Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 26, 2012

Mama, saya dah besar

Tu la ayat biasa budak laki cakap kalau depa dah sunat kan. Aku rasa kalau Amani dah besar pun dia akan cakap mende yang sama, tapi dia belum boleh bercakap.

Genap umur Amani 27 hari, kitorang decide nak sunatkan dia. Dah lama dah decide sebenarnya tapi tak tau nak buat kat mana. Kebetulan melawat Along yang baru bersalin, baby dia disunatkan the day after she was born, so kitorang pun sunatkan la Amani dekat hospital yang sama, dekat Klinik Al-Farabi, Kuantan.

\
 Tok Abah and Nenek were holding Amani. They were excited to see their fist cucu kene sunat.

 Waiting patiently for our turn. Donno how the process is done, so a bit nervousss...

 Doc menjalankan tanggungjawabnya sunatkan Amani.

Careful ye doc...

Tak sampai 2 minit, done. Tak pasti camne cara baby girl disunatkan sebab tak nampak. Yang aku tau, nurse bawak jarum besar, masa tu aku dah seram. During the process, Amani nanges, ak peluk En.Suami kua-kuat, kesian tengok baby. Tapi after the process, Amani terus senyap and sambung tido. Lorrr.....kirenye tak le sakit ye tak. Mak bapak dia je yang overrrr....

Alhamdulillah bab sunat dah selesai. Lepas ni qiqah and potong jambul pulak.

One more!

Wan Hanis Hazirah binti Wan Mohd Huzrin

Tanggal 24 Mac 2012 aritu, our big family welcome a new member named Hanis. Weighted 2.28kg, she is the third children of my eldest sister. Both mummy and baby are doing great.

Now Puan Emak got two babies to take care of, both Hanis and Amani. Cian Puan Emak, busy bebeno. Dah la rumah dua tingkat, kejenye naik turun tangga  jela menguruskan cucu-cucunya ni. Ok la, takde la dia bosan sangat duduk rumah lepas pencen ni kan. Selain dari itu dapatlah bersenam kuruskan badan. Takyah susah-susah pergi Slim World ye mak... 

Monday, March 19, 2012

Genting trip

Takde gila aku de nak pergi Genting masa tengah dalam pantang ni. Aku dah tido baekkk punya tadi, tetiba Amani merengek. Lepas dodoikan dia tido balik, aku pulak yang tak dapat tido. Dok belek-belek henpon, ternampak gambo ni. Haruslah diabadikan dalam blog untuk kenang-kenangan. Dah tua nanti boleh tunjuk kat cucu bahawasanya atok nenek dorang ni romantik, kehkeh!

Cerita bermula apabila En.Suami pergi Matta Fair and beli voucher bilik kat First World Hotel yang bangunan kalerful tu. Dapat la RM50 1nite including breakfast, kalau tak mau ratut-ratut 1 bilik. Setakat RM50 tu, apa ada hal. Hotelnye pun not bad, breakfast macam-macam ada. Malam tu boleh pusing-pusing dalam Genting, shopping ke, tengok wayang ke, main indoor game ke..Esok main outdoor game plak.

Sekali sekala bercuti kat Genting cara gak kan. Tapi sayang time kitorang pergi ni, Genting hujan plak, kabus bukan main tebal, so tak banyak game yang bukak. Ktorang berpeluang main dengan game-game dalam gambo ni je.

Feeling-feeling bercuti di London 

Aku pun tak pasti boleh guna lagi ke tak tepon awam tu di zaman teknologi tanpa wayar skang ni.. 

Kabus yang sangat tebal. jarak penglihatan terhad. 

Kereta ni kalau takde kat situ pun takpe kot. Tapi dah ade, aku amik jela gambo kan...

Aku suke gile game ni! Nak ride banyak kali pun aku mampu. Dia dah hayun kalu, jering sampai keluar anak tekak. 

Dah cakap tak banyak game yang boleh main, ak layankan jugaklah mende ni... 

Naik ferris wheel. Suppose can enjoy the whole view of Genting but due to thick fog, ape pun tak nampak. Tetiba sangat challenging naik mende ni sebab bila dah kat atas, angin bertiup kencang, wheel ni pun goyang-goyang sekali. Cuak okeh! Tu belum amik kira kesejukan yang melampau. Terbaekk... 

Dalam coklat land. Kalau boleh makan syok jugak. Sekadar jalan-jalan cuci mata.

Selain dari ni, ak ada main bot yang hayun-hayun tu. Mamat yang duduk sebelah En.Suami muntah macam air paip, siyes jijik. Tak dapat nak menikmati the ride sebab sibuk nak elak kaki dari terkena muntah mamat tu. Dah, tu je yang ak boleh main, yang lain suma not under operation sebab kabus tebal sangat. Malas nak tunggu lama, kitorang pun balik rumah.

Walaupun singkat, tapi enjoy sangat this trip. Tiket memang mahal tapi kalau dapat main semua game, berbaloi sangat kot. Sape kata Genting ni untuk budak kecik je. Kalau rasa nak enjoy and bring back the child in you, pergi la Genting ni. Syokkkk......

Sunday, March 18, 2012

The journey...

 Bam-bamnye kaki..

Bermula dengan kaki yang membengkak. Ni orang cakap dah dekat sangat nak bersalin dah ni. The fact is, memula kaki bengkak, then surut, then bengkak balik..haaa, time tu la yang betul-betul dekat nak bersalinnye. Ikut cerita Hindustan tu, jangan dibiarkan kaki bengkak ni. So ape lagi, setiap kali En.Suami balik, ak hulur kaki je, nanti En.Suami tolong urutkan. Well, bila lagi nak dapatkan urutan manja suami kan, kalau tak asik kite je urut dia. Kehkeh!

