Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 19, 2015

F for Fish - Aquaria KLCC

Aritu En.Suami belanja gi Aquaria KLCC.  

Manyaknye ikan...

Ada open aquarium. Boleh celup tangan dan touch sendiri ikan dalam kolam. 

Ada la deco-deco sikit untuk bergambar.

Ikan dalam ship-wrecked temanya. Kreatif!

Budak kecik kene dapatkan pertolongan orang besar. Kalau tak dia nampak kaki jela.

Ikan besoo...

Fefeeling underwater.

 Ikan yu berenang di atas kepala.

 SHARK.

 Jellyfish. 

Ada ruang aktiviti untuk kanak-kanak. Mintak kertas kat kaunter, then kaler. Kaler provided for free.

Jellyfish kuning tu adalah hasil karya Amani dan Ayah.

Break minum susu jap. Skeati buat cam kat rumah sendiri.

Last aquarium before balik. Berani plak dia sentuh starfish ni.

Pendapat aku... SERONOK! SERONOK! SERONOK!

Banyak benar ikan. Dan presentation sangat menarik, Akuariumnya didecorate dengan menarik dan mengikut tema, Kepada peminat ikan, boleh la dapatkan idea nak menghias akuarium anda di sini. 

Tiket mahal sikit tapi memang berbaloi. Tempat pun selesa fully air-conditioned.

Toilet bersih dan selesa.

Kalau nak bergambar dalam ni pakai kamera sendiri boleh, free je Tapi tak boleh guna flash. Takut ikan melompat keluar dari akuarium. Kalau nak pakai khidmat fotografer dalam ni pun boleh tapi gambarnya sangat mahal, 2 keping RM90.

Boleh tengok sesi fish-feeding pada waktu-waktu tertentu, baca label pada cermin akuarium untuk waktu.

Kedai makan takde dalam ni so makan la siap-siap. Kedai makan ada kat luar Aquaria.

Parking kat KLCC banyak tapi kene sediakan duit parking, mahal.

Bila fikir-fikir balik, mungkin aku seronok sebab ade orang belanja. Kalau pakai duit sendiri belum tentu gedik camni. Pape pun, syukur Alhamdulillah. Hehehe...


No comments:

Post a Comment