jauh-jauh plak, tak menahan). 

Mungkin ada yang tak setuju dengan cara aku. Pompuan patutnya asing dengan lelaki bukan mahram, tak patut keluar bersama, tak patut duduk rapat-rapat (kene duduk selang satu padang bola sepak).

Well pendapat aku camni. Aku kerja sebab Allah, sebab family. Aku kerja bukan nak cari jodoh. So hubungan aku dengan mamat-mamat itu hanya sebagai rakan sekerja. Kerja kat mana pun mesti ade lelaki dan perempuan. Kalau takleh nak get along, camne nak sukses? And kalau nak jaga adab sangat, aku memang tak keluar berkerja at first place. Aku jaga batas aku, dorang jaga batas dorang, settle.

And 1 hal yang paling penting sebenarnya ialah, aku sayang sangat kat suami aku. Nahhh..straight confession gitew. Pompuan ni kalau dia dah sayang extreme sket. Memang takde hati dah kat orang lain, datang la putera mana pun. Pendek cite, memang dah takde nafsu kat laki lain. Setakat suka tengok laki ensem tu normal la, fitrah la suke tengok benda cantik, tapi xde la sampai naik nafsu. Takde feeling ank cintan-cintun ni. Lagipun opismate aku tak ensem mana pun, xde feeling la haih! (matila kalau dorang baca ni. hakhak!).

Pucuk pangkalnya hati dan iman. Pastu kau nak buat apa pun buatlah asal tak langgar pantang larang agama. OK?

Tapi satu hal la gak keje ngan laki ni;

G: Pegang duit ni ha, kalau suruh ktorg pegang nanti abes.

R: Pegang wallet aku jap. Ko dok sini diam-diam, kitorang hisap rokok jap.

Ceh, memang masalah universal lelaki takleh nak jaga barang sendiri. Dan termangu-mangulah aku menunggu dorang habis hisap rokok. Haisyy...


Aku dan mamat-mamat 'sebilik'. Tak ensem pun kan..... kihkih

Wednesday, May 11, 2016

Our life now

9.00am husband call at office
"Anak pagi tadi camne?"

6.00pm me calling husband
"Dah amik anak?"

About to eat dinner and husband ask
"Anak makan apa?"

Me when husband is going somewhere
"Jangan beli gula-gula untuk anak"

Going to pharmacy to buy medicine for me and husband goes
"Ubat untuk anak beli sekalik x?"

Discussion about raya celebration
"Baju anak tahun ni beli kat blablabla..berapa pasang blablabla"

ANAK ANAK ANAK

When you become parents, your life is immediately become someone else's.

But love it every single bit!

Wednesday, April 27, 2016

Hi!

Alahai...dh berkepam blog ni x berupdate.

Alkisahnya hp lama yang dok wat guna utk blogging sudah rosak. Ganti hp Asus yang murah tu, memang la x berapa berguna. Itu pun dah khatam sadaqallahuazim...

La ni i tadak hp. Sedey uols, dentis sgt i. Ni pinjam tab anak. Haa...anak lagi kaya dari mak, ko ghase?? Dah nama pun pinjam, takleh la nk wat rete sangat. Baru nak berkarya dia dah minta balik tepon dia nak tengok katun. Hakak redhoo...

Ni i akan start la slow2 blogging balik. Harapnya istiqomah.

Stay tune!