Time ni kalau jalan banyak sket je, kompem kaki akan bengkak. Petuanya jangan biarkan kaki tergantung lama sangat. Kat opis ak letak kotak bawah meja and lunjurkan kaki atas kotak tu. Kaki bengkak tak bengkak, jalan tetap jalan beb..Hehehe...

According to Doctor's calculation, due ak was on Feb 26 but until that date, ak tak rasa sakit pape pon. Few days before memang keje ak berjalan je ukur bandar Segamat nun. Tapi nurse kat klinik kesihatan cakap, if tak sakit pun kene jugak pergi spital, so pagi Feb 26 tu ak pun pergi la Spital Segamat.


Alamatnye, ak kene tahan wad. Dem! Memang menyesal gila pergi. Kejadah plak duduk spital padahal tak sakit kan, baik ak duduk rumah lepak tengok tv lagi best. Ak bajet cam spital kat Selangor, kalau tak sakit depa hambat balik umah sebab spital penuh. Skalik spital Segamat ni lapang plak, dia soh ak admit gak.

Gambar kat atas tu masa ak kene masuk oksigen. Nurse nak cek jantung baby tapi graf nye tak ok, so dia sumbat oksigen, then baru la graf jantung baby ok. Memang macam ni la ak setiap kali nurse nak cek jantung baby, mesti ak kene sumbat oksigen. Orang lain kejap je nurse cek, turn ak mesti berjam-jam, sampai kematu pinggang ak. Tak boleh gerak coz dia pasang alat kat perut, kang alat tu tanggal kang, tak pasal-pasal kene repeat balik the whole procedures for another hours.


Kene cucuk, sakit dowh...Cucuk tu sebab nak masukkan air, just to boost pergerakan jantung baby.

Takde de ak nak makan makanan spital. Tunggu mak datang bawak makanan, baru makan.

Apakah air dalam tupperware itu? Oh, itulah air selusuh. Kasi minum ini air, cepatlah proses nak bersalin. Memang sangat berkesan ye! Tapi jangan minum awal sangat, kalau tak perut je rasa sakit, tapi jalan tak buka-buka, mampos la kene tahan sakit tu...Minum bila bukaan dah 6-7cm, minum banyak-banyak, cepat je bawah tu buka jadi 10cm, and silalah anda bersalin sacara normal..

 Fresh from the oven

My little princess baru keluar dari labour room, Alhamdulillah sihat tak kene masuk incubator ke apa.

Ak ada pengalaman sengal masa nak bersalin tu. Pukul 12 tengah malam ak dah stat rasa sakit perut, contraction makin lama makin kerap. Ak kene tunggu sampai pukul 7 pagi baru leh dapatkan rawatan. Ade sorang nurse ni cek bawah ak and dia jerit "Eh, dah 8cm la..cepat bawak pergi labor room". Lega hati ak..depa pun dengan gelojohnye bawak ak ke labor room. Sampai kat labor room, Doc cek baru buka 3cm, and nurse tu dengan muka tak bersalah boleh cakap "Yeke? Macam mana saya boleh silap ye?" Ak rasa macam nak turun katil and kejar je nurse tu, tumbuk sampai lumat. As a result, ak kene duduk kat labor room tu sampai la bukaan bertambah.

After few hours, Doc seluk lagi bawah tu, and cakap "Ha...dah 5cm. Dah boleh la teran ni" Ak dah happy gila, berakhirlah penderitaan ak. Then tetiba Doc tu cakap lagi "Eh tak tak, baru 4cm. Jangan teran lagi ye, stop stop" Terus ak tampar Doc tu. Haaa..main-main lagi ngan ak. Ak sakit ni!

After another few hours, Doc tengok ak dah nak separuh mati tahan sakit agaknya, Doc pecahkan ketuban, and spotted taik dalam air tu. Doc takut baby makan taik, so they decide to operate. Akhirnye ak pon dibedah. Dalam operation room, Doc tu tegur ak "Tadi you pukul I ye. I dah balas dendam. I dah belah perut you" Buat lawak konon...

Me and baby at hospital.. 

Depa letak baby dalam katil baby tu, near the mum. Tapi ak tegar je letak anak ak sekatil ngan ak. Nurse nampak mesti marah "Jatuh anak tu kang.." Peduliks! Jeles la tu tengok ak boleh baring ngan anak ak kan...lagipun ak baru lepas operate dowh, bukan ak boleh baring guling-guling. Ak letak la bantal tepi baby and naikkan palang tepi katil tu, selamat....

 Now Amani dah 20hari. Baru 20hari kot tapi tido dah pandai mengiring, macam orang tua!

Gaya tido yang extreme. Gaya siapa la yang dia ikut ni pun ak tak tau..Penat dah betulkan tido tegak-tegak, dia menggeliat kang, camtu jugak hasilnye. Lantak le nak, janji tido...

Dah, tu je nak cite.

Sunday, March 11, 2012

Most precious gift from Allah

Our little princess..

Name: Amani Azalea binti Abdul Mutholib
D.O.B: 28 February 2012

Mama and Ayah are so proud to have you in our life. We love you so much. Welcome to the world sayang..

Crying...


Dah hampir setahun, but I still cried like a baby setiap kali kita berjauhan.

I love you and miss you so much Abang...