Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 19, 2012

Genting trip

Takde gila aku de nak pergi Genting masa tengah dalam pantang ni. Aku dah tido baekkk punya tadi, tetiba Amani merengek. Lepas dodoikan dia tido balik, aku pulak yang tak dapat tido. Dok belek-belek henpon, ternampak gambo ni. Haruslah diabadikan dalam blog untuk kenang-kenangan. Dah tua nanti boleh tunjuk kat cucu bahawasanya atok nenek dorang ni romantik, kehkeh!

Cerita bermula apabila En.Suami pergi Matta Fair and beli voucher bilik kat First World Hotel yang bangunan kalerful tu. Dapat la RM50 1nite including breakfast, kalau tak mau ratut-ratut 1 bilik. Setakat RM50 tu, apa ada hal. Hotelnye pun not bad, breakfast macam-macam ada. Malam tu boleh pusing-pusing dalam Genting, shopping ke, tengok wayang ke, main indoor game ke..Esok main outdoor game plak.

Sekali sekala bercuti kat Genting cara gak kan. Tapi sayang time kitorang pergi ni, Genting hujan plak, kabus bukan main tebal, so tak banyak game yang bukak. Ktorang berpeluang main dengan game-game dalam gambo ni je.

Feeling-feeling bercuti di London 

Aku pun tak pasti boleh guna lagi ke tak tepon awam tu di zaman teknologi tanpa wayar skang ni.. 

Kabus yang sangat tebal. jarak penglihatan terhad. 

Kereta ni kalau takde kat situ pun takpe kot. Tapi dah ade, aku amik jela gambo kan...

Aku suke gile game ni! Nak ride banyak kali pun aku mampu. Dia dah hayun kalu, jering sampai keluar anak tekak. 

Dah cakap tak banyak game yang boleh main, ak layankan jugaklah mende ni... 

Naik ferris wheel. Suppose can enjoy the whole view of Genting but due to thick fog, ape pun tak nampak. Tetiba sangat challenging naik mende ni sebab bila dah kat atas, angin bertiup kencang, wheel ni pun goyang-goyang sekali. Cuak okeh! Tu belum amik kira kesejukan yang melampau. Terbaekk... 

Dalam coklat land. Kalau boleh makan syok jugak. Sekadar jalan-jalan cuci mata.

Selain dari ni, ak ada main bot yang hayun-hayun tu. Mamat yang duduk sebelah En.Suami muntah macam air paip, siyes jijik. Tak dapat nak menikmati the ride sebab sibuk nak elak kaki dari terkena muntah mamat tu. Dah, tu je yang ak boleh main, yang lain suma not under operation sebab kabus tebal sangat. Malas nak tunggu lama, kitorang pun balik rumah.

Walaupun singkat, tapi enjoy sangat this trip. Tiket memang mahal tapi kalau dapat main semua game, berbaloi sangat kot. Sape kata Genting ni untuk budak kecik je. Kalau rasa nak enjoy and bring back the child in you, pergi la Genting ni. Syokkkk......

No comments:

Post a Comment