Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 28, 2014

3 years and still counting

Ku sangka hidupku selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini kau pun hadir memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Engkaulah cinta yang selama ini aku cari
Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku
Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicintai dan mencintai
Ku relakan jiwaku padamu
Engkaulah cinta yang selama ini aku cari
Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan ku biarkan mati hatiku selamanya
Hingga kau datang membangunkan aku


Happy Anniversary yang ke-3 abang. Love you always

Note: Lagu Kurelakan Jiwa nyanyian Hazama
posted from Bloggeroid

Sunday, April 27, 2014

Kalau kita umat Islam, kita percaya rezeki kita datang dari Allah

Rasanya ni first time tajuk aku panjang gila.

Last week I had lunch with my ex-teammate masa kat opis lama. Kira cam farewell lunch la sebab aku dah blah kan. Depa belanja, siap belikan aku hadiah lagi. Terharu sangat!

The four of us were the pioneer, the first batch staffs to work in the newly-operated company. Lepas 2tahun, sorang blah masuk department lain and left the 3 of us surviving in the same job until now. Walaupun dah berpisah tapi kenangan sama-sama mula kerja tu tetap utuh. Masa tu mana-mana pergi pun kitorang berempat, dah takde kawan lain sebab staff pun berapa kerat je masa tu.

Kitorang kutuk bos kaw-kaw punya. Rupanya dorang pun dah lama ada hati nak resign tapi tak tetap pendirian. Bos pandai main sandiwara..time dia nak kita buat kerja, dia puji and layan baekk punye sampai kita rasa sayang plak nak blah. Tapi bila dia tak puas hati, dia maki kita macam kita alas kaki, dipijak-pijak sampai lunyai.

Kawan A: Tahniah Farah. Ee..I memang tak puas hati you keluar. You la ni! You make us want to leave too!

Aku: Meh meh kita resign beramai-ramai!

Kawan B: Haha...you takpelah, I tak boleh, I banyak hutang.

Aku: Lorr..sape suruh korang berhenti duduk goyang kaki kat umah. Cari la keje lain. Apply je kat Jobstreet tu, klik je semua kerja yang ada, takkan satu pun tak sangkut. Jangan la compare dengan company sekarang. Join je company lain, janji you happy.

Kawan C: I pernah dapat offer company lain sebenarnya tapi I tolak. Sebab its not always bad here you know, kadang-kadang okay je time tak banyak kerja and bos tak meroyan.

Aku: I pun macam tu dulu tapi bila I dalam maternity leave aritu, I dapat fikir dalam-dalam tanpa pengaruh sesiapa, I dapatlah tegaskan sikit hati and fikiran ni. You resign je dulu, tenangkan fikiran then you akan nampak jalan keluar.

Kawan A: Betul tu, I selalu takut tapi I kene betulkan mindset I, rezeki Allah yang bagi, bukan company yang bagi.

Aku: Tahu pun. Dia nak bagi Dia bagi. Dia nak tarik anytime pun boleh. Esok lusa bos tu boleh je nak pecat you kalau Allah nak tarik.





5 years of bittersweet memories.


posted from Bloggeroid

Friday, April 25, 2014

Aku lagi cantik dari Kak Ton

Aku baru install 1 app ni kat henpon. Dia boleh buat muke kite jadi lawa....namanya Perfect 365


Muke sebelum yang sangat sedeyy


Setelah diedit. Comel tak Kak Ton???

Ni aku baru tambah mekap je, belum lagi edit muka jadi kurus, idung jadi mancung dan pipi jadi tinggi. Oh, barangkali boleh juge jadikan bibir seseksi Angelina Jolie, awww...!!!

Alahai bestnya teknologi zaman sekarang ni. Kalau la teknologi ni wujud zaman aku muda-muda dulu, mesti bersusun pakwe aku. Ni sedey sangat takde sape yang nak sebab muka penuh jerawat. Baru tengok gambar orang dah fobia, camne nak berkenalan. Nasib baik masa jumpa En.Suami muka aku dah okay sikit, kalau tak dengan dia pun lari pecut 3km lepas jumpa face to face.

