Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 29, 2014

I-City

Ni pasal percutian Matta Fair lagi la ni. Aritu masa kat sana aku ade beli tiket masuk ke I-City. Khamis lepas aku and En.Suami amik cuti untuk ke sini.iket tu ade expiry date so kene la pergi awal sebab lepas ni dah puasa. Kitorang bawak Amani je, Danial tinggal kat umah pengasuh sebab dia kecik lagi.

 Untuk RM75 seorang, dapat masuk 6 attractions in I-City. Budak bawah 90cm masuk free. Kalau tak pergi Matta tak dapat harga ni!

Red Carpet

 Ala-ala Madam Thessaud kat London, but I have to say Red Carpet ni tahap amatur jela.

 Kemain lagi bersungguh-sungguh membentangkan isu dunia.

 Bapak mithali, pergi conference pun bawak anak.

 Tinggi camni ke Steve Jobs ni?

 Yes, I think your assignment is good - Albert Einstein

Mr. Bean...(xyah cakap pun orang kenal ye dak)

 Umangaih tingginye makhluk ni. Aku paras pusat dia je! Muahahhaa

OK ,sebagai fanatic fan MJ, aku rasa ini ialah penghinaan. Huduh gila kot!

Trick Art Museum
Yng lain tak pergi takpe, yang ni memang wajib. Superb!

 Oih, overnya expression.

 Baik-baik turun tangga tu bang.

 Ala kuci-kuci

 Eeee...takutnya!!! (tapi sengih tetap sengih)

 Yang ni epic. Amani tolak bapak dia sampai bapak dia tertumpahkan air.

 Even budak kecik ni pun pandai bergambar.

OK, ampunkan reaksi over tu, (again)

Space Mission

 Dalam ni takde pape sangat tapi sebab dah masuk dalam pakej, moh le kite.

 Uiyooo...Bumblebee!

 Alien menyerang bumi!! Amik gamba sat.

En. Suami and his pet.

 Terowong masa.

Naik train pastu main tembak-tembak. Mama yang over.

Snow Walk


 Sejuk oih! Masuk sini jaket disediakan. Aku tak pakai kasut, tapi boleh sewa kasut kat kaunter, RM10.

 Sejuknye bontot dok atas ais.

Budak tak tahan sejuk, dah start cranky.

Main slide. Payah nak kawan menatang ni.

Turn En.Suami lak main.

Antara hiasan-hiasan.

Banyak lagi games tapi sebab Amani dah tak tahan sejuk, terpaksa la keluar cepat. Memang sejuk gila nih! Almaklumlah tak pernah duduk oversea, memang tak pandai nk adjust ngan suhu sejuk gini.

Waterpark

 OK, dah ready nak main air.

Budak dah nagntuk kene paksa main air plak.

Haram jadah betul mende ni. Aku memang taknak main sebab dah pernah main kt Sunway Laggon dulu and I don like it, tapi budak sebelah aku tu mintak tolong sebab nak main ni kene ade 4orang, aku tolong le. 

 Turn En.Suami plak.

Sakit tapi sedap cam kene massage.

Not bad gak waterpark ni, ade satu kolam tu siap ade jakuzi. Kecik je tak beso cam Sunway Lagoon. 

Overall memang masyukkkk la I-City ni, especially untuk orang jakun cam aku. Memang berbaloi-baloi untuk harga tiket RM75. Kalau tak harga tiket untuk satu attraction pun dalam RM30 so ko darab le ade berapa banyak tempat tu, mahal kan? Oh, ade satu lago Horror House (Rumah Hantu), memang tak laaaa aku nak masuk so aku skip yang itu. Kalau pergi weekend lagi meriah kot tapi kene rajin beratur tunggu turn la kot, aku tak rajin.

Tips:
1. Makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk katanya. Dalam I-City ni ade banyak restoren, don't worry. Tapi air boleh bawak so make sure bawak banyak air nak-nak time musim panas ni.
2. Dekat parking ade 1 je lift, so make sure parking dekat ngan lift kalau tak rajin naik tangga.
3. Pakai kasut sendir siap stokin kalau nak masuk Snow Walk, kalau tak jadi cam aku kene bayo RM10.
4. Kat sini depa ade fotographer sendiri so kalau nak amik gambo famili memang cun la, tapi duit poketnya pun kene sediakan banyak la, mahal.


Thursday, June 19, 2014

Happy Father's Day

Last Sunday was Father's Day. Aku tak pernah celebrate pun. Bukan tak hargai jasa ayah cuma bukan culture keluarga aku celebrate hari ni. Tapi sejak kahwin ni and ada anak, quality times camni kene jaga so aku decide untuk celebrate.





Our own small celebration. Amani yang terlebih excitednye sebab nak makan kek.

To my old dear ayah:

Adik love you so much. Terima kasih atas jasa ayah besarkan adik. You were grumpy and rough but sometimes you crack out stupid jokes for us to lough.Semoga sihat sejahtera dan panjang umur.

To Ayah of my children:

Thank you for making me a Mother, the most precious gift that I would cherish for the rest of my life. You may not be the best father in the world but you are the best for us. Our children must be and should be very proud to have you as their father. I hope, in the ups and downs of our relationship, we would never lost focus on our kids. They should and would always be our top priority. Let's walk hand in hand, shoulder to shoulder to be the best parents for them. May Allah show us the way, amin.

