Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 16, 2014

Testimoni bukan promosi

Arini genap sebulan lepas aku bersalinkan Danial. Tadi ade checkup, Alhamdulillah both mummy and baby sihat-sihat aja.


Danial at 1month

Yang beriya nak update blog ni bukan apa, nak heboh yang after berpantang selama sebulan, aku dah dapat balik berat masa anak dara. Yabedabeduu!!!

Camne aku buat? Lets cekidaut.

1. Pantang makan
Aku berpantang ikut cara Melayu la. Lauk ruji nasi kosong, ikan bakar/ikan rebus/ikan singgang, sayur sawi/peria goreng kurang minyak...tu jela. Nak muntah ijau dah makan lauk yang sama. Sekali sekala ada makan lauk kari ikan, tapi aku perasan Danial jadi berak-berak bila aku makan kari so aku stop. After meal bila lapar, aku makan biskut cream cracker or roti. Bila teringin makan sesuatu, aku makan je tapi makan dalam kuantiti sikit sekadar ilangkan rasa teringin tu. Kiranya nak kata aku pantang sangat tak la..curi-curi jugak makan macam-macam tapi tak banyak.

2. Bengkung
Yang ni memang mak aku tekankan sangat. Mesti pakai bengkung, mesti! Lepas aku mandi, dia perhati je aku pakai ke tak bengkung. Sebelum pakai bengkung, sapu Krim Pati Halia Yusmira dulu. Bila dah bungkus ngan bengkung, panas je rasa perut. Itu kalau tak bakar lemak gak, sila bakar bengkung and pengasas Yusmira tersebut.

3. Supplement
Masa pantang anak pertama, aku makan Set Bersalin Air Mancur...Jawa mari. Ok je set tu tapi this time nak cuba mende lain plak so aku beli set Shaklee. (Sebenonye aku terpengaruh dengan iklannya yang penuh kat wall FB aku)


Aku tak beli ESP tu, sebab aku tak suka minum mende pelik-pelik ni.

Ini bukan promosi tapi hanya testimoni. Ape perasaan makan Shaklee? Takde perasaan. Hahaha... Aku rasa sama je macam makan jamu dulu. Nak kata lebih cergas, tak jugak.. Aku ni spesis kuat tido, petang-petang aku mesti tido. Malam-malam bila Danial nak susu, berat jugak nak bukak mata. Takde plak bila makan Shaklee ni tetibe rasa cergas sampai its ok tak tido..tak dapek!

Banyak tak susu? Pun aku rasa sama macam makan jamu dulu. Mungkin sebab aku tak amik full set and makan pun aku tak ikut recommended dosage, so takdelah meriah sangat macam testimoni orang lain. Cuma yang aku suka ialah Shaklee membantu pelawasan. Masa makan jamu dulu aku tetap kene sembelit, now takdak. So overall komen aku pasal Shaklee ialah...OK la. Hehe...

Ade 10 hari lagi nak abes pantang. Oih, tak sabo! Macam-macam nak makan ni. Lepas pantang kau tengok, dapat ke tidak aku maintain berat badan ni. Seriau tau...larikkk!!!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment