Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 4, 2014

Halal tetap halal bila ianya HALAL

"Jangan makan coklat tu, ada babi!" marah Mak Senah pada anaknya Ayu.

"Apo lak mak...orang dah cek dah, coklat ni bukan dalam senarai yang ade babi tu" jawab Ayu dengan loghat bercampur-campur dek kerana terkejut disergah maknya secara tiba-tiba.

"Dah kalau satu ada babi, semua ada la. Satu kilang tu kene samak!" terang Mak Senang dengan penuh semangat.

"Mak...dorang buat coklat la, bukan buat babi cincang celup coklat" jawab Ayu yang semakin jengkel dengan perangai Mak Senah yang dirasakan over-reacted itu.

"Hisy kamu ni! Babi tu haram. Kene air liur dia setitik pun kita kene samak. Kamu jangan pandang ringan, tak masuk syurga kalau makan makanan haram!" bebel Mak Senah cuba meyakinkan si Ayu yang dari tadi buat dek aje masih mengunyah coklat kegemarannya itu.

"Mak tak baca surat khabar ke? Kan majlis fatwa cakap takpe makan kalau tak tau"

"Dah sekarang ni kamu dah tahu, yang kamu makan lagi tu kenapa?" Mak Senanh cuba merampas coklat tu dari tangan Ayu tapi pantas ditepis anaknya.

"Uihhh...abes, takkan nak buang. Orang beli mahal ni mak." Ayu memandang sayu coklat bersaiz besar yang dibelinya setelah puas menabung sebulan.

"Biar rugi duit asal jangan masuk neraka!" nasihat Mak Senah lagi.

"Mak, ni menteri dari Jabatan Perdana Menteri cakap takde DNA babi, orang makan la. Orang dah beli coklat ni lama tau, tapi sebab ade isu aritu orang tak makan. Ni dah dorang kata halal, orang makan la. Ni dia siap cakap lagi hanya JAKIM yang boleh keluarkan status Halal, bukan orang lain. Yang mak dok percaya sangat kat KKM tu kenapa? KKM tu siasat produk tu bahay untuk kesihatan je, bukan halal haram" explain Ayu ala-ala pensyarah universiti awam.

"Ala. mungkin jugak masa dorang cek kandungan coklat tu bahayakan kesihatan atau tak, dorang jumpa DNA babi. Haaa..." jawab Mak Esah, dia masih tidak mahu mengalah dalam perbalahan ini.

"Banyak lagi ubat kat luar sana..Kak Eton la, Putih bak Snowhite la, gebu umpama apam terlebih yis la...taknak plak cek. Sibuk cek coklat buat apa? Lagipun dorang siasat dah 3 bulan, kenapa sekarang baru nak keluarkan laporan tu? Mak tak rasa pelik ke?" tanya Ayu bertubi-tubi.

"Yang kamu nak percaya sangat dengan coklat tu kenapa pulak? Bukannya tokei dia laki kamu pun?" tanya Mak Esah balik.

"Tak, orang bukan percayakan coklat, orang percayakan JAKIM dan logo halal ni. Kalau kita tak percayakan logo halal JAKIM ni, kita nak percayakan siapa lagi. Kalau mak tak percaya JAKIM, mak try buang semua produk yang ada logo ni kat dapur tu...and kita tengok apa aje yang tinggal. Tanya ayah sekali, dia sanggup tak makan ulam and ikan goreng takde garam hari-hari?" jawab Ayu dengan muka konfiden.

Mak Esah terkebil-kebil, sudah mati akal untuk menjawab. Kata-kata Ayu itu dirasakan ada kebenarannya. Dia kemudiannya ke dapur dan mula memasak dengan menggunakan pelbagai barangan yang ada tanda Halal dari JAKIM. Dia sudah tidak kisah untuk menilai samada produk itu benar-benar hala, atau ada DNA babi di dalamnya.

No comments:

Post a Comment