Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 10, 2014

Popia menu kegemaran

Ok, ni nak post pasal lagi satu menu kegemaran iaitu popia.

Kalau kat kedai tu ntah ape-ape je rasa, payah nak kene ngan taste aku. Ade yang nak jimat, pakai inti kobis je. Aku memang cukup tak berkenan yang itu.

Popia ni simple gile nak buat, so why not aku try buat sendiri. Cam biasa call Pn.Along yang terer masak itu untuk confirmkan resipi. Aku rajin tolong dia buat popia ni tapi tang menggulung je, tang masak inti dia la buat.


Inti kegemaran - lobak, sengkuang dan tauge. Tak dan nak potong nipis-nipis, masa terhad. Sebelum budak kecik tu nanges, aku sagat je semua, abes cite. Masuk perut jadi taik gak, muakakaka!! Tumbuk bawang merah, bawang putih and ikan bilis / udang kering hingga hancur lumat, tumis ngan bahan-bahan ni. Tumis sampai air kering. Jangan sampai hangit sudah.


Gulung-gulung. Dapat la banyak ni je sebab aku memang bajet buat sikit je. Tak sedap kalu sape nak abeskan?


Goreng hingga keperangan. Aku malas buat sos, aku cicah aje ngan sos cili Thai, sedap juge.

Untuk first trial ni En.Suami cakap sedap. Alhamdulillah..cuma masin sikit je katanya. Kalau anak dara masak masin orang kata dah nak kahwin, kalau mak orang yang masak masin? Tandanya garam tu garam yang berkualiti tinggi, lenkali takyah letak banyak-banyak. Muahahaha!!!
posted from Bloggeroid

My baby can do what?

Skang ni my baby can do what ni bukan cite pasal Amani je tapi nak cite pasal Danial jugak.

At 10 weeks Danial dah pandai senyum.





Adoyai...camne la Mama nak pergi kerja ni sayang? I'm going to miss you, I swear.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 3, 2014

Puding sejuk dan cuaca panas

Panas betul cuaca akhir-akhir ni. Memang selalu hujan tapi sebelum dartang hujan tu, panasnya ya ampunnn.

Tekak pun terasa nak makan mende yang manis and sejuk-sejuk je. Tapi aku kan tak pandai masak, so kene la cari idea masak yang simple-simple aje. Tertengok mainan Amani iaitu sweet corn, terus dapat idea nak buat puding jagung. Terus call Pn.Along sebab dia memang pakar buat resipi ni.



Resipi puding:
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
1 senduk makan tepung kastard
1 senduk makan gula (ikut suka nak manis mana)
3 mug air

Resipi kuah:
1/4 tin susu cair
2 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar jagung

Campur semua bahan puding di atas dalam periuk, and masak sampai pekat, likat, berkilat dan keluar buih-buih macam letusan gunung berapi. Hati-hati bila dah likat, puding tu melekat kat kuali so kene kacau selalu. Lenguh sikit la tangan. I found that masak dalam non-stick pan senang sikit, puding tak melekat. Kuah pun sama, campur je semua and masak sikit sampai takla cair sangat. Dah masak tu, pindah dalam bekas, simpan dalam fridge, and makan masa sejuk. Bak kata orang Sarawak, nyamannnn....

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 2, 2014

Laki camtu pun ade peminat??

I got disturbed after baca blog retis beautifulnara tadi. Really really disturbed.

Aku bukan peminat sangat dunia artis ni, especially dunia hiburan tempatan. Bak kata En. Ayah "artis malaysia ni bukan laku sangat. Nak harapkan rupa tak seberapa, bakat pun ntah pape. Harapkan gosip jela nak popular". Well, I can't agree more.

Tapi aku follow kes Rita Rudaini ngan Aidil Zaquan. Ekceli, aku minat gak Rita ni, muke cantik, berlakon pun pandai. Bila dia kahwin ngan Aidil yang umur jauh gila lebih muda dari dia, football player je lak tu, aku pelik gak, muka cantik cam dia patut dapat kerabat dowh. Tapi bila baca kesungguhan Aidil nak dapatkan dia sampai sanggup nikah kat Thailand, aku faham la jugak. Hati pompuan mana tak berbunga kalau ada orang muda yang hensem beriya-iya nak kat kita. Unless mata kau buta atau kau lesbian je kau akan tolak.

Tapi itu duluuuuu....masa mula-mula bercinta. Lepas taknak kat Rita, tinggalkan Rita camtu je. Tak bagi nafkah tak bagi apa. Dah tu ada hati pulak nak tuntut Rita balik taat pada dia padahal dia yang lari tinggalkan Rita dengan anak-anak. Memang tak boleh blah bila Rita cakap dia tak pernah pun pindah rumah tapi Aidil cakap dia tak tahu Rita kat mana. Camno tu?

Now Aidil dah kahwin lain. Kemain grand majlisnya. Wartawan tanya Rita tak sedih ke? Rita jawab kenapa dia nak sedih, dia dah lalui yang lebih teruk...ditinggalkan masa anak sulung masih kecil dan sedang mengandungkan anak kedua, apa lagi yang lebih teruk dari tu? Air mata dia dah kering.

Oh my oh my...inilah yang menganggu fikiran aku. Aku dulu kan kira single mother jugak, husband bertugas luar so terpaksa jaga anak sorang-sorang, aku faham sangat macam mana rasanya. Tak mudah ye, memang tak mudah. Jangan cakap "oh, setiap ibu memang diberi kekuatan dari Allah". No no, this is another story. Whatever pun hati perempuan ni fragile, dan kuderat kita tak sama macam lelaki. Bukan senang nak tempuh semuanya seorang diri. Especially artis macam Rita yang jadual kerjayanya tak menentu. Oh, I just can't imagine!!

Yang aku tak faham sangat sekarang ni, ade jugak orang nak kat laki cam Aidil tu yek. Dah terang-terang kat situ dia bukan calon suami yang baik, lelaki yang tak bertanggungjawab dan ayah yang tak penyayang. Nah, lengkap pakej lelaki yang harus dielakkan. Yet, ade orang nak.

Tak kisahlah kalau Rita sebenarnya yang bersalah dalam kes rumahtangga dorang, tapi kalau betul Aidil lelaki yang baik, dia takkan tinggalkan bini dia dengan anak yang masih kecil dan tengah mengandung! Dulu kau kahwin dengan dia atas dasar ape ek? Tergamak kau buat dia macam tu. Yet, ada orang nak kat dia.

Mungkin sebab Aidil sekarang main dengan JDT kot, depa bayar dia mahal wooo...mashyukkkk... Tapi takkan sebab duit sanggup tolak yang lain-lain tu? Football player ni sampai bila je pun kayanya? Bukan boleh selamanya main bola. Yet, ada orang nak.

Hisy, tak faham la aku. Sumpah tak faham!!
posted from Bloggeroid

Monday, March 31, 2014

Animax Carnival

Last weekend I had the opportunity to go to the long-waited event...the Animax Carnival 2014! I heard bout this event dah lama, sebab tu dia jadi 'long-waited event'.

Aku memang peminat manga (ada orang tanya ke?? Sibuk nak declare). Bukanlah peminat tegar pun, takde pun aku kumpul komik, tapi aku suka la baca bila ada masa lapang. Sekarang kan dah canggih, baca aje komik online. Nak tengok video anime pun boleh, pergi aje kat youtube.

Lets cekidaut apa yang ada kat Animax Carnival ni.


Photo booth.


Kumpul 'cop' untuk peluang menang lucky draw.


Game booths.


Haa..game ni je aku menang. Senang je, ketuk-ketuk je jangan kasi tumbang.


Ada event kot atas stage ni tapi aku datang dah lewat, apa pun takde. Nampak tak 'mende' pelik sebelah aku tu? Ha tu peserta cosplay competition. Ntah watak ape dia tiru, taktau plak aku.


Art gallery. Ni kalau time muda mudi dulu, dah aku beli poster ni tampal kat bilik. Kawaiiii...

Highlight of the event is Cosplay Competition sebenarnya tapi aku pergi dah lewat, peserta semua dah balik. Ada few yang still berlegar kat Midvalley tu, dapat la aku tengok. Yang aku cam watak Naruto and Luffy (One Piece) je. Gigih dowh bebudak ni meniru gaya watak komik, kagum aku. Mesti mahal nak beli kostum pepelik tu.

Event ni takde pape pon, tak pergi pun tak terkilan. This event is limited to Animax's anime je. Kalau betul-betul nak tengok kegilaan komik, ada Manga Festival yang diadakan setiap tahun kat Low Yat. Exact date aku tak sure. Yang ini, sume tok nenek komik ade, and eventnye lebih gempak, booth lagi banyak, siap jemput artis voice-of watak katun tu lagi. Aku tengok kat tenet jela, tak pernah pergi sebab tak kuasek nak redah sesak kat Low Yat tu.

Pape pun, seronok la jugak dapat cuci mata. Bukan selalu dapat tengok alien mendarat kat bumi kan. Hohoho.
posted from Bloggeroid