Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

Eee...kamben!!

Smalam masa tengah go through gambo-gambo dalam hp, ternampak le gambo yang best ni. Lupe plak nak update dalam blog.

Below pictures were taken during goat farm visit organized by Operation Management class. The farm is situated within UPM compound, part of UPM plan to promote Boer goat breeding. My lecturer, Prof Ir Johari, is one of the pioneer to introduce this project.

Excited okeh dapat tengok kambing! Selalu tengok dalam tv je.

Boer goats

Bebudak ni excited amik gambo je..Jakun eh masing-masing.

Kalau camni la model Colgate, pengsan!

Anak dan ibu.

Our beloved Ir Jo

Lucah tol la kambing ni. Haisy!

The goats villa

Pose ayu. Tergoda tak?

My classmates. Eleh, buat-buat concentrate je tu..

The trip was an absolute fun! Tapi kalau korang nak tanye secara detail pasal penternakan kambing ni, memang minta maaf la ak tak dapat tolong. Ak bukannye dengar sangat, dah ak sibuk amik gambo ni ha. Hahaha!

Pape pon ak sarankan korang ceburi la bidang penternakan kambing ni. Ak sokong je. Sebab daging kamben very the yummy!

A series of unfortunate events

Wiken aritu ak balik kampung. Saje je balik sebab mak ayah soh balik. Start pagi Sabtu tu Segamat asyik ujan je, makanye kami hanya terperuk di dalam rumah. Tapi pagi Sabtu tu gagah jugak la redah ujan pergi shopping baju. Then lepas tu hanya duduk berhibernasi di rumah.

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

Kalau time kecik-kecik dulu dah lama mandi hujan, kene plak ade 'air terjun' camni.

Umah atok ala-ala nak banjir

Hujan tak berhenti direct dari ari Sabtu hingga ke Ahad. Untuk elakkan banjir, pagi lagi dah gerak balik Selangor. Hujan sahaja sepanjang perjalanan. bawak kereta slow je.

Air Sungai Segamat yang dah nak melimpah

Sampai dekat Gemencheh sekali jem giler. Jem yang tak bergerak punye. Bile dengar radio, rupenye jalan di tutup untuk bagi laluan kat Le Tour de Langkawi. Eh, hujan-hujan gini pon kayuh beskal gak eh. Gile kentang betul la dorang ni.

Rakyat Gemencheh yang excited nak tengok orang kayuh beskal.

Jem gile. Sabo jele korang...

Then singgah kat Seremban, lunch, perut dah lapo. Makan piza kat Giant Senawang. Ktorang order Ring of Fortune.

Ni gambo dalam iklan

Ni gambo yang sebenar. Tipu siott....

Beratur panjang time nak bayo. Grrrr.....


Kesimpulannye cuti kali ni memang penguji kesabaran gile la. Ke ni balasan sebab ak tak ikhlas balik kampung? Padan muke. Huhuhu....

Friday, January 28, 2011

Pakcik kayo!

Wah, blog dah bertukar!! Sejak akhir-akhir ni asik nak bertukar je kan. OK ape, amik mode tahun baru.

Padahal ak banyak sangat masa lapang sebenarnye, so gatal-gatal la tangan nak renovate blog ni. Banyak lagi nk buat sebenarnye tapi kasi pelan-pelan kayuh la eh. (Padahal buta IT. Terhegeh2 nak create design baru).

Skin blog yang sebelum ni dibuat masa tengah gloomy, tengah jiwa kacau. Tujuan ak buat blog ni pon kononnya nak ekspresi kan jiwa kacau ak tu, sebab tu ia diberi nama "Expression". Tajuk je omputeh, isi tetap Melayu! (padahal speaking London ke longkang). But now ak dah happy kan, dah ade En.Tunang di sisi, and I achieve most of my plan, so mood tahun ini ada sikit baik. That's why ak pilih skin yang lebih ceria, putih, cerah. Senang sikit nak baca kan?

Anyway, CNY is just around the conner. Limau dah berkotak-kotak masuk dalam perut. Cina yang nak raya, Melayu yang terlebih rajin shopping limau kan, biasa le tu...

Tetiba arini dapat adiah dari boss. Dapat Angpau, excited uolls..pakcik kayo! I lap u very strong la bos!


