Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 20, 2017

Inside me

I'm not happy.
Not today.
Not now.

I can't sleep.
Not now.
Not tonight.

I know this is just another phase, another cycle.
Life is like a wheel they said, you may not always be on top.
And today, I'm down.

O Allah, release me from this pain.
Make me strong again.
Though the pain cannot be seen, it is real and I'm in vain.

These are too much to bear.
I felt alone and lost nowhere.
No one wants to listen, nobody care.
I cry alone, no one to talk to, no one to share.

I know this misery will go away.
Like the other day, I managed to walk away.
But today, it is going to stay.

I'm not happy.
Not tonight.
Not today.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 15, 2017

Terima kasih saja tak cukup

Seronok juga bila jumpa banyak artikel yang ditulis suami tentang kekaguman mereka dengan isteri masing-masing.

Mana taknya, pagi masih gelap sudah bangun. Siapkan breakfast, siapkan baju suami untuk ke tempat kerja, siapkan anak-anak, kemudian diri sendiri bersiap untuk ke tempat kerja. Sudah siap segala hal di rumah, hantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Kereta pandu sendiri tanpa driver. Yang naik kenderaan awam, berpeluhla menunggu dan berasak untuk naik.

Bekerja di ofis dari pagi sampai petang.

Sampai rumah pukul6 atau pukul7, terus tanggal tudung sinsing lengan baju masuk dapur, masak. Ketung ketang ketung ketang, siap 2-3 lauk. Mandi, solat, makan. Malam sebelum tidur, kemas dapur kemas rumah basuh baju sidai baju lipat baju bla bla bla... pukul12 malam tidur.

Esok sambung rutin yang sama. Hujung bulan bawak masuk duit ribu-ribu untuk keluarga.

Selamanya.

Lelaki. Jarang ada rutin sesibuk ini. Pagi bangun tidur isteri kejut. Mandi dan bersiap, terus ke pejabat. Balik rumah walau lebih awal dari isteri, rilek-rilek dulu depan tv atau main game dalam phone sampai isteri pulang. Isteri siap masak, makan. Lepas makan sambung tengok tv.

Lepas tu bangga dengan kawan-kawan sebab dapat isteri yang hebat boleh uruskan rumah tangga serba-serbi.

Ustaz cakap, hargailah isteri. Tak payah beli barang mahal-mahal, ucap terima kasih pun dah cukup. Sang suami pun ikut.

Tapi bila fikir dalam-dalam, betul ke cakap terima kasih je dah cukup?

Seriously. Suami kalau balik kerja walaupun tak payah buat apa, tapi kalau rumah bersepah membebel. Padahal yang kemas nanti bininya juga. Dah tu pandai pula order nk air panas. Order pula lauk sekian sekian untuk makan malam. Sebelum tidur minta picit lagi.

Kalau isteri tak buat? Alamatnya si isteri dilabel sebagai isteri tak pandai jaga suami. Tak pandai ambil hati suami. Erti kata lain, isteri tak berterima kasih.

So..sebenarnya la kan, UCAPAN terima kasih je tak cukup. Kau bayang kau dah kerja penat-penat, hujung bulan bos cakap terima kasih je, gaji tak beri. Kau puas hati?

No, ni bukan hal materialisme. Bukan suruh bayar gaji isteri.

Cumanya, cuba fikir. Suami kagum dengan kehebatan isteri, tapi apa yang suami buat untuk jadi setanding dengan isteri? Isteri super hero, suami buat apa untuk jadi hebat sama?

Takde. Setakat kagum jela kan.

At the end isteri rasa terbeban. Isteri rasa penat. Isteri rasa tak berbaloi.

Yang lelaki pula tak faham kenapa isteri nak mengamuk, kan dah cakap terima kasih?

Face palm.

posted from Bloggeroid