Atau teknologi ni wujud time aku kahwin dulu, takyah aku susah-susah tempah photographer and makeup artist mahal-mahal. Biar aku edit sendiri je gambo jadi lawa, jimat belanja kahwin, boleh buat hanimun gi Rome. Ewah ewah banyak sangat ke duit kau.

Tapi tula, dengan adanya teknologi ni kene la hati-hati. Model-model kecantikan pasni edit muka depa ngan kamera ni je pastu jual produk kata produk tu bagus sangat. Tak pun mana-mana yang baru nak berkenalan tu, baik mintak jumpa sebab takut-takut gambar dia bagi rupa Emma Maembong, jumpa real life rupa Sathya, scaryyyy...


Kalau rupa I camni, agak-agak ada orang nak tak? Hahaha.

posted from Bloggeroid

Saturday, April 12, 2014

What meant to be will be

Alkisahnya aku dapat kerja baru.

Syukurrrrrr Alhamdulillah. Aku memang dah lama nak tukar kerja tapi asik terikat dengan komitmen. Mula-mula belajar, then anak, then anak lagi..niat tu asik bertangguh je. But recently my tolerance level went down to zero, tak boleh tangguh lagi dah. To cut the story short, aku merajuk dengan bos aku sekarang. Malas nak cerita lebih dekat sini. Senang cite malas nak gaduh, solutionnya ialah aku pun cari la keje lain. Komitmen pun dah tak banyak, so boleh la cabut. Well itu pun benefitnya kerja swasta, tak suka kalu boleh chow.

Dari start aku mengandung Danial sampai ke sudah aku dok doa mintak kerja lagi baik dari yang sekarang ni, yang lebih halal (opkos), yang dapat aku luangkan lebih banyak masa dengan family, yang cukup untuk aku sefamili,dan yang paling penting boleh buat aku happy...panjang camni la aku doa. Orang kata doa ibu mengandung mujarab, aku pun ambillah kesempatan. Selain doa nak anak yang sempurna dan soleh, mudahkan bersalin, doa mintak kerja ni memang aku tak tinggal.

Aku gigih apply kerja sepanjang cuti bersalin ni. Bukan mudah nak dapat. Aku apply kat Jobstreet sampai keluar warning yang aku dah reach limit. Baru tahu rupanya sebulan boleh apply 50 kerja je kat Jobstreet. Haa..bayangkan banyak tak banyak aku apply. Tu belum masuk yang iklan kat suratkhabar lagi, aku hantar email and post hardcopy resume. Yang melekat ni la satu offer yang aku dapat ni. Fuuhh!!

Sejujurnya, this may be not the best offer. Kalau compare ngan kerja sekarang, mungkin lebih banyak disadvantages dari advantages. Kerja baru lagi jauh, lepas ni awal la kene bangun pergi kerja, anak-anak pun subuh dah kene hantar umah pengasuh, kesian depa. No flexibility. No working from home arrangement. Sighhh...

Tapi....aku dah puas doa kan dan ini yang aku dapat. Aku yakin Allah dah tentukan yang lebih baik untuk aku lepas ni, I just need to open my eyes and wait. Sekarang mungkin tak nampak tapi tunggu aje hikmahnya nanti. Aku fikir camni je...Allah tak bagi exactly apa yang kita nak sebab Allah nak kita terus berdoa padaNya. Kalau Allah bagi semua yang kita nak, kite akan leka dan tak merayu pada Dia lagi dah, padahal itulah yang paling Allah rindukan dari hambaNya.

Bak kata Pn. Along bila aku cerita pasal ni kat dia...

"Macam Along la aritu, doaaaaaa sangat biar bersalin lepas suami Along balik umrah, tapi dia nak jugak keluar awal. Dah tu hujung tahun pulak tu. Alahaiii...kesian anak Along, budak sebaya dia dah boleh lari, dia baru nak lahir. Tapi nak buat macam mana, bukan Along tak doa. Ada la tu Allah aturkan yang lebih baik..redha jela."

