Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2012

Jalan-jalan Cari Cinta

Sebenarnya dah lama nak post gambar-gambar ni tapi blogspot ni buat ak hangen je satu badan. Nak upload semua gambar ni bukan main hazab lagi. Brape kali upload-draft-upload-draft, ini jela yang ak mampu nk share kat sini. Ade baaaanyakk lagi gambar nak menunjuk kat korang tapi takpe la, ak givap. Melagak sekadar yang termampu jela... 

DAY 1

Gerak dari Bangi around 10 pagi. Kasi perut kenyang dulu pekena roti canai perghhh kat D'Bukit Bangi. Kitorang ikut highway je senang. Keluar tol Tapah and panjat Cameron Highlands through Tapah. The road is a bit tricky, bengkang-bengkok dan sempit tapi sebab kitorang gerak hari Rabu, kenderaan tak banyak, so taklah challenging sangat.

1st stop: Hutan Lipur Lata Iskandar.
Kasi rehat tulang temulang sat sambil menikmati pemandangan hijau yang nyaman disulami deruan air terjun yang menyegarkan. This is what we call holiday. Oowwhhh yeeahhh!!!

Kedai menjual barangan antik terletak di pintu masuk Lata Iskandar. Walk down the memories lane...(if you are that old. ngahahah)

2nd Stop: Tanah Rata
Sini macam pusat pentadbiran Cameron Highlands la. Ada pejabat post, terminal bas and gambar ni ak tengah jalan-jalan kat Bazar dia. Dah tengah hari, jalan-jalan cari makan la ape lagi.

Selesai suda makan. Lauk not bad, harga pun not bad. Jalan depan sikit je dari Bazar tu, ade deretan kedai makan kat tepi jalan.

3rd Stop: Ladang Teh BOH
Ni dekat car park kat bawah. From here boleh jalan-jalan celah-celah pokok teh sampai la dekat kilang kat atas. Tapi mak buyung seperti ak ikut jalan pintas je, bawak kereta terus naik atas sebelum ak terberanak celah pokok teh. Pape pon, kasi pose sini dulu.

Note: Credit untuk En.Suami yang bawak ak gi sini. Dah banyak kali gi Cameron tapi ni 1st time ak datang sini. Teruja!!!

Lalala~~~ Dah sampai atas....

Jalan masuk ke restoren

Enjoying the hot and aromatic Palas tea..Fresh dried tea leaves yang belum kisar punya and takde bahan pengawet. Memang ade ummpphh! 
Strawberry cake. Yummeehhh!!! Murah je, RM5.70 per slice kalau tak silap.
En. Suami enjoying his Tuna Sandwhich. Highly recommended! The salads used were so fresh and crunchy. The sandwich memang fresh tak lembik and lembab cam sandwich yang selalu kite jumpa. Terbaekk...

Enjoying the greenery view from the restaurant balcony..saujana mata memandang

The restaurant. Kalau nak tau, kat sini lah tempat Haris and Mila gaduh dalam cerita Ombak Rindu tu. Hehehe...

Baca la sendiri sign tu.

Boleh minum teh free. Yang ak try ni Iced Tea perisa mangga. Tak sedap tapi pose tetap mesraaa...

Boleh lawat kilang but again, mak buyung nak simpan tenaga, tak larat nak jalan banyak-banyak. So skip this one.

4th Stop: Butterfly Garden, Brinchang
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2

Tuuu diaaa...rama-rama

Bosa eh bungo...dah samo bosa ngan muko den dah haih..
Selain rama-rama ada jugak pameran ular, burung, insects, arnab tapi dalam kuantiti yang kecil la. Pastu ade bunga-bunga jugak. Agak berbaloi-baloi la jugak trip ni...

Koleksi rama-rama yang dah mati yang boleh dibeli kat kedai souvenir.

5th Stop: Cameron Bharat tea plantation
Dah nama gi Cameron kan, haruslah lawat ladang teh je kejenye. Stakat nak lawat ladang durian, kat belakang umah atok pun banyak.

Kasi shopping teh dulu naa...

Again, enjoying the greenery view. Siap ade anak sungai lagi, nieceeee...
Memamng hilang semua masalah kat otak ni ha.

Menu: Cameron Bharat tea and strawberry cheese cake.
Harga agak mahal, rasa plak so-so je. Best lagi dekat ladang BOH tadi.