Hati berbunga-bunga. Sekalik bukak dalam....

5 hengget je!


Mak cakap jangan merungut atas rezeki yang ade. RM5 tu dah pon selamat ak abeskan time tengahari tadi--nasi ayam RM4 + teh o ais RM1.

Alhamdulillah....

Tuesday, January 25, 2011

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Aritu En.Tunang tanye "Awak mimpikan dia lagi? Sayang takut kat dia lagi tak?"
(Those yg follow blog ak ni mesti tau ak pernah cerita yang ak mimpi pasal ex-gf En.Tunang)

Now ak dh bertunang. En.Tunang is officially mine. Eh silap, half mine.

So, do I need to worry still?

Susah nak jawab soalan tu...

First of all, please get the fact right. Ak bukan takut ngan minah tu. Ak just tak suke. Ak ANNOYED. Dia macam langau yang kacau ak tengah syok makan mee bandung Muar yang sedap. ANNOYING GILERRRR.....

Berita terbaru ak dengar, minah tu masih lagi menyalak pasal En.Tunang. Masih lantang menyuarakan rasa tak puas hatinya pada En.Tunang kerana tidak terus menyambung percintaan mereka. Apatah lagi skang En.Tunang dah bertunang, lagi la minah tu bengkak hati. And the best part is, minah tu dah tau sape tunang En.Tunang. Dia tak sebut direct la nama ak, tapi dia panggil ak "Minah terencat".

Lantak la dia nak cakap ape pun, ak sikiittt pon xde effect. Ko menyalak sakan pon, En.Tunang tetap jadi milik ak. Ak pon tak faham siapa yang terencat skang ni. Korang sebagai reader lebih bijak menilai kot....Kot ak yang terencat, takde la korang rajin baca blog ak kan. Muakakaka!!!

Kalau perempuan lain mesti dah temper, and ready sediakan senjata untuk serangan balas. Tapi ak rilekkkk je...

Reasons kenapa ak rilek;

1. Ak kesian gak kat minah tu. Kene tinggal kekasih memang sakit..tak semua orang dapat terima kenyataan tu secara terbuka. Ak simpati la kat dia sbb jadi sewel cmtu kan. Kesiannn...

2. Sebab ak berpegang pada yang 5 tu "Kesopanan dan Kesusilaan"

3. Sebab ak memang cool..hahaha!

Ada orang pernah tanya Nelson Mandela, dia taknak ke balas dendam pada orang yang penjarakan dia. Dia cakap "Kalau ak terlalu memikirkan dendam, ak takkan ada masa untuk memikirkan perjuanganku".

Pernah juga seorang tua ditemuramah. Orang tua itu adalah antara ratusan penduduk Malaya yang dikerah oleh British-India Company yang menjadikan mereka buruh paksa untuk membina landasan keretapi dari Burma ke Tanah Melayu. Pakcik ni cerita, ramai kawan dia yang mati kene tembak masa nak larikan diri untuk balik ke Tanah Melayu. Wartawan tanya macam mana pakcik tu boleh survive. Pakcik tu jawab "Pakcik hanya fikirkan anak bini di kampung. Rindu tapi pakcik tau pakcik harus terus hidup untuk mereka" Setahun kemudian semua buruh paksa tadi dibawa pulang. Dapatla Pakcik tu jumpa anak bini dia.

See....See...nampak tak macam mana orang bijak berjuang? Ak ni kire macam Nelson Mandela and Pakcik tu la...Rilek je...

Ape ade hal kene penjara..perjuangan tetap diteruskan!


Memang sangat menyampah ngan minah tu. Can you please go on with your life and stay out of mine? Tapi ak malas nak pikir.

Adelah lebih baik ak pikir pasal wedding ak dengan En.Tunang. Itu adalah perjuangan ak skang. Weee.....!!!!

Friday, January 21, 2011

Bertukar!!

Intro cam cerita Action Kamen plak kan? Yeke? Ke cerita Cardcaptor Sakura? Mana-mana jela...

Arini ak sangat lapang (padahal malas buat kerja), so ak nak update blog yang dah berkurun tak update.

Kali ni nak bercerita pasal Mr.Perfect dah bertukar!! Bukan bertukar jantina ye, choyyy!!!

Mr.Perfect dah naik pangkat ke Encik Tunang. Tahniah....



En. Tunang pernah cerita kat ak, mak dia pernah mimpi dapat menantu nama Farah, kecik-kecik, pakai cermin mata. Memang tepat la kalau nak menggambarkan diri ak kan. Maha Suci Allah, ape yang mak dia mimpi tu jadi kenyataan.

Kalau ak tau la mak dia dari awal dah mimpi ak jadi menantu dia, takde la ak susah payah bercinta dengan ex-ex ak yang LOOSERS seblom ni. Menghabeh boreh den yo...

Lepas ni perah otak untuk wedding plak. Caiyokkk!!!

Wednesday, January 19, 2011

Ape nak buat? 2

Britney ade kawan nama Mariah, Tom dan Brad. Ala, kawan Britney masa Britney mula-mula dapat kerja kat Keyel dulu. Mereka berempat takde la rapat sangat. Britney lebih rapat dengan Madonna tapi cerita kali ni takde kene mengena ngan Madonna, so malas nk cerita panjang pasal dia. Tak rapat pun selalu la mereka berempat ni lepak sama, life zaman muda-mudi memang camtu.

Itu duluuuuu.....

Now Britney dah keje tempat lain. Mariah plak berhenti kerja sebab nak buat full time study. Tapi hubungan mereka berempat go-on seperti biasa.

Mariah selalu ajak kawan-kawan dia lepak, tapi mereka selalu reject atas alasan sibuk. Yela, komitmen pada kerja. Bab kerja tak boleh dibuat main-main, amanah tu. Mariah ajak hari biasa dorang busy, ajak ujung minggu pon busy. Tapi, Mariah tetap gigih mengajak tanpa mengenal erti penat lelah!

Hari Isnin Mariah ajak lagi Britney keluar. Britney tak sampai hati nak reject sebab dah selalu sangat kot dia reject ajakan Mariah ni. Cam kesian je dia tengok kat minah tu kan. So she said yes.

Nak dijadikan cerita....hari Isnin tu Britney busy nauzubillah. Baaaanyak pulak keje kat opis. Kol7 malam janji nak jumpa Mariah kat mall, kol7 baru Britney siap keje. Bergegas la dia ke mall. Lewat sikit tapi ok la kot, bangsa dia memang x berapa punctual pon. Wahaha..alasann...

OK la, so Britney and Mariah, jalan-jalan, lepak-lepak, makan-makan. Britney kepenatan so she just let Mariah do the talking. She just gives feedback whenever necessary, kalau tak dia memang senyap je. Penat plus takde ape nak cakap sangat pon, so Britney just menjadi pendengar yang setia.

Kol9.30 malam, Britney kenot gii dah bak kata orang Kelantan. So she excused herself. Selalunye dorang ni kalau melepak memang sampai pagi tapi mengenangkan esok kene kerja, and kerja kat opis tadi pon tak habis lagi, Britney decided to go back early to rest. Sekian la perjumpaam Britney and Mariah haritu..

Esoknyeeeeeeeeeeee

Britney dapat mesej dari Mariah marah-marah, katenye dia menyesal keluar lepak semalam, sebab xde fun langsung, serik dah nak melepak lagi. Errkk....terkedu Britney sebentar. Pendek cerita, sebenarnye Mariah nak bagi mesej tu kat kawan dia, kunun nak mengumpat, tapi dia terlebih jujur and tersend kat Britney pulak. Gitewww....

Pape pon, Britney minta maaf kat Mariah. Tapi sayangnye, Mariah sket pon taknak maafkan. Marah sungguh dia. Katanye dia malas dah nak jaga hati orang, nak kawan kawan, taknak kawan sudah.

Now.....Britney ada rasa sikit terkilan. Sampai hati Mariah buat dia macam tu kan.... Penat je dia temankan Mariah semalam, bukannye dihargai,kene kutuk lagi ada. Bukan Mariah taktau yang Britney tu keje. Dia lain la, student 24/7, boleh le nak melepak tanpa kira waktu. So skang siapa yang tak jaga hati siapa?