Kan...REDHA. By the way, that Islam is all about, FAITH.

Nervous nak masuk kerja baru. But I'm happy. Bye bye bos bongok. Hahahahaha!!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, April 10, 2014

Amani kakak yang rajin

Seperti tajuk di atas, alhamdulillah la dapat anak yang rajin. Sayang beno dia dengan adik dia.


Insisted nak pangkukan adik dia. Tapi "Adik berat" katanya.






Insisted nak buaikan adik pulak. Walopon sebenarnya hayunan ribut taufan dia bagi. Pasghah jela Danial dalam buai tu.

But at times, dia still lagi 'baby' manja mama ayah.


Port faveret, duduk atas peha.


Nanges sebab mama tak kasi duduk dalam car seat adik.

Alahai Amani, you are such a sweetheart.
posted from Bloggeroid

Popia menu kegemaran

Ok, ni nak post pasal lagi satu menu kegemaran iaitu popia.

Kalau kat kedai tu ntah ape-ape je rasa, payah nak kene ngan taste aku. Ade yang nak jimat, pakai inti kobis je. Aku memang cukup tak berkenan yang itu.

Popia ni simple gile nak buat, so why not aku try buat sendiri. Cam biasa call Pn.Along yang terer masak itu untuk confirmkan resipi. Aku rajin tolong dia buat popia ni tapi tang menggulung je, tang masak inti dia la buat.


Inti kegemaran - lobak, sengkuang dan tauge. Tak dan nak potong nipis-nipis, masa terhad. Sebelum budak kecik tu nanges, aku sagat je semua, abes cite. Masuk perut jadi taik gak, muakakaka!! Tumbuk bawang merah, bawang putih and ikan bilis / udang kering hingga hancur lumat, tumis ngan bahan-bahan ni. Tumis sampai air kering. Jangan sampai hangit sudah.


Gulung-gulung. Dapat la banyak ni je sebab aku memang bajet buat sikit je. Tak sedap kalu sape nak abeskan?


Goreng hingga keperangan. Aku malas buat sos, aku cicah aje ngan sos cili Thai, sedap juge.

Untuk first trial ni En.Suami cakap sedap. Alhamdulillah..cuma masin sikit je katanya. Kalau anak dara masak masin orang kata dah nak kahwin, kalau mak orang yang masak masin? Tandanya garam tu garam yang berkualiti tinggi, lenkali takyah letak banyak-banyak. Muahahaha!!!
posted from Bloggeroid

My baby can do what?

Skang ni my baby can do what ni bukan cite pasal Amani je tapi nak cite pasal Danial jugak.

At 10 weeks Danial dah pandai senyum.





Adoyai...camne la Mama nak pergi kerja ni sayang? I'm going to miss you, I swear.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 3, 2014

Puding sejuk dan cuaca panas

Panas betul cuaca akhir-akhir ni. Memang selalu hujan tapi sebelum dartang hujan tu, panasnya ya ampunnn.

Tekak pun terasa nak makan mende yang manis and sejuk-sejuk je. Tapi aku kan tak pandai masak, so kene la cari idea masak yang simple-simple aje. Tertengok mainan Amani iaitu sweet corn, terus dapat idea nak buat puding jagung. Terus call Pn.Along sebab dia memang pakar buat resipi ni.



Resipi puding:
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
1 senduk makan tepung kastard
1 senduk makan gula (ikut suka nak manis mana)
3 mug air

Resipi kuah:
1/4 tin susu cair
2 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar jagung

Campur semua bahan puding di atas dalam periuk, and masak sampai pekat, likat, berkilat dan keluar buih-buih macam letusan gunung berapi. Hati-hati bila dah likat, puding tu melekat kat kuali so kene kacau selalu. Lenguh sikit la tangan. I found that masak dalam non-stick pan senang sikit, puding tak melekat. Kuah pun sama, campur je semua and masak sikit sampai takla cair sangat. Dah masak tu, pindah dalam bekas, simpan dalam fridge, and makan masa sejuk. Bak kata orang Sarawak, nyamannnn....