Happy Father's Day to all Daddy Heroes out there!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 18, 2014

Makan free itu sedap.

Arini ade perasmian institut baru, kitorang semua dijemput hadir. Bos cakap "semua kene pergi, kalau ada peluang ponteng, kita ponteng". Hahaha..terbaekk..


The program.

Yang eksaited sangat sampai nak berblog ni ialah....ada makanan free!!!


Menu breakfast. Siap kopi and teh dijamu sambil kita duduk, ala macam majlis omputeh tu yang ade waiter bawak air atas dulang. Lemak gila ko kan, dah la makan free, lagi nak orang serve.

Ada menu tengahari juga tapi aku lupa nak snap gambar. Ade lauk ayam lemak cili padi, daging blackpaper, sambal sotong...uihhh...kenyang breakfast tadi pun tak abes lagi, tapi bedal tetap bedal.


Balik opis sambung makan free lagi, sebab VVIP lawat ofis kitorang pulak. Ni menu hi-tea. Ni yang aku amik la...yang aku tak amik ada karipap, samosa, murtabak, mixed fruits. Adoiii..perut dah tak muat oi!

Maaf la ye reader semua, ahkak terover excited plak, macam jakun pun ada kan. Ntah pape makan free pun nak hapdet macam menang kete Mercedes sebijik. Ahkak akui ahkak jakun sebab kat ofis lama ahkak dulu takde makan-makan ni dik oi. Kesiannn sangat punyela kedek opis lama tu. Asal ada function je semua orang wajib kene attend, tapi haram habuk hadiah pun takde bagi, inikan pulak nak harapkan makan, nan hado. Ahkak dengan kejinye dah snap gambo-gambo makan tersebut dan bagi kat ex-opismate kasi dorang jeles. Muahahahaha!!!

posted from Bloggeroid

Saturday, June 14, 2014

Daniel at 4months





Daniel dah boleh masuk dalam walker, yeay!! Mama is very the happy.

Daniel ni manja sikit, asik nak berdukung aje. Baringkan lama sikit je dah nanges. Duduk dalam walker tu pun takde la lama mana, then nanges. Tapi tak kisahla, asal boleh masuk kejap pun jadi la.. Harapnya lepas ni speed terus pandai jalan. Nak merangkak macam lama lagi je Daniel ni.



Gemo beno isap jari. Bukan satu, bukan dua, abes semua dia sumbat!



So solutionnya mama sumbat puting. Muahahaha!



Bukan aku yang buat statement di atas ye. Whoever created it speaks for all parents. Bukan nak mengeluh but that is exactly what we feel.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 8, 2014

KL Bird Park

Alkisahnya pergi Matta Fair awal tahun aritu aku beli tiket masuk ke KL Bird Park. Since Amani suka sangat tengok cerita Rio sampai repeat 1000x (siyes tak tipu), so I thought it is a good idea to bring her to watch a real life birds. Can't remember how much the tickets cost but cheaper la dari beli kat kaunter tu. Kids age below 3 years enter for free, pandai kan mak bapak dia pilih tempat? Hehehehe.. 

KL Bird Park

Situated in the heart of KL city, KL Bird Park is one of tourist attraction that is a place that you might want to visit. Susah sikit nak jumpa tempat ni, the roads are tricky with lots of roundabouts and simpang, but the signboards are really helpful, just follow them and it will bring you here.

 Near the entrance. Parking lots are limited...full on weekend, just be patience and wait for your turn to park.

Entered the door, we were greeted by birds oredi! Nieceee...but Amani scared la..Baru masuk dah cakap "Jom balik, jom".

 Since anak dah takut, biar maknye aje yang bergambo. Besooo siot burung ni.

Budak peakut menyorok belakang ayah. All the birds here are tame and freely walk/fly all over the places. Get close enough to the nature, don't you think so?

 Orang pergi bird park suruh tengok bird, dia bantai main kat playground plak. Main la..mama nak tengok bird show.

 Nice view kan? Siap ada pelantar fefeeling nengok Niagra Falls. Salute to the planner who designs the whole park, it is so beautiful.

 Colorful birds, comel sangat.

Banyak sangat birds dekat sini. First time aku tengok peacock secara dekat, siap kembangkan ekor, cantik. Tarikan utama kat sini opkos burung enggang a.k.a hornbills. Macam-macam jenis ade, beso rupanya burung hornbills ni. 

Aktivti kat sini ade macam-macam. Ade bergambo ngan burung, animal show and bird feeding. Free je bagi burung makan, sambil bagi makan sambil bergambo. Tapi ade jugak disediakan mesin makan burung, masukkan syiling, pusing-pusing mende tu nanti keluar makanan burung. Ala, mesin yag macam kita kecik-kecik suka main nanti keluar toys tu. Aku memang rekomen la korang untuk pergi sini. Tapi sila pakai ksaut yang sesuai untuk berjalan sebab tempat ni luas, semputttt....

Selain Bird Park ni, area-area tu ade jugak Taman Orkid, Taman Botani, Planetarium ke ape, Muzium PDRM, Masjid Negara...eh banyak lagi la tempat untuk dilawat. Sediakan duit je benanyak sebab semua tempat ni kene bayar tiket kalau nak masuk.

Mana ada benda free lagi sekarang, nak kencing pun kene bayar.