Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 25, 2014

Bila nak kahwin?

Ada few kawan aku yang tengah stress nak sambut raya lagi 3 ari ni. Kalau boleh diberi pilihan, rela duduk rumah aje makan kuih depan tv dari balik kampung.

Sebabnya depa takut and malas nak jawab soalan "Bila nak kahwin?"

Umur baru 28 tahun tapi bagi orang Melayu ortodoks kita, umur camni dah patut ada anak 4! Kalau tak kahwin lagi, dah tunang pun kira ok. Tapi kalau yang takde tanda-tanda langsung nak kahwin ni la akan jadi mangsa curiosity nenek-nenek dan makcik-makcik. Jangan tanya aku apa. kaitan kawan aku tak kawen dengan makcik ni yang sakit ati benar tengok kawan aku single, aku pun tak faham. Macam la bernanah kulit dia kalau kawan aku tak kahwin, kan? Crazy society!

So di sini aku cadangkan beberapa jawapan yang boleh korang apply kalau nak beraya dengan aman.

Option 1 - Gaya pelakon wanita terbaik
Soalan: Bila nak kahwin?
Jawapan: Tunang saya baru je meninggal minggu lepas makcik, sampai ati makcik tanya saya camtu. Waaa...!! (Sambil nanges teresak-esak)

Option 2 - Gaya buat dek
Soalan: Bila nak kahwin?
Jawapan: Ntah
Soalan: Dah ada calon?
Jawapan: Belum
Soalan: Cerewet sangat kot?
Jawapan: Takla
Soalan: Nak makcik tolong kenalkan tak?
Jawapan: Taknak
Maintain jawab ringkas-ringkas camni sampai ke sudah, aku rasa nanti dia fedup la kot nak tanya.

Option 3 - islamic approach
Soalan: Bila nak kahwin?
Jawapan: Antara syarat wajib kahwin ialah mereka yang tidak dapat menahan nafsu. Saya boleh kawal lagi makcik, takde masalah, tak wajib pun.
Soalan: Eh tapi orang yang kahwin ni banyak pahalanya.
Jawapan: Lagi banyak pahala kalau berjaga malam di bulan ramadhan untuk solat sunat. Eh makcik, tau tak persoalkan takdir Allah tu berdosa?

Option 4 - Gaya marketer
Soalan: Bila nak kahwin?
Jawapan: Haa..elok la makcik tanya ni. Saya nak tegur tadi malu! Makcik, saya ni ahli MLM, makcik nak masuk tak? Permulaannya rendah je, makcik bayar saya RM10 ribu, sebulan lepas tu duit makcik berganda jadi RM50 ribu. Pot pet pot pet...
Kot makcik tu takut, dia lari le.

Option 5 - Gaya mudah dan ringkas
Soalan: Bila nak kahwin?
Jawapan: Saya lesbian makcik
**makcik pengsan

Senang kan?

Jangan takut tak berjodoh. Lebih baik tak berjodoh dari hidup merana kalau dapat suami tak bertanggungjawab. Kalau dah kahwin tapi takde anak, pun kene cemuh juga. Our society are just sick! Don't listen to them. You know Allah loves you, He wants to take care of you himself. You are too precious that no man are qualified to take care of you except Him. Be proud.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 13, 2014

Sale!

Ni ade lagi satu mende nak share pasal shopping murah. Aku ade jumpa satu laman web yang senaraikan sale-sale yang berlaku kat seluruh Malaysia. How it works? Tengok le sale ape yang ada, brape aribulan, kat mana, pukul berapa dan bila tiba masanya, serbu le!!

Yang ini aku pergi SOGO Mega Warehouse Sale. Again, ini post yang dah terlewat gila, dua bulan lepas punye cerita baru nak up story sekarang. Maafkan saya.










Ini baru sikit aku snap, ni dekat dalam dewan tingkat 7. Kat luar dewan and kat ruang legar bawah SOGO tu pun ade sale. Meriah!

Nak kata murah, aku tak tahu la ek. Memang ada sale sampai 80% tapi kalau dah harga asal pun RM200, tak ke mahal jugak harga bajunya after sale? Cuma yang untungnya semua barangan branded so in other words, ko merasa la pakai baju yang super mahal pada harga yang tak berapa mahal. Macam baju POLO lelaki yang harga RM300 dapatlah RM70. Bila orang tanya berapa harga baju kau, bolehla jawab RM300. Hahaha..