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 2, 2014

Laki camtu pun ade peminat??

I got disturbed after baca blog retis beautifulnara tadi. Really really disturbed.

Aku bukan peminat sangat dunia artis ni, especially dunia hiburan tempatan. Bak kata En. Ayah "artis malaysia ni bukan laku sangat. Nak harapkan rupa tak seberapa, bakat pun ntah pape. Harapkan gosip jela nak popular". Well, I can't agree more.

Tapi aku follow kes Rita Rudaini ngan Aidil Zaquan. Ekceli, aku minat gak Rita ni, muke cantik, berlakon pun pandai. Bila dia kahwin ngan Aidil yang umur jauh gila lebih muda dari dia, football player je lak tu, aku pelik gak, muka cantik cam dia patut dapat kerabat dowh. Tapi bila baca kesungguhan Aidil nak dapatkan dia sampai sanggup nikah kat Thailand, aku faham la jugak. Hati pompuan mana tak berbunga kalau ada orang muda yang hensem beriya-iya nak kat kita. Unless mata kau buta atau kau lesbian je kau akan tolak.

Tapi itu duluuuuu....masa mula-mula bercinta. Lepas taknak kat Rita, tinggalkan Rita camtu je. Tak bagi nafkah tak bagi apa. Dah tu ada hati pulak nak tuntut Rita balik taat pada dia padahal dia yang lari tinggalkan Rita dengan anak-anak. Memang tak boleh blah bila Rita cakap dia tak pernah pun pindah rumah tapi Aidil cakap dia tak tahu Rita kat mana. Camno tu?

Now Aidil dah kahwin lain. Kemain grand majlisnya. Wartawan tanya Rita tak sedih ke? Rita jawab kenapa dia nak sedih, dia dah lalui yang lebih teruk...ditinggalkan masa anak sulung masih kecil dan sedang mengandungkan anak kedua, apa lagi yang lebih teruk dari tu? Air mata dia dah kering.

Oh my oh my...inilah yang menganggu fikiran aku. Aku dulu kan kira single mother jugak, husband bertugas luar so terpaksa jaga anak sorang-sorang, aku faham sangat macam mana rasanya. Tak mudah ye, memang tak mudah. Jangan cakap "oh, setiap ibu memang diberi kekuatan dari Allah". No no, this is another story. Whatever pun hati perempuan ni fragile, dan kuderat kita tak sama macam lelaki. Bukan senang nak tempuh semuanya seorang diri. Especially artis macam Rita yang jadual kerjayanya tak menentu. Oh, I just can't imagine!!

Yang aku tak faham sangat sekarang ni, ade jugak orang nak kat laki cam Aidil tu yek. Dah terang-terang kat situ dia bukan calon suami yang baik, lelaki yang tak bertanggungjawab dan ayah yang tak penyayang. Nah, lengkap pakej lelaki yang harus dielakkan. Yet, ade orang nak.

Tak kisahlah kalau Rita sebenarnya yang bersalah dalam kes rumahtangga dorang, tapi kalau betul Aidil lelaki yang baik, dia takkan tinggalkan bini dia dengan anak yang masih kecil dan tengah mengandung! Dulu kau kahwin dengan dia atas dasar ape ek? Tergamak kau buat dia macam tu. Yet, ada orang nak kat dia.

Mungkin sebab Aidil sekarang main dengan JDT kot, depa bayar dia mahal wooo...mashyukkkk... Tapi takkan sebab duit sanggup tolak yang lain-lain tu? Football player ni sampai bila je pun kayanya? Bukan boleh selamanya main bola. Yet, ada orang nak.

Hisy, tak faham la aku. Sumpah tak faham!!
posted from Bloggeroid