Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Aritu En.Tunang tanye "Awak mimpikan dia lagi? Sayang takut kat dia lagi tak?"
(Those yg follow blog ak ni mesti tau ak pernah cerita yang ak mimpi pasal ex-gf En.Tunang)

Now ak dh bertunang. En.Tunang is officially mine. Eh silap, half mine.

So, do I need to worry still?

Susah nak jawab soalan tu...

First of all, please get the fact right. Ak bukan takut ngan minah tu. Ak just tak suke. Ak ANNOYED. Dia macam langau yang kacau ak tengah syok makan mee bandung Muar yang sedap. ANNOYING GILERRRR.....

Berita terbaru ak dengar, minah tu masih lagi menyalak pasal En.Tunang. Masih lantang menyuarakan rasa tak puas hatinya pada En.Tunang kerana tidak terus menyambung percintaan mereka. Apatah lagi skang En.Tunang dah bertunang, lagi la minah tu bengkak hati. And the best part is, minah tu dah tau sape tunang En.Tunang. Dia tak sebut direct la nama ak, tapi dia panggil ak "Minah terencat".

Lantak la dia nak cakap ape pun, ak sikiittt pon xde effect. Ko menyalak sakan pon, En.Tunang tetap jadi milik ak. Ak pon tak faham siapa yang terencat skang ni. Korang sebagai reader lebih bijak menilai kot....Kot ak yang terencat, takde la korang rajin baca blog ak kan. Muakakaka!!!

Kalau perempuan lain mesti dah temper, and ready sediakan senjata untuk serangan balas. Tapi ak rilekkkk je...

Reasons kenapa ak rilek;

1. Ak kesian gak kat minah tu. Kene tinggal kekasih memang sakit..tak semua orang dapat terima kenyataan tu secara terbuka. Ak simpati la kat dia sbb jadi sewel cmtu kan. Kesiannn...

2. Sebab ak berpegang pada yang 5 tu "Kesopanan dan Kesusilaan"

3. Sebab ak memang cool..hahaha!

Ada orang pernah tanya Nelson Mandela, dia taknak ke balas dendam pada orang yang penjarakan dia. Dia cakap "Kalau ak terlalu memikirkan dendam, ak takkan ada masa untuk memikirkan perjuanganku".

Pernah juga seorang tua ditemuramah. Orang tua itu adalah antara ratusan penduduk Malaya yang dikerah oleh British-India Company yang menjadikan mereka buruh paksa untuk membina landasan keretapi dari Burma ke Tanah Melayu. Pakcik ni cerita, ramai kawan dia yang mati kene tembak masa nak larikan diri untuk balik ke Tanah Melayu. Wartawan tanya macam mana pakcik tu boleh survive. Pakcik tu jawab "Pakcik hanya fikirkan anak bini di kampung. Rindu tapi pakcik tau pakcik harus terus hidup untuk mereka" Setahun kemudian semua buruh paksa tadi dibawa pulang. Dapatla Pakcik tu jumpa anak bini dia.

See....See...nampak tak macam mana orang bijak berjuang? Ak ni kire macam Nelson Mandela and Pakcik tu la...Rilek je...

Ape ade hal kene penjara..perjuangan tetap diteruskan!


Memang sangat menyampah ngan minah tu. Can you please go on with your life and stay out of mine? Tapi ak malas nak pikir.

Adelah lebih baik ak pikir pasal wedding ak dengan En.Tunang. Itu adalah perjuangan ak skang. Weee.....!!!!

No comments:

Post a Comment