Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 29, 2012

Layankan aje laaa...


Sakit telinga bila lately ada sorang kawan ni asik membebel yang dia gemuk. Hari-hari dia nyanyi kat telinga aku. Bukan setakat taik telinga je cair, telinga aku ni pun rasa nak tertanggal dah asik dengar mende yang sama je hari-hari.

Dah macam mana tak gemuk, semua meal tak pernah skip. Breakfast paling cikai roti canai...tapi mostly dia amik nasi lemak or bihun goreng. Kalau roti telur pun smpai dua keping plus sosej satu. Ok, xpela...kalau ikut diet, makan breakfast macam raja. Dia dah betul la tu kan. Tapiiii.....breakfast berat camtu pukul 9am, kol 12pm bila waktu lunch, dia pekene nasi pulak. Makan la lunch cam biasa...portion yang sama dengan orang yang tak diet. Ha, air toksah cerita la, pagi manis, tengahari manis. Buah? Tak pernah lak nampak dia makan. Sayur? Ade la 2-3 urat sekadar buat syarat.

Dah macam mana???

Bila ak sound dia suruh excercise, suruh diet, dia marah aku balik. Katanya "You senang la cakap, you tu kurus" Dah salah aku pulak....

Ingat senang ke nak kurus. Ak ni kurus berpenyakit. Aritu elok-elok gemuk lepas bersalin, kene cirit-birit pulak, kurus balik. Baru nak naikkan berat badan, kene apendik pulak. Ha, sejak tu memang tak gemuk-gemuk la, maintain body lama...

Orang yang kurus memang obses dengan kurus sebenarnya. Ni kawan ak masa kat uni dulu la ajar. Asal bf dia komplen dia gemuk je dia diet...puasa sampai berbulan-bulan. Memang kurus, kompem. Terbukti benar sebab aku pun terjebak sekalik dengan aktiviti berdiet tu disebabkan dia. Yela, dah dia kawan ak. Kalau dia tak makan, tak selera pulak ak nak makan sorang-sorang. Sebab tu ak suke promote kat orang, kalau nak kurus, puasa je. Selain dapat kuruskan badan, dapat displin diri kawal nafsu, dapat juga pahala sunat. Tak ke bagus, healthy lagi sebab tak masukkan racun dalam badan.

Tu Miss L tu, kurus kerempeng je, lepas bersalin normal la badan gemuk, dah risau cara nak kuruskan badan. Hehehe...jangan marah ye Miss L, aku bukan kutuk kau, ak cuma nak sampaikan, ingat senang ke orang yang kurus cam kitorang ni nak maintain kurus. Kitorang memang bermotivasi sentiasa untuk kurus tau. Takyah tunggu badan betul-betul gemuk, naik sikit je pun dah gelabah.

Dah kalau badan ko tu jenis mudah gemuk, do something la kan. Jangan la asik merungut je. Gemuk ni penyakit. Ko takleh expect nak makan cam biasa and hope ko bangun tido esok pagi ko akan kurus. Ye, mungkin ak senang la nak judge orang gemuk sebab ak ni jenis kurus. Tapi perlu diingat yang ak ni pesakit gastrik. Ak harus pantang tak makan pedas. Last minum air gas ialah 6-7 tahun lepas, iaitu sebelum ak dapat sakit gastrik ni. Kalau teringin sangat pun, ak minum a sip je. Dulu memang kaki Nescafe, tapi terpaksa stop. Banyak lagi la makanan pantang orang gastrik ni. Ha, macam tu la adatnya kalau dah berpenyakit. Kene berkorban!

Ak suruh dia makan Herbalife. Ramai sangat orang post kat Facebook tu pasal keberkesanan produk tu. Ak memang yakin la sebab kawan ak yang badan agak montel tetiba jadi kurus macam ak katanya. Wah! Bukan sorang, tapi ramaiiii dah kurus. And so far, takde pulak Jabatan Kesihatan kata produk tu beracun. Cam produk acai beri tu memang dah kua sokkaba, tak elok. (Ni kalau orang Herbalife baca entri ak ni, kompem depa lantik ak jadi agen. Kihkih...)

Tapi bila ak cakap ngan kawan ak ni, dia cakap "Mahal...." Ak cakap, kalau mahal tapi memang kompem kurus why not? Berbaloi kan..And dah kurus nanti stop la makan Herbalife tu. Dia cakap "Makan Herbalife tu tak payah makan breakfast, minum air tu je. Tak rela I!"

See see!! Tak kuasek tau nak layan perangai orang camni.

Ak dah sound terang-terang "You ni asik membebel je tapi tak nampak pun usaha nak kurus. Bising la" Dengan muka sedih cakap kat ak "Ala you, dengar jela.. I betul-betul motivasi ni nak kurus, you kene la support I"

Hmmm....yela. Layankan jelaaaa......

No comments:

Post a Comment