Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 19, 2014

Apa reaksi kau?

Apa reaksi kau kalau one day kawan baik kau call and cakap dia jatuh cinta....padahal dia dah kahwin and orang yang dia jatuh hati tu bukan suami dia?

Biar aku jawab. (Aku tanya, aku yang jawab...ntah pape la kan)

In normal circumstances, kau akan terus bertukar menjadi ustaz/ustazah tak bertauliah. Kau akan suruh kawan kau istighfar banyak-banyak, ingat tanggungjawab dia sebagai isteri dan ingat pasal dosa pahala. Seorang isteri tak boleh ingat kat laki lain, berdosa. Baru ingat dah berdosa, apatah lagi kalau ada perasaan dan nafsu, lagi la berdosa. Dalam khutbah kau tu, ntah brape ratus kali kau sebut perkataan dosa. Pendek cerita, kawan kau tu memang bersalah dan berdosa.

Tapi.....ini kes luar biasa. Si pengadu ialah kawan baik kau. Minum secawan, makan sepinggan, sama-sama ponteng kelas tengok wayang, kertas jawapan dia kertas kau, adik beradik dia adik beradik kau, etc etc.. Kau kenal sangat hati budi dia. Kau tahu apa yang terjadi semua bersebab. Kawan kau bukan jenis perempuan yang mudah curang.

Salah ke seorang isteri rasa tawar hati kat suami dia kalau dia tak bahagia dengan perkahwinan dia? Macam mana seorang isteri tak berpaling arah bila suami tak pernah bagi nafkah, suami tak pernah ada masa untuk keluarga, anak pun anggap bapak dia cam stranger, suami keje mintak duit isteri, itu pun lambat bagi kene maki? Kalau sekali sekala takpe, ni dari start kahwin sampai anak dah ada gigi dah pandai berlari! Siapa yang sanggup makan hati sampai mati? Tiba-tiba ada pulak lelaki yang caring dan bertanggungjawab nak amik alih tugas sebagai suami, kau berani nak tolak rezeki?

Siapa kita untuk judge dia kan? Kita tak rasa apa dia rasa. Senang la kita nak cakap anggap ni sebagai dugaan, tapi perkahwinan bukan ritual. Isteri ada hak jugak kan, siapa kata kita takde pilihan?

Nak sokong, serupa macam kau menggalakkan gegarnya tiang arasy. Tak pasal-pasal dapat dosa atas akta hasutan.Tapi kalau tak sokong, tak sampai hati nak tengok kawan makan hati sampai mati. Kau sebagai kawan baik dia macam ada tanggungjawab untuk bagi dia moral support.

Skang macam mana? Aku tanya lagi sekali, apa reaksi kau kalau dapat kes macam ni?

Aku? Ntah, aku pun tak tahu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 18, 2014

My baby can do what?

Last night before sleep, I had a talk with Amani.

Me: Amani, tadi kan Mama call Along (pengasuh Amani).

Amani: Ha.

Me: Mama cakap minggu depan Mama nak hantar Amani kat umah Along. Amani duduk ngan Along ye?

Amani: Oo.... Adik?

Me: Adik tak ikut, Amani sorang je. Nanti Amani boleh main dengan kawan-kawan.

Amani: Ok.

And last night, I look at her in a different way. That simple conversation makes me emotional again. She is barely 2 years...at such young age, she is able to understand and communicate well, ibu mana yang tak tersentuh hati. Soon enough, we are going to have a grown-up conversation plak. Oh my...Mama is having turmoil feeling inside!!!

Siapa kata budak-budak tak tahu apa-apa? Those parents who said that are plain stupid, I tell ya.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 16, 2014

Testimoni bukan promosi

Arini genap sebulan lepas aku bersalinkan Danial. Tadi ade checkup, Alhamdulillah both mummy and baby sihat-sihat aja.


Danial at 1month

Yang beriya nak update blog ni bukan apa, nak heboh yang after berpantang selama sebulan, aku dah dapat balik berat masa anak dara. Yabedabeduu!!!

Camne aku buat? Lets cekidaut.

1. Pantang makan
Aku berpantang ikut cara Melayu la. Lauk ruji nasi kosong, ikan bakar/ikan rebus/ikan singgang, sayur sawi/peria goreng kurang minyak...tu jela. Nak muntah ijau dah makan lauk yang sama. Sekali sekala ada makan lauk kari ikan, tapi aku perasan Danial jadi berak-berak bila aku makan kari so aku stop. After meal bila lapar, aku makan biskut cream cracker or roti. Bila teringin makan sesuatu, aku makan je tapi makan dalam kuantiti sikit sekadar ilangkan rasa teringin tu. Kiranya nak kata aku pantang sangat tak la..curi-curi jugak makan macam-macam tapi tak banyak.

2. Bengkung
Yang ni memang mak aku tekankan sangat. Mesti pakai bengkung, mesti! Lepas aku mandi, dia perhati je aku pakai ke tak bengkung. Sebelum pakai bengkung, sapu Krim Pati Halia Yusmira dulu. Bila dah bungkus ngan bengkung, panas je rasa perut. Itu kalau tak bakar lemak gak, sila bakar bengkung and pengasas Yusmira tersebut.

3. Supplement
Masa pantang anak pertama, aku makan Set Bersalin Air Mancur...Jawa mari. Ok je set tu tapi this time nak cuba mende lain plak so aku beli set Shaklee. (Sebenonye aku terpengaruh dengan iklannya yang penuh kat wall FB aku)


Aku tak beli ESP tu, sebab aku tak suka minum mende pelik-pelik ni.

Ini bukan promosi tapi hanya testimoni. Ape perasaan makan Shaklee? Takde perasaan. Hahaha... Aku rasa sama je macam makan jamu dulu. Nak kata lebih cergas, tak jugak.. Aku ni spesis kuat tido, petang-petang aku mesti tido. Malam-malam bila Danial nak susu, berat jugak nak bukak mata. Takde plak bila makan Shaklee ni tetibe rasa cergas sampai its ok tak tido..tak dapek!

Banyak tak susu? Pun aku rasa sama macam makan jamu dulu. Mungkin sebab aku tak amik full set and makan pun aku tak ikut recommended dosage, so takdelah meriah sangat macam testimoni orang lain. Cuma yang aku suka ialah Shaklee membantu pelawasan. Masa makan jamu dulu aku tetap kene sembelit, now takdak. So overall komen aku pasal Shaklee ialah...OK la. Hehe...

Ade 10 hari lagi nak abes pantang. Oih, tak sabo! Macam-macam nak makan ni. Lepas pantang kau tengok, dapat ke tidak aku maintain berat badan ni. Seriau tau...larikkk!!!

posted from Bloggeroid