Aku ada sorang kawan. Dah bertunang awal tahun aritu, dijangka berkahwin hujung tahun ni. So semalam bila nampak dia online, aku tegur la dia.
Aku: Bila nak kawen? Persiapan dah siap?
Kawan: Ikutkan awal tahun. Barang hantaran ada sikit-sikit dah beli, tapi aku pun taktau ni. Kerap sangat gaduh, cam nak fikir balik pun ada.
Bagi aku, kerap gaduh masa bertunang ni normal. Lagi parah bila majlis kahwin tu dah dekat sangat. Aku tahu sebab aku pernah alami mende yang sama masa bertunang dulu. Dan bila adik ipar aku bertunang, dia pun cakap mende yang sama. Sebab tu orang tua dulu-dulu tak kasi selalu jumpa sebab nanti takut gaduh. Dan tak kasi tunang lama-lama sebab nanti takut putus.
Ada beberapa sebab kenapa kita selalu gaduh sebelum kahwin?
1. Stress
Kahwin ni walaupun mende seronok, yela dapat naik pelamin, dapat pakai baju pengantin...tapi prosesnya sangat rumit dan boleh menyebabkan stress! Hal pendaftaran aje dah rumit. Nak kene pergi pejabat agama la, pergi kursus kahwin la, pergi buat HIV test la. Tu kompem nak kene amik cuti untuk uruskan. Belum lagi masuk bab survey hantaran, butik pengantin, katering, khemah, goodies beg, cameraman. Bab DUIT memang malas aku nak komen panjang. Tu raja segala stress. Nak sediakan duit berpuluh ribu, basah ketiak oi! Duit dah cukup pun kadang-kadang sebab bajet constraint, tak dapat apa yang kita nak, stress lagi!
Adatlah kalau bergaduh kan sebab masing-masing stress. But insyaAllah bila majlis dah settle, habis la stress tu dan boleh la hidup bahagia berdua. Ewah.
2. Dugaan
Macam biasa la, ini semua mainan syaitonnnn... Dia taknak kita buat mende halal (berkahwin) maka dia hasut lah kita. Kalau tak dihasutnya suruh kita berzina, dia hasut kita untuk benci pasangan kita.
Aku ingat lagi aku dan En.Suami bergaduh. Gaduh pasal apa aku tak ingat, tapi dia punya marah, terus balik Perak (aku duduk Selangor) malam-malam buta tu. Aku call-call tak angkat. Aku punya risau, aku kejar dia ke Perak pagi tu jugak, dalam pukul 3 pagi. Sampai kat sana aku pujuk-pujuk (walaupun tak banyak bercakap sebenarnya sebab dia tengah marah), lepas dah cool sikit aku balik semula Selangor sebelum subuh. Gigih tak?
Nasib baik masa tu abang ipar aku rajin temankan. Aku rasa kalau tanpa jasa abang ipar aku tu, memang tak berjodohan kot aku dan En.Suami.
Cuma untungnya kitorang bercinta jarak jauh, payah nak jumpa. And bertunang pun tak lama, 4 bulan je. So kurang la bergaduh tu.
3. Petunjuk
Mungkin Allah nak bagi petunjuk perangai sebenar bakal suami kita sebelum kita kahwin dengan dia. Masa bercinta lain beb..masa tu belum dapat, memang bulan bintang pun sanggup petik, kentut pun bau wangi! Tapi bila dah agak-agak kompem nak dapat (bertunang), dah start tunjuk belang.
Kita kena alert la. Jangan dek kerana cinta, kita pejam mata pekak telinga dengan perubahan perangai dia. Jangan pakai teori "dulu dia lain" or "nanti lepas kahwin dia berubah la". JANGAN AMBIL RISIKO! Kalau betul-betul tak boleh nak coupe ngan perangai dia tu, jangan takut untuk batalkan aja perkahwinan. Jangan sebab kononnya nak jaga air muka keluarga, ko selamanya menderita kawen dengan orang sewel.
