Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 14, 2012

Bajet ting tong

Semalam gaji gomen dah masuk.

Ak tak pernah faham kenapa time musim perayaan je mesti gaji gomen masuk awal. Ye, ak faham untuk membantu orang nak celebrate raya. Tapi tak rasa ke ni menjurus kepada ke'bankrap'an depa je? Time raya guna duit tak hengat dunia, ujung bulan sengkek sebab duit dah habis, next gaji lambat lagi masuk. Dah la depa dapat bonus raya, so ape lg isu nya sampai nak kene bagi advance salary ni?? Lagipun, raya ni bukan datang tiba-tiba. Dari tahun ni kita dah boleh agak bila nak raya tahun depan, so pandai-pandai la berjimat-saving.

Ok, wateverrr.. 

Untuk mengelakkan dari En. Suami tersengkek di hujung bulan, ak ajak dia shopping barang wajib awal-awal, buat stok.

Photo: Amani azalea nye stok makanan mcm mama n ayah nye ske simpan stok makanan - mna xtumpah kuah klj xkat nasi
Antara barang wajib..susu anak.

Ceritanya, ak dah stop breastfeeding. Aritu ak cirit-birit yang maha hebat, sampai seminggu. Ko mampu cirit-birit seminggu?? Apa yang ak makan semua keluar semula tak sampai 5 minit. Nak elakkan pergi toilet selalu memang ak tak makan kadang-kadang...fobia. Asik keluar tak masuk-masuk, makanya terbantutlah penghasilan susu. Tambah pulak lepas tu masuk bulan puasa, lagi la kurang susu. Lama-lama kering terus.

Tapi ak tak la merungut sangat pasal cirit-birit tu. As a result of that, perut ak kempis gile!! I likeeee.... Bukan la ak pentingkan kecantikan perut sendiri over kepentingan anak menyusu badan, cuma ak tak rasa ak perlu merungut atas apa terjadi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. Masa pregnant and masa dalam pantang, asik sembelit je. So bila dapat peluang untuk cuci perut camni, Amhamdulillah syukurrrrr...

Memang terasa gila la bila terpaksa bergantung pada susu formula ni. Bajet kami lariiiii... Kau ingat susu budak murah? Mahal okeh! Now terpaksa pakai sampai 3-4 kotak susu sebulan. Tu baru susu, pampers dia lagi? Amani dah masuk 6 bulan, dah boleh mula makan. Tu ha, tambah pulak dia punya nestum segala. Hohoho...berpeluh! Ak beli sikit je sebab ak bajet nak masak sendiri untuk dia, lebih jimat that way. Nestum tu untuk bagi kat pengasuh Amani, or for the sake of travelling.

Ak tak mengeluh ye, kongsi cerita je. Sok-sok kalau Amani dah besar and dia baca blog ni, biar dia tahu susah payah mama ayah dia besarkan dia. Makanya ko jangan nak kurang ajar ngan mama ayah ye! And jangan dah berjaya esok sibuk belanja boipren ko je, mama ayah ko lupe!

Hmm..advice untuk diri sendiri jugak. Balik kampung nanti jangan lupa tolong mak ayah apa yang patut ya. Bagi duit raya pada yang mampu. Tak banyak pun, yang penting ingatan tu. Biar berkat rezki kita...Ala, ko beli tudung Ariani 100 hengget ko mampu, duit raya RM50 pon tak boleh bagi, sila gelarkan diri ko keji okeh!

Kbai.

No comments:

Post a Comment