Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 28, 2013

What is wrong could be right

The most sad thing is when you have reason for your mistake, but people won't listen to you because for them what is wrong is wrong.

Wrong and right are solely based on personal judgement.

For people who cannot accept you for who you are, you don't have to be sorry. Indeed they owe you one for being too ignorance to learn the world.

We are different, and that what makes the world better.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 23, 2013

My baby can do what?

At 19 months, my lil daughter bukan sahaja dah pandai bukak baju sendiri malah dah pandai nak pakai baju sendiri. Dah lama dia nak pakai sendiri tapi selalunya tak bersungguh. Now langsung taknak mama tolong, kemain sombong.















Alahai..dah besar dah anak mama, semua nak buat sendiri. I'm so proud of you.

posted from Bloggeroid

Post merapu lagi

So I've accepted my ex-bf's friend request on Facebook.

Its a mix feeling to see him now, especially when he has married and recently have a baby. Not that I still holding feelings for him, but you know...we used to have history together, the memories remain, hence the mix feeling.

Satu je yang aku terkilan, bini dia tak cantik! Oh, please don't make me feels yang kau sebenarnye takde taste dan aku ni sebenarnye tak cantik.

Bapak sedey weh.....

OK Farah, get back to work!

Tuesday, October 8, 2013

Anak dia, sukeati dia la

Perbualan dua orang rakan di suatu hari.

Peah: Beb, ko rasa ok tak home schooling?

Gayah: Kalau macam anak-anak Kardashians tu ok kot. Sibuk shooting sana sini, mana ada masa nak gi skolah. Pece?

Peah: Kan beb. Opismate aku ni ha, dia sibuk nak anak dia home school. Padahal kedekut nak mampos, ada hati nak home school kan anak.

Gayah: Tang pelajaran dia tak kedekut kot, ko mana tau.

Peah: Tak...dia nak suruh bini dia yang ajo.

Gayah: Ehh...tak boleh la camtu. Bini dia ada kelulusan cikgu ke? Nak jadi cikgu ni bukan senang, kene ada kursusnya, trainingnya. Bukan boleh sembarangan je.

Peah: Tau takpe.. Alasan dia apa tau? Dia cakap sekarang ni gejala sosial teruk sangat. Budak darjah 2 dah pandai beromen.

Gayah: Aduhh...memang la ada kes macam tu tapi tak semua budak macam tu kan. Kau didik la anak kau dengan baik, takde la anak kau jadi macam tu. Ibu bapa kene monitor anak masing-masing, jangan nak blame school je.

Peah: Dia cakap sekarang ni senang sangat nak download video-video lucah ni.

Gayah: Amboi, mana dia tau, dia pernah try download ke? Laa..kan benda tu semua kita boleh block. Ni yang payah kalau semua nak salahlan environment.

Peah: Betul tu.. Kalau tak belikan budak tab ape bagai tu, takdela dia pandai nak tengok web lucah ke apa kan.

Gayah: Sampai bila dia nak 'simpan' anak dia dari masyarakat? Esok-esok kot budak tu pandai...kot la kan...dapat masuk universiti, bersosial jugak dia. Silap-silap anak dia yang culture shock lebih mengalahkan budak lain.

Peah: Aku ni datang dari keluarga porak peranda, tapi takde pun aku nak buat perangai tak senonoh. Pucuk pangkalnya budak tu sendiri.

Gayah: Takleh nak samakan dengan kita jugak. Zaman kita dulu jangan nak kata internet, komputer pun takde. Mana nak tau porn porn ni. Budak-budak skang, ade wifi ade henpon, dah boleh layan dah. Di mana jua, bila-bila masa. Huhuhu...Banyak jenis sekolah kat Malaysia ni, pilih la sekolah yang bagus, insyaAllah selamat.

Peah: Betul betul betul. Aku tak faham betul kenapa dia nak marah aku bangkang idea ni sampai dah taknak tegur aku lagi dah

Gayah: Hmm...memang salah kau la jugak.

Peah: Apsal plak? Aku betul apa..kau pun sokong aku kan?

Gayah: Yela...masalahnya yang kau nak bangkang dia gila-gila tu buat apa? Anak dia, sukeati dia la nak besarkan macam mana.

Peah: Yela yela aku salah....

Gayah: Hehehe...
posted from Bloggeroid

Ketam mengajar anak berjalan

I kinda have a good relationship with my bro-in-law's family. Kenal la mak bapak and semua adik-beradik dia. Dah nama tinggal berjiran, so kalau depa datang ke rumah kakak aku, aku kena la somehow tunjuk muka, kang orang kata menyombong plak.

One thing about them is they call each other by 'Aku-Kau' term. Lantak la, dah gitu cara famili depa.

One day aku lepak la dengan famili tu, mak bapak abang ipar aku baru datang dari kampung bawak banyak buah, aku pun join. Yang adik beradik ni sibuk la berbual sakan ber'aku-kau' dengan selamber.