Sebenarnya semua orang ada kekurangan. Kekurangan tu yang buatkan kita kadang-kadang rasa benci dan akhirnya gaduh. But marriage is the matter of whether you are able to coupe with it or not. Macam ada sorang ex-bf aku dulu, dia memang baik. Keburukan dia tak banyak. Tapi ada satu perangai dia yang memang langsung aku takleh terima - dia terlalu bergantung pada mak ayah dia. Maaf cakap aku memang pandang rendah orang yang tak reti berdikari, especially LELAKI. Itu adalah alasan kenapa kitorang clash walaupun dah 2 tahun bercinta. Perangai dia tu keluar lepas 2tahun tula. Tapi ada kawan aku yang tak kisah laki dia 'anak mak' sebab mertua dia kaya, so dia tumpang kekayaan mertua dia sekalik. Depends la kan.
Bertahan la selagi mampu. Selagi pasangan kau tak buat perangai gila kata taknak kahwin, bersabarlah. Bagi aku yang perempuan ni simple...kalau laki berani kata dia taknak kahwin tapi kita paksa dia kahwin gak ngan kita, tak mustahil lepas kahwin dia berani lafaz talak atas alasan kita yang paksa dia kahwin ngan kita, bukan dia nak pun. Masa tu nak cakap apa?? Nak marah dia pun tak boleh sebab memang dah terang-terang salah kita.
So akhir kata, terpulang pada ko sebenarnya nak nilai gaduh tu macam mana. Pucuk pangkalnya, CINTA. Kalau cinta tu mendalam,sampai ke Perak pun sanggup kejar tengah malam. Hikhik! Kalau takde cinta dan kahwin sebab terpaksa, tu yang kahwin kejap dah cerai.
Kalau ragu-ragu, adukan aje pada Yang Maha Mengetahui Allah swt. Minta Dia beri petunjuk. Kalau pasangan kau tu yang TERBAIK untuk kau, maka mudahkanlah urusan perkahwinan tu. Tapi kalau bukan, moga diberi kekuatan untuk batalkan semuanya.
Good luck and all the best!
Camne nk buat seseorang tu bahagia lepas kawen ye. Pening kadang. Da la nk dekat seminggu lg nk nikah. Tp salah aku jgk. Die tanye simple je. Tp aku menidak kn soalan die. Aku pon x tau la. Mohon pencerahan
ReplyDeleteMaafkan sy, actually masa 3 pagi tu abg ipar teman ke? akak kandung x ikut ker..? Jadi fitnah tu cik..sebab cik walau kamceng and tkde feeling kat abg ipar tu, just respect as abg ipar, tp still laki bukan mahram buat kamu, bahaya tu..klu sy jd suami kpd cik...sy akan bertambah hangin lagi sebab abg ipar teman cik dlm kete ke perak lagi..walaupun sy tgh ego ke perak, tapi klu suami cik klu xkisah trpulang lah kot..sebab org laki kne jaga betul2 isteri dia...wanitakan perhiasan dunia..sebab tu wanita kena berhijab..tutup aurat..sebab org laki ni..satu je dia nak...wanita..kemudian baru harta..kemudian baru takhta..wanita still no.1 even umur dia 70 tahun...dia akan tertarik dgn wanita..maafkan sy tegur camni...sy cuma xnak husband cik menjadi dayus..membiarkan cik camtu...akhir zaman ni takut cik..dah mcm2 berlaku..baru2 ni spupu kwn sy...kantoi berzina dgn abg ipar dia stiap kali suami dia kerja, diorg buat projek..sebab org ketiga adalah syaitan...bila dah berdua...mcm2 kemungkinan leh jadi..jadi kite elakkan kemungkinan tu..btw,salam abg ipar pun haram tau..jgn sesekali buat..respect boleh..tapi batasan agama..harus dipacakkan keutamaan..inshaAllah..maaf..
ReplyDelete