Dalam bulan Ramadhan ni ak asik teringin nak makan puding caramel je. Tapi bila pergi bazar tu, tengok harga, nauzubillah la mahalnya. Sepotong kecik je RM2. Besar sikit RM3. Pernah jugak beli tapi rasanya tak seperti yang diharapkan. Kecewa....
Pergi Terengganu aritu antara mende yang ak beli ialah kukus. So I was thinking, dari ak sakit hati fikirkan harga puding ni yang tak munasabah, apesal la ak tak buat sendiri je kan mende alah ni.
So ak pun Google la resipi. Umang aih, banyaknya la resipi ni kat tenet, pelbagai version. Orang dah kenyang makan, ak baru terhegeh-hegeh belajar nak buat kan.
Dalam banyak-banyak resipi tu, ak rasa resipi ni paling senang nak buat, bahan pun simple tak merepek;
(ak copy paste dari
sini)
Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar
Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk
hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air
(baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api.
Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..
* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.(ak bungkus pakai plastik je, kain takde)
Ni nak tunjuk sket la cara-cara nak buat dari segi gambarajah plak.
Pukul telur and gula
Caramelizing the sugar. Masuk je dalam kuali w/out minyak and tunggu sampai tukar kaler. Kena kacau sebab takut cair tak sekata, ada yang dah hangus tapi ade yang belum cair.
Lebih kurang gini la hasil gula yang dah jadi caramel. Tuang dalam loyang dan sejukkan. Tuang tu harus pantas ye anak-anak, jangan sampai terbeku dekat kuali pulak, sia-sia jawabnya....
Tuang telor+gula+susu+air atas karamel tadi. Then kukus selama 20min.
Nilah hasilnya, tadaaaa... Ni presentation bodo je. Cuba kalau ak display atas pinggan cantik-cantik, amik plak guna kamera mahal, cam blog Mat Gebu tu, kompem korang tengok je rasa sedap walaupun tak cuba lagi. Sedap nih, betul!
Cuma ak rasa manis sikit la puding ni. Mungkin salah ak kot sebab ak ikut sukeati je time sukat gula tu. Or maybe resipi ni betul-betul manis. Next time kena kurangkan sikit gula.
Simple je bahan dia, tak faham ak napa orang jual mahal. Lepas ni kalau teringin, memang ak buat sendiri jela.
After berjaya buat puding ni, terus teruja nak masak lagi. Lepas ni try buat kek coklat kukus pulak lah. Kalau jadi ak post. Kalau tak post tu anggap je ak tak sempat buat. Hahaha!