Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 10, 2014

Popia menu kegemaran

Ok, ni nak post pasal lagi satu menu kegemaran iaitu popia.

Kalau kat kedai tu ntah ape-ape je rasa, payah nak kene ngan taste aku. Ade yang nak jimat, pakai inti kobis je. Aku memang cukup tak berkenan yang itu.

Popia ni simple gile nak buat, so why not aku try buat sendiri. Cam biasa call Pn.Along yang terer masak itu untuk confirmkan resipi. Aku rajin tolong dia buat popia ni tapi tang menggulung je, tang masak inti dia la buat.


Inti kegemaran - lobak, sengkuang dan tauge. Tak dan nak potong nipis-nipis, masa terhad. Sebelum budak kecik tu nanges, aku sagat je semua, abes cite. Masuk perut jadi taik gak, muakakaka!! Tumbuk bawang merah, bawang putih and ikan bilis / udang kering hingga hancur lumat, tumis ngan bahan-bahan ni. Tumis sampai air kering. Jangan sampai hangit sudah.


Gulung-gulung. Dapat la banyak ni je sebab aku memang bajet buat sikit je. Tak sedap kalu sape nak abeskan?


Goreng hingga keperangan. Aku malas buat sos, aku cicah aje ngan sos cili Thai, sedap juge.

Untuk first trial ni En.Suami cakap sedap. Alhamdulillah..cuma masin sikit je katanya. Kalau anak dara masak masin orang kata dah nak kahwin, kalau mak orang yang masak masin? Tandanya garam tu garam yang berkualiti tinggi, lenkali takyah letak banyak-banyak. Muahahaha!!!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment