Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 8, 2013

Anak dia, sukeati dia la

Perbualan dua orang rakan di suatu hari.

Peah: Beb, ko rasa ok tak home schooling?

Gayah: Kalau macam anak-anak Kardashians tu ok kot. Sibuk shooting sana sini, mana ada masa nak gi skolah. Pece?

Peah: Kan beb. Opismate aku ni ha, dia sibuk nak anak dia home school. Padahal kedekut nak mampos, ada hati nak home school kan anak.

Gayah: Tang pelajaran dia tak kedekut kot, ko mana tau.

Peah: Tak...dia nak suruh bini dia yang ajo.

Gayah: Ehh...tak boleh la camtu. Bini dia ada kelulusan cikgu ke? Nak jadi cikgu ni bukan senang, kene ada kursusnya, trainingnya. Bukan boleh sembarangan je.

Peah: Tau takpe.. Alasan dia apa tau? Dia cakap sekarang ni gejala sosial teruk sangat. Budak darjah 2 dah pandai beromen.

Gayah: Aduhh...memang la ada kes macam tu tapi tak semua budak macam tu kan. Kau didik la anak kau dengan baik, takde la anak kau jadi macam tu. Ibu bapa kene monitor anak masing-masing, jangan nak blame school je.

Peah: Dia cakap sekarang ni senang sangat nak download video-video lucah ni.

Gayah: Amboi, mana dia tau, dia pernah try download ke? Laa..kan benda tu semua kita boleh block. Ni yang payah kalau semua nak salahlan environment.

Peah: Betul tu.. Kalau tak belikan budak tab ape bagai tu, takdela dia pandai nak tengok web lucah ke apa kan.

Gayah: Sampai bila dia nak 'simpan' anak dia dari masyarakat? Esok-esok kot budak tu pandai...kot la kan...dapat masuk universiti, bersosial jugak dia. Silap-silap anak dia yang culture shock lebih mengalahkan budak lain.

Peah: Aku ni datang dari keluarga porak peranda, tapi takde pun aku nak buat perangai tak senonoh. Pucuk pangkalnya budak tu sendiri.

Gayah: Takleh nak samakan dengan kita jugak. Zaman kita dulu jangan nak kata internet, komputer pun takde. Mana nak tau porn porn ni. Budak-budak skang, ade wifi ade henpon, dah boleh layan dah. Di mana jua, bila-bila masa. Huhuhu...Banyak jenis sekolah kat Malaysia ni, pilih la sekolah yang bagus, insyaAllah selamat.

Peah: Betul betul betul. Aku tak faham betul kenapa dia nak marah aku bangkang idea ni sampai dah taknak tegur aku lagi dah

Gayah: Hmm...memang salah kau la jugak.

Peah: Apsal plak? Aku betul apa..kau pun sokong aku kan?

Gayah: Yela...masalahnya yang kau nak bangkang dia gila-gila tu buat apa? Anak dia, sukeati dia la nak besarkan macam mana.

Peah: Yela yela aku salah....

Gayah: Hehehe...
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment