Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

Dulu masa kecik-kecik...

Dulu masa kecik-kecik, ak ade sorang kawan baik. Memang baik la ngan dia. Petang-petang mesti kayuh beskal keliling taman sama-sama, gi skolah pon sama-sama. Nama dia Julissa.

Ade 1 lagi peragai tak senonoh kitorg bersama ialah berangan. Topik paling kitorang ske ialah pasal kawen. Ala, buda-budak kecik kan memang suke berangan pasal kawen ni....

Ju ske kahwin bawah pedang. Itu memang impian dia. Siap cakap "Dah besar nanti ak nak cari pakwe Kapten, leh kawen bawah pedang".



Ak pulak ske back-to-nature cancept. Ak impikan perkahwinan tepi pantai or garden wedding. Ak punye berangan over sket "Dah besar nanti kalau ade duit ak nak kawen kat oversea. Tapi kalau tak dapat, Cherating tu pon jadi la..."




Ju, mana kau...Ko tau tak ak dah nak kawen. Ak ade banyak mende nak cerita kat ko. Mesti seronok bercerita dengan ko, ko mesti faham perasaan ak..Ni impian kite sejak kecik..

Ak rindu sangat kat ko....

P/S: Special thanks to Miss Yana and Mama Su sebab banyak tolong ak..love u always dear friends.

Friday, December 24, 2010

Kuih Shrek versi 2

Arini ak bosan so ak update blog ak banyak-banyak. Layannn...zasss....

OK, frankly, ak sangat sokong kalau ade pengusaha yang kreatif ingin melakukan improvisasi terhadap produk diorang. Bagusla, baru boleh bawak produk tempatan ke pasaran antarabangsa kan.

But, itu pun, IF AND ONLY IF, improvisasi itu adalah ke arah kebaikan, ke arah kemajuan. Kalau improvisai itu dah mencarut, ini boleh menimbulkan kemarahan. Contohnye macam tapai yang ak jumpa kat bawah ni....

Tapai Pulut Sarimah

Packaging sangat menarik, sangat kiut. Penggunaan nama company pada plastik tu leh jadi marketing approach skali, brilliant! Rasa leh tahan, rasa tapai yang manis cume terlebih asidic, tapi mungkin ade orang lain yang suke. Cume persoalannya di sini ialah tapai berwarna HIJAU? APAKAH????

Banyak sangat tengok cerita Shrek la ak ingat makcik Sarimah ni. Haisy!

Merry Xmas Hohoho!!

25th December every year is well known for a famous celebration that is Christmas. Christmas is a celebration for Christian devoters. As the world become unity, Christmas now is celebrated by all as symbol of harmony.

My company is not exempted from celebrating this celebration. My company organizes "Christmas Decoration Contest" which department with the most creative and beautiful decoration will be rewarded. The theme is Chrismas of course. Below are pictures of my office in relation to the contest. Cantik tak cantik korang judge le sendiri!

Learning Department. Tema: Santa Claus sayang kitorang, kitorg dpt banyak adiah.

Department ape ntah ni, lupe.. siap ade lampu lip-lap lip-lap lagi.

Pokok krismas in da haouse. Korang ade??

Learning Department pasrt 2

Comp&Ben Department. Tema: Winter Sonata

Comp&Ben part 2

Hadiah dari bos. Best best.

Cantik? Tetiba je ade salji di Malaysia uolss. Dengan pokok Krismas segala. Ade team lain yang letak perkataan "Merry Christmas" besar-besaran kat tiang dengan lampu kelip-kelip segala. Cantik le juge kalau simple tapi kalau dah banyak-banyak camni semak ok kepala ak!

Thursday, December 23, 2010

Double surprises!!

Rabu aritu Mr.Perfect buat hal lagi.

"Sayang, abang on the way nak gi jumpa sayang"

"Ha?? Biar betol? Abang tipu sayang kan.."

"Betol la, abang tak tipu.."

Ha'ah, memang dia tak tipu pon. Memang betol dia datang. Surprise sangat okeh!

Tapi masalahnye ari Rabu tu ak kerja. Ak mintak kat bos to work from home. Ak pon keluar la dating ngan Mr.Perfect. Dah nama pon work from home, bukannye leave, so waima dating skalik pon ak tetap la harus buat kerja. Dating sambil buat kerja, bunyinye sangat menarik bukan?

Muke happy time amik gambo

Muke bosan kene teman ak buat kerja. Hahahaha....cian no!

Lepas ak siap buat kerja, turn ak plak teman dia. Pergi pusat game dalam mall tu, Mr.Perfect tros beli token. Memang expertise Mr.Perfect main mende alah ni. Ak? Hoh, tak payah le ak main. Tak sampai 5 saat dah kalah. Hohoho!

Mr.Perfect lawan ngan budak gemuk seblah tu.

Gaya seorang pakar. Caiyok abang!

Set pertama Mr.Perfect menang, set kedua dia kalah. Adat pertandingan la tu kan..

Ingat nak dating sampai malam tapi masuk petang tu ak dah tak sedap badan. Sekali ak demam da....Pape pon sempat la makan malan ngan dia sebelum dia balik rumah malam tu.

Begitu jela kisah dating kami. Dia surprise kat ak, ak pon surprise kat dia. Dahla jumpa sebulan sekali, dating pon kene hadap kerja. Apo nak buek, janji jumpo, syukur yo la kan....

Tuesday, December 21, 2010

Mengata dulang paku serpih

Ak tak pernah cerita kat korang pasal mende ni kan. Macamla korang nak tau sangat pon kan. Tapi kali ni ak nak cerita la jugak sebab kalau ak tak cerita nanti cerita yan bakal ak cerita ni tak masuk pemahaman korang. (Ayat ape ak guna ni??)


Tanggal January 1, 2011 nanti ak nak bertunang.



Majlis ak ni simple je beb. Takde de pelamin segala macam majlis tunang orang-orang kaya sekarang ni. Perlu ditekankan kat situ ye.."Orang kaya". Ak buat ala kadar je, janji bertunang. Nak ikut adat kan.. Adat suruh bertunang. Tapi adat tak cakap bertunang kene ade pelamin. Ade? Ade? Takde.....



Makeup pon ak suruh kakak ak je yang makeup kan. Senang sebab kot yang nak solek ak pak andam, dah batal plak air semayang. Murah pun murah sebab pakai je makeup ak yang seberapa ada tu je. Ala, tunang je pun......

Ak happy je dengan arrangement event ni so far.

Tapiiiiiiiiiii.........yang ak nak highlight kat sini ialah ade le sorang makcik ak ni dok tanye kat ak.

"Persiapan dah siap Farah?"

"Dah"

"Pelamin kaler ape?"

"Takde pelamin. Duduk atas kerusi je"

"Eee...jangan la kedekut sangat Farah!"

Haaaaa.......ni yang sei tak bokonan (berkenan). Ape kaitan pelamin ngan kedekut? Adakah dengan membuat pelamin itu ak dikatakan pemurah. Dan persoalan yang lebih penting, ak kah yang bertunang, atau makcik itu kah???

Ak bukan kedekut okeh! Cume duit ak tak berkepuk je dalam bank. Ok, forget bout money. Even if I have RM100k pon dalam bank, ak rasa ak tak perlu bazirkan saving ak untuk majlis tunang ak tu. Duit tu baik ak gunakan untuk berbulan madu di oversea, or beli set home theatre beserta TV plasma ala-ala besar panggung wayang selepas kawen nanti. Ak tak kedekut, tapi ak selfish, boleh?????

Ko senang la cakap makcik, anak-anak ko kecik lagi.Ak nakkkk tengok bile anak-anak ko besar nanti, grand ke tidak majlis tunang anak ko. Masa tu jangan ko nak cakap "Ala, anak acik anak laki" Jantan ke, betina ke, memang ak ready je nak pulangkan paku buah keras kat ko kalau majlis ko tu simple.

Nak tegur ak kedekut, hutang ko kat bapak ak dah habis bayar?? Raodtax kereta ko dah renew?? Mind you own business first boleh?!

Caiss!!

Thursday, December 16, 2010

Sudah jatuh di timpa tangga

Arini macam-macam mende buruk berlaku kat ak.

Ak pasrah, ak redha. Ak sanggup lalui semuanya. Ak redha dengan dugaan-Nya.

Cuma...yang satu ni je yang ak tak mampu. Ak tak mampu kehilangan dia....

Abang, please forgive me. Sayang tak mau lalui hari-hari tanpa abang.

Call me weak, kutuk la ak, ak tak kisah. Ini ape yang ak rasa. Ak bercinta bukan main-main, not with him. My love for him is for eternity.

Maafkan sayang ye...I miss you already...

Wednesday, December 15, 2010

Lawak ari ini

Kat opis ak ade sorang budak France. Orang France ni memang terkenal ngan loghat dia. So sebutan English dia a bit funny. Dari segi grammar mungkin perfect tapi dari segi pronounciation, ko kene mintak dia ulang 2-3 kali baru leh faham.

Contohnye perkataan 'work' dia akan sebut 'wok'. Walk pon dia akan sebut 'wok'. So pandai-pandai ko la tangkap ape yang dia cakap.

Pagi ni dengan baik hatinye dia offer ak gula-gula.

"Faghah (Farah), do you want to try this? This is from my hometown"

Ak pon amik. Tapi sebelum makan ak tanye dulu.

"How does it taste?"

"Oh, its lycoris and horny (honney)"

Ok, ak nak tergelak. Tapi ak tahan.

Gilerr ah...kirenye kalau nak order honney kat France camni la ye..

"I want horney....make it 10!"

Hahahahaha!!!!

Monday, December 13, 2010

Dapat anak buah baru....

Tak tak, kakak ak x bersalin lagi.

Ni kire anak buah angkat la. Walaupun takde pertabalan rasmi, ak tak kire, nak gak cakap cmtu.

Ni la geng ak..from left Wani, Yana, Izah, Fairuz and Yani. Tu cikgu 'kesayangan' kitorg. Sayang la sangatttt...wekk wekk...

Fairuz adelah pemecah rekod geng ktorg sebagai "Orang pertama yang
kawen dulu" Dia kawen dalam last year.

So this year, product dari perkahwinan itu ialah a baby girl!! Tahniah Fairuz sebab berjaya lahirkan bayi yang comel bernama Riana Melissa ini.


Riana Melissa


Moga berjaya melalui tempoh berpantang. Abes la ko tak dapat makan ayam, kesiannn...nganganga.

Lepas ni sape plak nk beranak? Mungkin Fairuz lagi? Atau mungkin ak? Tetttt...Farah, sila berhenti berangan.

Rambut panjang nak mampos!

On the way nak balik semalam. sempat singgah kat Seremban untuk tengok wayang. Ingat nak tengok kat TGV Jusco Seremban 2 tapi Jusco penuh gile orang, tros pergi MBO kat Terminal Seremban 2. Ingat nak tengok Ngangkung or Hantu Mak Limah Balik Rumah tapi takde plak kat MBO tu, yang ade cuma cerita Rapunzel: A Tangled Tale. Ape lagi...layannn...zassss....

The poster


Menara tempat Rapunzel kene kurung

'Mak' Rapunzel yang jahat

Panjang gile lak rambut. Kot ak ade rambut camni mesti orang lari kan?

Romantic scene between Rapunzel and Eugene. I likkkeeee!!!

Sape pernah baca buku cerita Rapunzel masa kecik-kecik dulu mesti tak heran dah dengan cerita ni.

Tapiii...cerita ni masih harus ditonton sebab cerita ni sangat menarik. Movie ni ala-ala musical jugak sebab banyak nyanyi-nyanyi. Walaupun hanya cerita kartun, tapi full dengan scene-scene yang dramatik, action, mendebarkan dan lucu. Memang leh gelak-gelak dalam panggung. Sesape yang berjiwa lembut tu, silap-silap leh nanges jugak.

Quality cerita ni saaaaaangaaatttt cantik! Memang lukisannye in detail la. Selain tu penggunaan warna-warna yang ceria dan strong membuatkan penonton 'cuci mata'.

Ak bagi 4 popocorn untuk cerita ni! Ske ske! Itu pendapat ak la kan, pendapat Mr.Perfect:

"Awak ni suke sangat tengok cerita kartun"

Haaa.....mungkin itu jugak sebabnye nape ak leh bagi sampai 4 popcorn kat cerita ni. Kot korang tak stuju, lantak korang le. Hahahhaha....

Friday, December 10, 2010

Ayoyo...

Las week, Awal Muharram falls on Tuesday. I took leave on Monday. That makes me entitled for 4days leave. Heaven.....

Got a message from my mom;

"Weekend ni teman mak pergi Kuantan ye, ade wedding"

So I spent Saturday and Sunday at Kuantan. Drove all the way from Selangor-Negeri Sembilan-Kuantan. My sister drove on the way back from Kuantan to N.Sembilan. I continued driving to Selangor. Said 3/4 of the journey is on me.

On Monday, got a message from my cousin;

"Uit, tak balik kampung?"

"Tak"

"Aphal? Selangor keje ek ari Selasa?"

"Tak la, sibuk buat hantaran"

So, that was it. I spend the Monday doing my hantaran. Alhamdulillah dah siap. Thou I was just staying at home, I feel really tired. Making hantaran is tiring you know...every inch need to be in detail.

On Tuesday I went for shopping that I bought the Nenek Lapo. Penat dowh meround 1 Jalan TAR and SOGO. Got home after that, took a bath, immediately started with ironing the clothes to wear to office-4sets for 4 days.

Hope this week I can have some rest. But then, received a message from my mom again;

"Jumaat ni gi Melaka eh? Ade Family Day, mak dah book bilik untuk adik. Lepas tu baru balik Segamat pergi wedding Kak Linda"

Haaaa????

Another tiring weekend.

Wednesday, December 8, 2010

Nenek lapo....

Year End Sale dah start ye uolss, jangan tak tau. Kalau tak shopping time ni, rasa macam gatal yang tak digaru plak. Menggelitat abes! Shopping Kak Kiah oi, jangan tak shopping. Shopping la waima spende 3helai pon.

Weekend ritu, nak ikutkan kakak yang merajuk, ak terpaksa la menjejakkan kaki ke ibu kota. Destinasi~~ of course jalan TAR! Pusing punye pusing, 1 mende pon ak tak beli. Sukses! Kakak ak pun xde la shopping sangat. Sekadar beli buah nangka sepeket and kerepek kat nenek yang menjual kat kaki lima tu. Macam tak logik je pergi Jalan TAR sekadar nak beli nangka and kerepek kan? Ade ak kisah????

Tapi kan....menjelang malam tu, terrrrrlalu plak kat SOGO. Cantik je SOGO malam-malam, bercahaya je. Lebih-lebih lagi nak Krismas ni kan, tempting sungguh! Ak pun terrrrrjejak kaki dalam SOGO.

Kot sape pernah gi SOGO tau la, masuk-masuk je akan jumpa counter perfume dulu. Ak pun gatal-gatal la tengok packaging perfume tu kan. Cantiknye la....harga pon bes sungguh! YES la katekan, memang cut down harga la...set perfume siap body lotion and shower gel less than rm300. Kot beli dapat plak free beg. Wow!

Ak pun try la setiap perfume yang ade. Sakit idung tapi tak kisah, gagah singgah setiap kaunter. Ujung-ujung ak beli perfume ni...



Nanette Lepore by Elizabeth Arden


Ak xtau la kot korang memang familiar dengan perfume ni tapi ak tak pernah dengar. Ak beli sebab botol dia cantik, boleh?? Hahaha!!


Malam tu kakak ak lagi sorang kol.


Akak: Tengah watpe?


Ak: Baru balik dri Sogo.


Akak: Beli ape?


Ak: Perfume


Akak: Jenama?


Ak: Nenek lapo (Nannete Lepore)


Akak: Haaa..???? Jenama ape tu????

Gasak ko la Farah..........hahahahaha!!!

Friday, December 3, 2010

Ipoh mali!

Alhamdulillah, jadi jugak trip ak ke Ipoh. Seronok gilerrrrrrrrrrrr!!!! Seronok sebab dapat jumpa Mr.Perfect, or seronok dapat jalan-jalan? Mane-mane la. Pointnye memang seronok gilerrrrr!!!

Train Sinaran Pagi menuju ke Ipoh
Departure time: 8.05am from KL Sentral
Fee: RM22

Mamat seblah ak. 2x tengok macam alien pon ade. Nasib baik x berdengkur..

Ekspress Sinaran Pagi (left), ETS (right). