Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 13, 2014

Sale!

Ni ade lagi satu mende nak share pasal shopping murah. Aku ade jumpa satu laman web yang senaraikan sale-sale yang berlaku kat seluruh Malaysia. How it works? Tengok le sale ape yang ada, brape aribulan, kat mana, pukul berapa dan bila tiba masanya, serbu le!!

Yang ini aku pergi SOGO Mega Warehouse Sale. Again, ini post yang dah terlewat gila, dua bulan lepas punye cerita baru nak up story sekarang. Maafkan saya.










Ini baru sikit aku snap, ni dekat dalam dewan tingkat 7. Kat luar dewan and kat ruang legar bawah SOGO tu pun ade sale. Meriah!

Nak kata murah, aku tak tahu la ek. Memang ada sale sampai 80% tapi kalau dah harga asal pun RM200, tak ke mahal jugak harga bajunya after sale? Cuma yang untungnya semua barangan branded so in other words, ko merasa la pakai baju yang super mahal pada harga yang tak berapa mahal. Macam baju POLO lelaki yang harga RM300 dapatlah RM70. Bila orang tanya berapa harga baju kau, bolehla jawab RM300. Hahaha..

And lagi satu bagusnya sale ni, semua barangan ada. Baju budak paling heaven, semua jenama ada, you name it..Pigeon, Pureen, Polo Kids, Poney, Disney, Kiko.Special brand called Superman pun ade, baju and seluarnya semua ada lambang S tu ha. Perkakas rumah (kuali, periuk), kasut, handbag, makanan (biskut, buah, air), toiletries (sabun mandi, sabun basuh baju, syampu), baju lelaki, baju perempuan, baju budak, bantal, cadar, selimut, mainan budak-budak...ha, ape lagi ek. Eh, semua la! ON SALE!!! Bawak duit berguni pun boleh habis.

Selain SOGO ni aku ade gak gi Poney Warehouse Sale atas ehsan website ni. Cuma satu hal pasal sale ni dicadangkan agar kau pergi awal pagi untuk elakkan kesesakan. And kalau boleh jangan tangguh sampai hari terakhir sale sebab dikhuatiri banyak size dah habis, tinggal yang super size yang takde sape nak beli. Orang Malaysia memang gemuk tapi kita tetap kecik dan pendek berbanding omputeh, kan? Pffttt!

Cam biasa la tag mark kite "Kenapa perlu bayar lebih sedangkan boleh beli dengan harga diskaun?".

Ni websitenye: http://www.bigsale.com.my/
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment