Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 18, 2014

My baby can do what?

Last night before sleep, I had a talk with Amani.

Me: Amani, tadi kan Mama call Along (pengasuh Amani).

Amani: Ha.

Me: Mama cakap minggu depan Mama nak hantar Amani kat umah Along. Amani duduk ngan Along ye?

Amani: Oo.... Adik?

Me: Adik tak ikut, Amani sorang je. Nanti Amani boleh main dengan kawan-kawan.

Amani: Ok.

And last night, I look at her in a different way. That simple conversation makes me emotional again. She is barely 2 years...at such young age, she is able to understand and communicate well, ibu mana yang tak tersentuh hati. Soon enough, we are going to have a grown-up conversation plak. Oh my...Mama is having turmoil feeling inside!!!

Siapa kata budak-budak tak tahu apa-apa? Those parents who said that are plain stupid, I tell ya.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 16, 2014

Testimoni bukan promosi

Arini genap sebulan lepas aku bersalinkan Danial. Tadi ade checkup, Alhamdulillah both mummy and baby sihat-sihat aja.


Danial at 1month

Yang beriya nak update blog ni bukan apa, nak heboh yang after berpantang selama sebulan, aku dah dapat balik berat masa anak dara. Yabedabeduu!!!

Camne aku buat? Lets cekidaut.

1. Pantang makan
Aku berpantang ikut cara Melayu la. Lauk ruji nasi kosong, ikan bakar/ikan rebus/ikan singgang, sayur sawi/peria goreng kurang minyak...tu jela. Nak muntah ijau dah makan lauk yang sama. Sekali sekala ada makan lauk kari ikan, tapi aku perasan Danial jadi berak-berak bila aku makan kari so aku stop. After meal bila lapar, aku makan biskut cream cracker or roti. Bila teringin makan sesuatu, aku makan je tapi makan dalam kuantiti sikit sekadar ilangkan rasa teringin tu. Kiranya nak kata aku pantang sangat tak la..curi-curi jugak makan macam-macam tapi tak banyak.

2. Bengkung
Yang ni memang mak aku tekankan sangat. Mesti pakai bengkung, mesti! Lepas aku mandi, dia perhati je aku pakai ke tak bengkung. Sebelum pakai bengkung, sapu Krim Pati Halia Yusmira dulu. Bila dah bungkus ngan bengkung, panas je rasa perut. Itu kalau tak bakar lemak gak, sila bakar bengkung and pengasas Yusmira tersebut.

3. Supplement
Masa pantang anak pertama, aku makan Set Bersalin Air Mancur...Jawa mari. Ok je set tu tapi this time nak cuba mende lain plak so aku beli set Shaklee. (Sebenonye aku terpengaruh dengan iklannya yang penuh kat wall FB aku)


Aku tak beli ESP tu, sebab aku tak suka minum mende pelik-pelik ni.

Ini bukan promosi tapi hanya testimoni. Ape perasaan makan Shaklee? Takde perasaan. Hahaha... Aku rasa sama je macam makan jamu dulu. Nak kata lebih cergas, tak jugak.. Aku ni spesis kuat tido, petang-petang aku mesti tido. Malam-malam bila Danial nak susu, berat jugak nak bukak mata. Takde plak bila makan Shaklee ni tetibe rasa cergas sampai its ok tak tido..tak dapek!

Banyak tak susu? Pun aku rasa sama macam makan jamu dulu. Mungkin sebab aku tak amik full set and makan pun aku tak ikut recommended dosage, so takdelah meriah sangat macam testimoni orang lain. Cuma yang aku suka ialah Shaklee membantu pelawasan. Masa makan jamu dulu aku tetap kene sembelit, now takdak. So overall komen aku pasal Shaklee ialah...OK la. Hehe...

Ade 10 hari lagi nak abes pantang. Oih, tak sabo! Macam-macam nak makan ni. Lepas pantang kau tengok, dapat ke tidak aku maintain berat badan ni. Seriau tau...larikkk!!!

posted from Bloggeroid

Sunday, January 26, 2014

Emotional

While cuddling Amani to sleep..

En. Suami: Besar dah Amani..

Me: Dah jadi kakak pun dia..

En. Suami: Dulu kecik je dia. Sekarang nak kene panggil kakak pulak.

Me: Takpela..panggil je dia Amani. She's still our little baby..

Suddenly we both became so emotional.

Seriously...bila ada anak, memang terasa sangat perubahan hidup when you watch your children grow up before your eyes. How time flies...rasa cam baru semalam abes SPM, cam baru semalam grad Degree, cam baru semalam jumpa En. Suami and jatuh cinta..tup tup anak dah jadi anak dara. Sob sob...(amik tisu kesat air mata).



Oh time, please stop. Let her be my baby forever....

posted from Bloggeroid

I welcome you

Alhamdulillah. Thanks to Allah the Almighty, I welcome an additional member to my small family of three. Now we are four!


Aqil Danial bin Abdul Mutholib


Call me Danial

He was born on 16th January 2014 at 4.53pm at KPJ Kajang Specialist Hospital through natural birth. This time anak jadi orang Selangor pulak, Amani orang Johor.

Welcome to the world sayang. Doa Mama semoga Danial jadi anak yang soleh.

Ayah + Amani + Aqil = My forever love.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 12, 2014

Aktiviti ujung minggu yang hampeh

Tetibe rajin nak berbaking plak ujung minggu aritu. Teringat masa kecik-kecik penah buat marble kek yang sangat marveles, bawak balik kampung kejap je licin. So demi mengulangi kegemilangan tersebut, aku pun start le misi membuat marble kek.

Inilah hasilnya..tak menyelerakan pon kan.



Takdelah marveles sangat rasanya tapi sedap la. Resipi aku amik kat blog Mat Gebu tapi rupa tak macam Mat Gebu pun. Hampeh...

Gemar baking tapi tak gemar makan sangat. Sekadar rasa sepotong dua dah puas hati. Yang lebih suruh asben bawak gi ofis, kejap aje licin. Teori 1: kek tu memang sedap. Teori 2: kawan-kawan En.Suami bertekak buaya, telan je ape jua. Ok, kita amik teori 1 jela ye.

Adios.

posted from Bloggeroid