Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 23, 2014

Happy Birthday Superman!

Late entry again.

Tanggal 13 Mac aritu is my love's birthday, Mr. Superman! (a.k.a En. Suami).

Took him to Korean Steambot kat Red Wok, Bangi. Well, it was my idea to eat here, aku yang mengidam lebihnya sebab terpengaruh banyak sangat tengok cerita Korea. Kalau tanya En.Suami dia nak makan apa, jawapannya madang tak kisah. So meh la hakak decide kite makan steambot ye.

Tempat ni memang dah well known, tak payahlah aku nak blog panjang pasal tempat ni. Briefly, dia steambot ala buffet, bayar then makan sampai muntah. Menu macam-macam...bukan stakat yang nak di'steambot'kan (sukeati aku je nak buat bahasa melayu sendiri kan), nasi, mee, desserts, fruits pun ada jugak. Banyak la pilihan, memang berbaloi dengan harganya. Yang penting ade ice cream..me is very like ice cream.


Tengok Amani, dah pandai amik gambo letak tangan kat bahu kite. Besfren la konon kan... Sila ignore makanan melambak atas meja.. Ye, kami adik beradik sundel bolong.


Danial pun ikut sekali celebrate besday Ayah tapi dia amik bau and makan asap je. Hahaha...kesian. Tunggu dah besar nanti Mama bawal Danial makan sini lagi ye.

This year no surprise. Few days later bawak En.Suami pergi Pertama Complex beli hadiah dia. Dia demand waterproof boot, demi kasih hamba turutkan. Mahal wooo...but its okay, besday setahun sekalik je ye tak (sambil nyanyi lagu Najwa Latif -- kosong..kosong..).

Anyway, Happy Birthday Abang, Love, Oppa, Ayah. Me, Amani and Danial love you sooo much! Wish you health and wealth to continue to support, guide and love us.


My Superman, En. Suami.

posted from Bloggeroid

Muffin

Menjak jadi suri rumah ni bukan main rajin masuk ke dapur. No no no, bukan untuk masak, tapi untuk buat dessert. Masih kekok menggunakan bawang, lebih happy bereksperimentasi dengan tepung.

So one beautiful evening, these are my masterpiece (masterpiece la sangattt).


Rupa sebelum masuk oven.

Ekceli ni 2nd time buat muffin ni. 1st time buat aritu pakai hard cup muffin, tak payah guna muffim tray ni. Tapi membazir je sebab orang tak makan cup, lepas ngap muffin, cup buang camtu je, sayang betul. Cup tu mahal dowh... Disebabkan En.Suami puji muffin ni sedap (he really meant it when he ate a lot and request for more!), so aku beli la muffin tray ni dekat Mr.DIY. Murah je uolls..I love Mr.DIY! And then pakai muffin cup nipis yang biasa tu je, murah sikit.


Tadaaa..dah kuar oven. Sedap ni kiah oi...tak tipu. Kat dalam muffin aku letak inti coklat.


Ni gambaran dekat, naik cantik je muffinnye kan. Macam gebu je, macam selera je. ---Lupa plak nak decorate ngan choc chips.

Resipi amik dekat majalah je. Leceh sikit sebab resipi nak kene pakai penimbang plak. Aku dalam bilik malas nak keluar amik majalah and salin resipi. Sesiapa berminat nak cuba boleh pm aku ye (fefeeling blog gempak ramai yang baca nak tuntut resipi. Puih)

Ok, tata.

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 19, 2014

Gurau

Random talk again.

Me: Bengang betul ngan kompeni ni, kedekut! (Bla bla bla...pot pet pot pet pot pet...) Menyesal join kompeni ni!

En. Suami: Ala, jangan la menyesal. Kalau awak tak join kompeni tu, takdelah awak jumpa abang, takdelah awak kawen ngan abang.

Me: Hee...

He surely knows how to amik hati bini dia ni. Tenkiu la bang.

Few days after.

Me: Haih, kesian la artis Malaysia ni muka cantik badan meletop pun kene cerai. Erra Fazira, Nora Danish, Rita Rudaini.

En. Suami: Nasib baik awak tak cantik kan. Hahaha.

Me: (kureng hasam) A'ah, nasib baik tak cantik, kalau tak, tak pandang la abang tu. Muahahaha!

Note: Bergurau senda amalan mulia. Peace no war.

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 12, 2014

Happy birthday Amani!

Alahai..dah terlambat benar rasanya untuk post wish birthday Amani yang ke 2 tahun. Internet buat hal pulak. Dalam zaman millennium ni, memang payah betul kalau takde internet, macam takde kehidupan pulak. Update pakai tv je, itu pun terasa ketinggalan dan bodoh dek manipulasi terhadap stesen televisyen oleh pihak-pihak berkepentingan.

Anyway, Amani has turned 2 on 28th February 2014. Happy birthday sweetheart!!


2 years old Amani in her expression of senyum nampak gigi.