Malamnya kami just spend masa dengan makan malam, pusing-pusing bandar cari souvenir then balik hotel tido. Bandar Cameron quite dead during weekdays. Kalau datang hari Jumaat, Sabtu and Ahad ada pasar malam, so enjoy la sikit.

DAY 2
After breakfast kat hotel, terus heading to Brinchang. Again, sebab it was on weekdays, banyak kedai tutup, so x banyak sgt nak jalan. But still, masih ade tempat-tempat menarik untuk dilawati.

6th Stop: Uncle Sam's Farm
Chantekkknye mungeee...

Errkk..no komen

Kagum tengok bunga kaktus berbulu

Periuk kera pun ade

Tokey, ni semua kasi hantar Bangi ye. Ngehehe..

Strawberry jem..Sedap wei jem ni. Macam strwaberry yang baru lepas kene blend masuk dalam botol, siap ade strawberry yang tak hancur kat dalam. Tak macam strawberry jem yang kat pasaraya tu. Rugi tak beli lebih.

Kaktus murah-murah...Tapi ak tak beli sebab ak tak suke kaktus.

Tetiba Milah rasa macam tak mau dah jadi kerani kat Kolumpo nun. Milah rasa cam nak jadi pengusaha strawberry plak kat Cameron ni. Maka Milah pun memulakan langkah pertama...

7th Stop: Kok Lim Strawberry Farm
Nak masuk kene bayo RM20, boleh petik strawberry sampai brape gram ntah, tak ingat. Kalau petik tak cukup, depa tambah. Kalau lebih, kene bayo lebih la..

Muke teruja dapat jadi petani strawberry....heeeee.....

Tak ke terliur tu...

Rambang mata uollss....

Kasi timbang. Bab bayar kalu, suruh En.Suami enterframe. Hehehe..

8th Stop: Pasar Sayur
Jalan ke atas lagi, menghala ke Tringkap, akan jumpa pasar sayur ni tepi jalan. Kat sini boleh shopping sayur murah-murah. Walaupun ak rasa harga kat pasar malam bangi tu lebih kurang same je ngan sini, tapi macam tak sah kalau pergi Cameron tak shopping sayur.

Shopping mungee...

Haa..ni la deretan kedai sayur yang kat tepi jalan tu. Time ak datang ni tengah musim jagung, lumayan...

Setakat tu jela trip kitorang ke Cameron. After that terus heading North to Simpang Pulai (tak ikut Tapah macam masa datang tu, ikut jalan lain plak). Dah nama pun jalan-jalan cari cinta, we continue our lovely journey to Perak untuk dating lagi. Those yang tak suke jalan mencabar sangat, boleh pilih jalan Simpang Pulai ni sebab jalannye lebar sikit.

9th Stop: Taman Tasik Taiping 
Naik angsaaaa...

En. Suami dan Pn. Isteri

Kan dah cakap, kat Taman Tasik Taiping. tak tipu punye..

My first preggy foto..

10th Stop: Mee Udang Nur Zetty, Changkat Jering
Exit tol Changkat Jering, kat traffic light belok kiri. Tak jauh dari situ ade simpang kecik kat kanan, kasi belok. Masuk dalam sket, jumpa la kedai ni belah kanan, dikelilingi pokok manggis.

Rasa: Udangnyerrr....Ni first time ak makan mee udang so ak tak layak nak komen. Kalau ak pernah makan kat tempat lain, boleh le ak compare. Sejujurnya ak tak suka, mungkin sebab ak tak suke mee udang itu sendiri, so don't blame kedai ni ok.

Then terus balik Bangi after that. I really enjoyed myself to the fullest on this trip. Akhirnya dapat jugak pergi honeymoon. Thank you sangat-sangat dekat En.Suami sebab sanggup layan karenah bini dia ni, ikut je ape yang ak nak. Words can never tell how much I cherish you sayang...

For all married couples out there, ak sarankan korang luangkan la banyak masa bersama. Walaupun sekejap, walaupun dekat, spend la quality time together. Tak perlu trip jauh-jauh,just do whatever activity together. InsyaAllah hubungan tu akan lebih erat. Jangan nak salahkan takdir kalau takde effort dari sendiri untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri tu. 

No comments:

Post a Comment