Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 6, 2017

Mak yang baik

I have this conversation with my bestfriend. Aku cakap dengan dia, aku tak suka la sejenis ibu bapa yang suka mengharap pada anak-anak, yang anggap anak sebagai pelaburan. Bila anak dah besar, anak-anak kena belikan itu ini untuk mak bapak sebagai membalas jasa. I really oppose that idea. Sejujurnya, benci la dengan ibu bapa yang macam ini. 

Iya mereka wujud. Trust me. I met few of them.

Kawan aku reply "tapi bukan memang anak-anak kena berbakti pada mak ayah ke?"

Iya, itu aku setuju. Tapiiii...berbakti biar ikhlas. Bukan kau terpaksa sebab mak bapak kau minta. Bagi kat mak bapak duit tiap-tiap bulan itu harus. Tapi kalau kau mampu bagi RM50 je sebulan, mak bapak kau minta RM200, itu aku tak setuju. 

Aku perhati spesis mak bapak begini, dorang rasa dorang dah banyak berkorban untuk anak-anak, apa salahnya bila dah tua, nak merasa anak pulak yang jaga dorang. Tapi dorang lupa yang macam mana dorang susah nak besarkan anak dorang dulu, macam tu juga la susahnya anak dorang nak besarkan cucu-cucu dorang pulak. Nak-nak dengan ekonomi sekarang yang semua benda pakai duit, susah. Ada pula yang spesis dia mewahkan anak-anak masa kecil, bila anak dia dah besar, dia harapkan layanan yang sama. Takkan dia sanggup belikan anak dia baju kat butik, anak dia belikan baju jalan TAR je untuk dia. Again, dia lupa yang anak dia struggle untuk hidup. 

Then, aku terjumpa post ni kat FB.





Ini yang aku maksudkan. The thing is, parents yang baik takkan minta balasan. Ibu bapa yang memahami takkan membebankan anak-anak.

Ini tidak, nak anak-anak masuk syurga, tapi sikit-sikit sentap dengan perangai anak. Anak tak call, sentap. Anak tak reply/komen whatsapp, sentap. Tahu kan ibu bapa yang terluka dengan perbuatan anak-anak ni, hidup anak-anaknya tak berkat, malah anaknya akan ke neraka? So sekarang ni, tak kira sebaik mana ilmu agama yang kau ajar pada anak kau, tapi sikit-sikit kau asyik sentap, masuk neraka juga anak tu. Siapa buat? Kau la. Ibu bapa dia.

So jadi parents ni kena ikhlas. Anak itu amanah Allah. Allah tak cakap anak itu pelaburan. Bila dah nama amanah, kau kena jaga je. Sila sedar diri.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment