Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 3, 2015

CERAI?!

Balik kampung baru-baru ni, dengar salah seorang saudara (kite panggil dia Britney jela eh) dah bercerai.

Muda lagi. Baru kawin tak sampai 3tahun. Belum ada anak.

Patutlah dah dua kali raya dia raya sorang-sorang, suami tak balik. Patutlah gambar dalam instagram semua dengan kawan-kawan je. 

Maka ramai yang bersimpati terhadap nasib si Britney ni yang dah menjanda di usia muda. 

Aku tak faham. Kenapa nak sedih dan simpati pulak?

Ye memang sekarang dia dah solo, tapi aku nampak dia happy. Dia happy minum kopi dengan kawan-kawan, travel sana sini dengan kawan-kawan, tengok theater, tengok konsert, join marathon. She is pretty much enjoying herself. 

STIGMA masyarakat kita. Bercerai tu macam the end of the world. Status JANDA tu macam taboo sangat. Walaupun bercerai secara baik, walaupun dengan kerelaan dua-dua pihak, tapi masyarakat tetap pandang serong. 


I guess memang itu yang dia nak pun. KEBEBASAN. Mungkin dia tak sesuai dengan komitmen berumah tangga. Dia kawen dulu pun sebab mak dia dah suruh sebab usia dah lanjut (orang Melayu kalau tak kawen by the age of 30 dah dikira 'tak laku'). Again, stigma masyarakat yang membuatkan wanita macam takde pilihan to live their own life. 

Aku tak kata aku sokong perceraian. Aku setuju bahawa setiap masalah tu ade penyelesaiannya. So instead of getting divorce, why don't you talk up and settle out the problems with your relationship. Macam mana kamu boleh bercinta dulu, fikirkan. Dan aku juga faham perceraian itu halal tapi ia paling dibenci Allah. Setiap kali pasangan bercerai, bergegar tiang arasy.  

Pernah aku dengar cerita (aku tak sure ini hadis ke apa, aku bukan pakar agama) zaman nabi dulu. Ada seorang perempuanyang cantik jelita, dilihat dimaki dihina diherdik oleh suaminya. Bila ditanya kenapa dia hanya berdiam sahaja? Dia berkata "Allah kurniakan aku dengan nikmat wajah yang cantik jelita. Jika suamiku ini adalah dugaan buat diriku, maka aku aku terima dengan redha. Allah mahu menduga imanku dan aku bersyukur"

Tapi berapa ramai yang sanggup bersabar macam wanita tu? Tak, kita tak sekuat itu. Kalau tak melawan suami pun, dalam hati mesti dah caut maki berbakul-bakul.  Aku tak setuju if you stay married but not a single minute you are happy with it. Stay dalam perkahwinan just for the sake taknak kene kutuk dengan masyarakat. Aku tak stuju! Kenapa nak seksa diri untuk apa orang lain fikir. Biarlah dorang nak cakap apa sebab yang merasa kita. Orang mengata sekejap aja tapi kita yang terseksa seumur hidup ni untuk apa? Dari hidup berdosa menderhaka pada suami, baik bercerai secara baik dan live happily.

She is happy. Let her be. 


Tak semua yang dah kahwin itu bahagia.
Tak semua yang ada anak itu gembira.
Tak semua yang kaya itu cukup segala, 
Itu semua bukan tiket masuk syurga,
Jika mereka pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya
Sudah pasti mereka akan lebih bahagia di alam sana.

No comments:

Post a Comment