Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 1, 2017

Aqil Danial



Last week dapat mesej dari pengasuh anak-anak yang aku panggil Along, katanya dia masuk hospital. Kebetulan masa tu memang tengah cuti, so no hal. But later dia mesej mungkin lama dia kena warded sebab luka di kaki dia melarat sehingga jari dah naik hitam. Along ada kencing manis, aku tahu betapa seriusnya kes dia ni. 

Terus angkat fon call mak kat kampung. 

Me: Mak, tolong!

Mak: Apa?

Me: Tolong jaga anak seminggu, Along masuk spital.

Mak: Ok.

Ahad malam mak dan ayah dah sampai rumah. Bolehlah pergi kerja hari Isnin tu dengan lapang dada.
Seriously how do I live without them? My ultimate savior.

Semalam ok aje, cuma sebelum tidur semalam Danial membebel "Nial bangun cari mama takde, ayah takde, Nial keluar (bilik), atok ada kat (bilik) belakang". "Mama kan dah cakap Nial dok ngan Tok Mak, Tok Mak jaga Nial" aku cuba pujuk. "Yela tapi bagitahu la Nial" rengus Nial. Berapa kali nak bagitau daaa....

Hari ini kiranya hari kedua anak-anak duduk dengan mak ayah dekat rumah. Aku ajak mak ayah ikut ke ofis sebab ada hal nak settle, after settle tu boleh la dorang hantar aku ke ofis dan balik. Danial ada sikit happy sebab dapat ikut mama arini (his first time) walaupun bangun pagi tadi dia mengamuk sebab kena mandi pagi (dia tak berapa suka mandi). Bila dah settle hal tu, dia tanya nak pergi mana lagi, aku cakap "Mama nak balik office la, nak work". Danial terus nak duduk dengan aku. Pastu dia bebel-bebel cakap "Lama betul Tok Mak ni kat sini, balik la". Cis, kurang asam punya cucu. I know sebenarnya dia nak cakap yang dia nak stay ngan Mama so Tok Mak can go balik kampung already. Sampai dekat office, time to say bye-bye, sedih betul muka dia "nak mama.." katanya. 

Alahai anak, what should Mama do with you. Manja sangat. Lepas ni mungkin Danial dah start kena duduk taska sebab Along dah tak boleh jaga. Aku taknak la susahkan Along. Lagipun assume Along tak sihat lg untuk masa beberapa bulan, yela, potong jari kaki kot. Takkan la 2 hari lepas keluar spital dah boleh bergerak aktif. I don't want to be those selfish parents yg fikirkan diri sendiri je.

Mama harap sangat Danial strong too k. Mama loves you and Amani. 
posted from Bloggeroid