Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 23, 2013

Siapa kita untuk judge?

Tergerak untuk komen pasal kes ibu cuai yang tertinggal anak dalam kereta selama 5jam sampai anaknya meninggal dunia.

First of all, Al-Fatihah buat arwah.

Aku tak pernah baca cerita ni, aku dengar orang cerita. First time dengar, otak aku terus fikir yang cuai ialah si ayah. Bukan streotype cuma jarang tanggungjawab jaga anak ni di atas bahu ayah so agak logik la kalau ayah yang lupa anak dia tertinggal dalam kereta. Aku terfikir kalau suami aku yang buat macam ni, memang aku tak boleh terima, langsung tidak. Tapi bila tahu yang cuai ialah si ibu, aku terdiam.

Speechless. Tak mampu fikir apa-apa.

Terfikir macam mana kalau perkara itu terjadi pada aku. Nauzubillah, memang tak dapat maafkan diri sendiri! Hakikatnya perkara ini memang boleh terjadi.

Ok, mungkin bukan tinggalkan anak dalam kereta. Tapi kalau terhilang anak dekat mall masa tengok syok shopping, kire kecuaian jugak kan. Kalau terlepas tangan anak ketika melintas jalan lalu menyebabkan accident, itu kecuaian jugak kan. Having a daughter of 1 year old is a very tough job. Sekarang dia tengah lasak dan aktif bermain. Dah pandai berjalan dan berlari, jalan pun dah tak mahu berpimpin. Bayangkan di tengah pasar malam yang sesak, dia berkeras tak mahu di pimpin. Aku dan ayahnya hanya memerhati pergerakan dia. Memang boleh sangat kalau dia nak hilang di tengah-tengah lautan dan kesesakan manusia tu, tapi dalam hati sentiasa berdoa agar takde apa berlaku, di samping mata tak lekang dari memerhatikan dia. Tapi budak sekecil itu, memang mudah benar hilang dari pandangan mata. Sigh....

Bukan sengaja tapi budak tu manusia, ada kemahuan ada akal. Bukannya kucing yang boleh diletak dalam kandang dan diangkat bawa berjalan. Dulu pernah ada tali diikat pada budak tapi orang kecam kata macam jadikan anak tu anjing. Dah macam mana?

Plus ibu mangsa ialah wanita bekerjaya. Suami pula ada di Penang katanya. Selain dari arwah, ada anak yang lebih tua yang perlu dijaga. Bukan senang nak juggle between career and family. Perempuan zaman sekarang banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, bukan semata-mata suri rumah yang besarkan anak macam nenek dan mak kita dulu. Oh, mak aku pun wanita berkerjaya. Kiranya memang perempuan yang hanya tahu bersarkan anak tu memang dah lama pupus kot. 

Jangan la dituduh ibu tu cuai. Dia yang berjaga malam ketika anaknya menangis mahu susu. Dia yang paling peka menukar lampin bila perlu. Dia yang paling faham bila anak itu menangis. Apa yang jadi memang takdir Allah. Cuba fikir tak ke pelik takde sorang pon perasan yang ada budak dalam kereta. Kereta tu bukan diparking kat tempat letak kereta awam yang takde orang. Myvi je pulak tu bukan Alphard yang bertinted gelap. Mende dah nak jadi....

Musibah untuk si ibu tapi pengajaran untuk yang lain. Cara Allah memang kejam tapi syurga menanti untuk orang yang sabar.

Siapalah kita untuk judge. Especially orang yang takde anak, orang yang belum kawen, even orang yang ada anak tapi tak kerja. Takde sapa akan faham. Stop la bercerita pasal ni, meh la kite mengumpat pasal Asrap Muslim tu. Lagi syiok. Oh, ada pendapat nak diluahkan pasal cerita itu juga. Nantilah..

No comments:

Post a Comment