We did make a little birthday celebration this year. Jemput adik beradik aje, both mine and in laws. My parents were also here, sanggup datang dari kampung nak celebrate birthday cucu (hmm..kebetulan depa ada wedding invitation sebenarnye so alang-alang singgah umah aku. Huhu..). And kebetulan ofismate nak datang tengok baby, so aku jemput la skali.

Sayangnya tak sempat nak snap pic sebab terlampau busy buat preparation. Maklumlah, semuanya nak sediakan sendiri. Nasib baik guests semua datang lambat, sempat la tuan rumah nak mandi and wangi-wangi. Amani comel dengan baju ala princess (baju baru beli untuk pakai raya tapi dah rasmikan dulu). Aku tempah kek foundant. Majlis berlangsung petang so aku buat menu lite-lite je.

Menunya ialah roti jala, kari ayam (cecah ngan roti jala), sandwich, nugget, puding karamel, piza and air oren. First time nak buat kenduri, gigih nak masak semua sendiri, pastu aku sorang bersilat kat dapur sebab En. Suami pergi bandar amik kek and beli piza. Puding karamel and inti sandwich aku dah buat the night before. So on the day aku buat menu yang lain-lain tu. Lambat plak siap buat roti jala sebab payah nak menjala satu per satu. Dah siap tu, buat pulak sandwich sambil goreng nugget. Berlari-lari aku kat dapur, mana nak buat sandwich yang cantik dan kemas, nak make sure nugget tak hangus, nak prepare presentation pulak. Tapi berkat dah biasa multi-tasking, semua berjalan lancar (puji diri sendiri voleyyy).


Inilah gaya aku menjala atas kuali


Jala yang sudah dilipat, letak atas pinggan.

Yang lain-lain tak sempat nak snap. Kot ade pun dalam kamera digital yang belum sempat transfer dalam laptop. Seronok juga sekali sekala dapat jamu orang makan. Seronok juga dapat kumpul adik beradik. Hmm..first event dah berjaya, mungkin boleh consider untuk buat makan-makan lagi next time (banyak duit kau??).

To Amani, Mama love you soooo much. Be a good girl. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang solehah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 19, 2014

Apa reaksi kau?

Apa reaksi kau kalau one day kawan baik kau call and cakap dia jatuh cinta....padahal dia dah kahwin and orang yang dia jatuh hati tu bukan suami dia?

Biar aku jawab. (Aku tanya, aku yang jawab...ntah pape la kan)

In normal circumstances, kau akan terus bertukar menjadi ustaz/ustazah tak bertauliah. Kau akan suruh kawan kau istighfar banyak-banyak, ingat tanggungjawab dia sebagai isteri dan ingat pasal dosa pahala. Seorang isteri tak boleh ingat kat laki lain, berdosa. Baru ingat dah berdosa, apatah lagi kalau ada perasaan dan nafsu, lagi la berdosa. Dalam khutbah kau tu, ntah brape ratus kali kau sebut perkataan dosa. Pendek cerita, kawan kau tu memang bersalah dan berdosa.

Tapi.....ini kes luar biasa. Si pengadu ialah kawan baik kau. Minum secawan, makan sepinggan, sama-sama ponteng kelas tengok wayang, kertas jawapan dia kertas kau, adik beradik dia adik beradik kau, etc etc.. Kau kenal sangat hati budi dia. Kau tahu apa yang terjadi semua bersebab. Kawan kau bukan jenis perempuan yang mudah curang.

Salah ke seorang isteri rasa tawar hati kat suami dia kalau dia tak bahagia dengan perkahwinan dia? Macam mana seorang isteri tak berpaling arah bila suami tak pernah bagi nafkah, suami tak pernah ada masa untuk keluarga, anak pun anggap bapak dia cam stranger, suami keje mintak duit isteri, itu pun lambat bagi kene maki? Kalau sekali sekala takpe, ni dari start kahwin sampai anak dah ada gigi dah pandai berlari! Siapa yang sanggup makan hati sampai mati? Tiba-tiba ada pulak lelaki yang caring dan bertanggungjawab nak amik alih tugas sebagai suami, kau berani nak tolak rezeki?

Siapa kita untuk judge dia kan? Kita tak rasa apa dia rasa. Senang la kita nak cakap anggap ni sebagai dugaan, tapi perkahwinan bukan ritual. Isteri ada hak jugak kan, siapa kata kita takde pilihan?

Nak sokong, serupa macam kau menggalakkan gegarnya tiang arasy. Tak pasal-pasal dapat dosa atas akta hasutan.Tapi kalau tak sokong, tak sampai hati nak tengok kawan makan hati sampai mati. Kau sebagai kawan baik dia macam ada tanggungjawab untuk bagi dia moral support.

Skang macam mana? Aku tanya lagi sekali, apa reaksi kau kalau dapat kes macam ni?

Aku? Ntah, aku pun tak tahu.

posted from Bloggeroid