Ape patut Britney buat? Dia dah minta maaf, dah try pujuk, tapi tak dilayan. By the way, besar benarkah kesalahan Britney tu sampai Mariah macam nak buang kawan? Britney dah malas nak layan sebenarnye. Kalau Mariah cakap dia dh penat nak jaga hati orang, Britney pon sama juga. Britney tengah berkira-kira dalam otak, berbaloikah dia simpan Mariah as her friend? Kalau tak berbaloi, dia biarkan je minah tu, senang. Tapi takpe ke? Dengan berbuat demikian mungkin dia kehilangan Tom and Brad juga.

Ape patut buat?

Kawan Britney cakap

"Biarkan jela....bukan ko yang buang kawan ko tu, dia yang buang ko. Ko biar jela..."

Tuesday, January 18, 2011

Ape nak buat?

Ape nak buat kalau kawan baik korang nak kawen dengan laki yang korang pernah minat suatu ketika dulu?

Hoh, funny okeh! Nak gelak meroyan pon ade, nak geleng kepala and say "Oh no!!!" sampai kepala ko migrain pon ade.

Tapiiiiiii....ujung-ujung ko senyum and cakap "Tahniah" jela kat kawan baik ko tu kan.

Sebabbb....skang ko dah bertunang. And tunang ko lebih kacak dari bakal suami kawan ko tu.

Sekian.

Wednesday, January 5, 2011

Hantu yang meletop

Dah banyak kali ak dengar orang puji cerita hantu yang ade dok tayang kat panggung tanah air sejak akhir-akhir ni. Feedbacknye kemain hebat. Kutipan pon jota-jota. Kaye la Tokey Grand Brilliant tu kan. Ak nak tengok tapi asal ak nak book tiket je full house. Meletop uolls..

Tapi rezki ak ade untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Itu pun dapat tengok panggung kecik, seat depan plak tu. Wallawei, berpinar jap mata tengok 'tv' dekat-dekat kan. Tapi taknak ketinggalan punye pasal, layann...zass....

Poster Hantu Kak Limah

Watak paling kelakar dalam cerita ni

Hantu Kak Limah serang orang kampung. Ade bran??

Komen:
Memang best la, terhibur tengok cerita ni. Leh gelak-gelak tahap terbahak-bahak punye. Those yang first time nak keluar dating ngan pakwe baru tu, dinasihatkan pilih cerita lain sebelum gelak huduh anda tu terkantoi. Part seram tu memang seram le, dah nama tengok cerita hantu kan, bukan cerita Mr.Bean. Cerita ni banyak moral value nye, biasala cerita Mamat Khalid kan. Ak tak tengok Nagngkung so tak dapat nak komen which one lebih sedap. So nasihat ak, korang gi jela tengok cerita ni. Tolong support industri filem tempatan...

Adela ak baca kat sokkabo, akibat kejayaan dua filem komedi seram yang mendapat kutipan mencecah RM10juta ni, ade la wartawan yang menulis "Sampai bile filem ringan menjadi pilihan penonton?" Kirenye, wartawan tu nak cakap la rakyat Malaysia ni suke tengok cerita genre ringan je, tak hargai cerita yang lebih berat macam genre politik, sejarah, maupun ilmuan. Ni komen ak terhadap tulisan wartawan tu;

1. Ko tak tau ke duduk kat Malaysia ni stress? Traffic jam, kenaikan kos sara hidup, masalah sosial yang berleluasa..pening kepala tau tak. So ape kejadahnye pergi panggung, bayo berpuluh ringgit, untuk memeningkan lagi kepala tengok cerita yang berat?

2. Berapa banyak cerita berat yang dihasilkan? Soh pengarah and producer filem produce lebih banyak cerita camtu, kitorg pergi la tengok. Ko tak buat, kitorg tak tengok.

3. Yakin ke filem berat Malaysia ni sama kualitinye dengan filem Hollywood? Kalau masih gune teknik CGI untuk aksi-aksi letop-meletop ni, tak payah la. Wat gelak dek penonton je.

4. Kalau buat cerita berat tu, sila pilih pelakon yang best-best sikit ye. Kalau balik-balik pilih Erra Fazira jadi pelakon, no thanks. Sorry Kak Erra, bukan I tak suke you, cume nak minta kelainan je. Tu kalau dah pilih pelakon baru, sila jangan pilih yang kayu, harap gedik je lebih. Tak suke ok!

Baaanyak lagi nak komen ni tapi malas nak membebel panjang. Pointnye, kitorang dah pergi panggung cukup bagus. Boikot kang.......