And lagi satu bagusnya sale ni, semua barangan ada. Baju budak paling heaven, semua jenama ada, you name it..Pigeon, Pureen, Polo Kids, Poney, Disney, Kiko.Special brand called Superman pun ade, baju and seluarnya semua ada lambang S tu ha. Perkakas rumah (kuali, periuk), kasut, handbag, makanan (biskut, buah, air), toiletries (sabun mandi, sabun basuh baju, syampu), baju lelaki, baju perempuan, baju budak, bantal, cadar, selimut, mainan budak-budak...ha, ape lagi ek. Eh, semua la! ON SALE!!! Bawak duit berguni pun boleh habis.

Selain SOGO ni aku ade gak gi Poney Warehouse Sale atas ehsan website ni. Cuma satu hal pasal sale ni dicadangkan agar kau pergi awal pagi untuk elakkan kesesakan. And kalau boleh jangan tangguh sampai hari terakhir sale sebab dikhuatiri banyak size dah habis, tinggal yang super size yang takde sape nak beli. Orang Malaysia memang gemuk tapi kita tetap kecik dan pendek berbanding omputeh, kan? Pffttt!

Cam biasa la tag mark kite "Kenapa perlu bayar lebih sedangkan boleh beli dengan harga diskaun?".

Ni websitenye: http://www.bigsale.com.my/
posted from Bloggeroid

Tuesday, July 8, 2014

Gold Coast Morib, Sepang

Ni cite dah lama gile tapi baru sekarang nak update. Aku dapat MC 3 ari sebab sakit mata. Dok belek-belek laptop kat umah ni ternampak plak gambo kat Gold Coast ni, makanya aku decide to up story satu.

Kali ni bukan Matta Fair tapi Groupon saje. Lepas bersalin rasa macam nak bercuti kejap sebelum naik keje. Ala-ala a mini retreat and celebration for me sebab berjaya bersalin dan berpantang. Macam biasa, toksah berebut dengan orang di hujung minggu, kite gi time weekdays, En Suami kene amik cuti.

Harga voucher RM179 dapat bilik luas, dinner and breakfast, and 2 tiket masuk ke waterpark. Jom cekidaut.



Ada jakuzi. Ni yang buat aku paling eksaied pasal hotel ni sebab aku jakun tak pernah pakai menatang ni. Apa lagi, pakat masuk anak beranak dalam ni. 
#Tingkap tu saje nak bagi orang skodeng ko tengah mandi.


Ade shower gak.


Lupe nak mintak katil king, dapat single so kite combine kan la ye. Buat cam umah sendiri la.


Waterpark view from the room's balcony. Sebelah sana tu laut.

 Budak eksaited nak gi mandi

Jalan-jalan tengok laut tapi pantai kat sini tak secantik pantai timur la kan, pantai jauhhhhh ke tengah nun. Tak jadi nak bawak Amani main air laut, kita terus ke waterpark la.

Tengok muka cuak Amani. Hahahhaha.

Again muka cuak. Hahahahaha...

I don't care, I just want to sleep.

Muka bengang kene paksa main air. Hahahaha.

Mama ngan Danial pun nak main air jugak.

The 4 of us. 
(Silap setting camera, gambar blur a plok. Kecewa.)

Overall aku rasa ok la hotel ni, especially untuk harga aku beli kat Groupon tu. Breakfast and dinner dia not bad, banyak variety. Ade yang sedap, ada yang tak sedap tu normal la, yang penting variety. Hotel pun bersih. Entrance tiket untuk waterpark is for two days, ari check-in and the next day. Mandi le sampai kecut. Kalau rajin pergi la melawat pantai Morib, lebih kurang 5 minit dari hotel ni. Takde apa sangat lah cuma rojak mee kat Dataran Morib tu sedap. Huhuhu..teringin la plak.

Oh for those yang tak tahu Groupon tu ape, its a sale website. Ada macam-macam sale kat sini. Untuk orang yang tak berapa banyak guni duitnya cam aku ni, website camni memang sangat membantu ekonomi aku. Kenapa nak bayar lebih sedangkan boleh beli dengan harga diskaun kan. 

Kat bawah ni aku senaraikan beberapa adik-beradik website yang rajin bagi diskaun;
  • GROPUON - http://www.groupon.my/
  • MyDEAL - http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur
  • Milkadeal - http://www.milkadeal.com/
  • LivingSocial - https://www.livingsocial.com/my
Enjoy shopping!

posted from Bloggeroid