Tetiba anak sorang kakak ni yang umur 5 tahun sound mak dia...

"Ha ha..mama cakap aku-kau....berdosa"

Terus satu rumah terdiam, then ramai-ramai bantai gelakkan budak kecik tu..(or maybe gelakkan kakak ni, mana-mana la).

Camni la susahnya nak jadi parents. Kita ajar semua nilai-nilai murni kat anak kita tapi hakikatnya our own moral value kelaut. Esok-esok bila anak tu jadi kurang ajar ke, mula la kita salahkan environment.

Contoh

Emak: Siti belajar dari siapa cakap perkataan tak senonoh ni ha? Mak tak pernah ajar Siti cakap camni tau! Ni mesti ikut budak-budak kat sekolah kan. Hisyyyy....!!!

Anak: (Tapi aritu masa mak bawak kereta mak cakap s**l b**i bila orang lain potong kereta mak) ~~ cakap dalam hati je sebab konpius kene marah.

Tak pun macam mana nak kasi budak tu faham yang sebenarnye mende tu memang salah tapi ada exception. Budak-budak boleh faham ke?

Camne? Camne? Camne????

Tuesday, October 1, 2013

Perfume murah tapi puas hati

Siapa follower lama blog ni mesti ingat pasal perfume Nenek Lapo (Nannete Lepore) yang aku pernah post dulu. Almost 2years jugak aku pakai tak abes-abes (aku bukan spesis suka bermandikan perfume, pakai sikit-sikit je untuk cukup syarat wangi). Sayangnya, anak bertuah yang sorang tu, sejak menjak dah tinggi ni, rajin pulak mencapai barang atas ghobok, maka dipecahkannya perfume kesayangan aku tu. Oh sedih....

Nak membeli perfume baru, asik terbantut je hasrat sebab ada je mende lain nak buat dengan duit. Maklumla...duit limited edition memang tak boleh nak buat berjoli sangat. Tapi sebab pakai perfume ni dah jadi habit, so bila tak pakai tu rasa cam tak selesa. One day my sister tanya "Nak tak beli perfume original, tapi reject punye. Harga less than RM200?". I said why not so she introduced me to her friend.


Again, post kali ni tak berbayar tapi aku nakkkkk sangat promote perfume ni sebab...

Alasan 1:
Ini bukan perfume tiruan Dubai Gred A, AA mahupun AAA. Perfume ni memang ori. Bau sama macam ori, and tahan sampai ke petang. As you can see from picture above, yang defect cuma faded labels, loose cap etc. Perfume datang tanpa kotak. That's why dia murah. Aku beli 2 botol, 1 for my self, defect cume faded labels and 1 for En.Suami, defect cume loose cap. 

Alasan 2:
Sebab Kak Erny tokei perfume ni baikkkkk sangat. Alkisahnya perfume dihantar pakai pos laju. Walopon perfumenye xde kotak tapi Kak Erny ensure goods are securely sealed. Tapi ntah camne bukan rezeki aku, perfume aku pecah. Perfume En. Suami ok plak. 



Teramatlah hibanya hati beta. Kak Erny janji kalau botol ade defect yang lebih teruk, like nozzle tersumbat ke, leaking ke, xleh spray ke, dia akan ganti. Tapi kalau macam ni kene mintak ganti rugi dekat Pos Laju sebab salah depa. Alahaiii....time ni aku dh rasa menyesal beli barang kaca online.

Tetiba....Kak Erny cakap datang la booth dia kat Putrajaya, kat KPKT, nanti dia ganti yang baru. Macam tak caya je. Apsal plak dia yang nak kene ganti kan? Abes, rugi la dia kalau camtu. Dia cakap takpe..bukan rezeki dia nak dapat duit dari aku kot, so dia gantikan aje. Dia cakap kalau aku dapat duit claim dari Pos Laju nanti, bankin la duitnya ke dia. Alahaii..kesian Kak Erny but seriously, she is so kind and generous. Seperti yang dijanjikan, aku pun ke Putrajaya collect perfume tu dari dia.

Bagusnya kalau semua perniaga online camni. Ramai yang nak lepas tangan je sebab bagi depa, depa dah deliver the goods dengan elok, kenapa pulak depa nak kene ganti. Sebab tu aku nak promote Kak Erny kat semua orang. Support la peniaga Melayu yang gigih and jujur ni. Aku skang ni tengah tunggu claim dari Pos Laju tu, harapnya ada la rezeki Kak Erny.

Sesiapa yang berminat nak beli perfume ni boleh visit Facebook page dia -Erny Suhaiza Hamzah. Banyak jugak choice of perfumes yang dia jual. Korang boleh test-test perfume dekat mall dulu, bila dah jumpa perfume yang berkenan then boleh order dengan dia. Aku order latest perfume from Hugo Boss untuk En.Suami but amazingly Kak Erny ada stock. Pape boleh deal ngan Kak Erny sendiri.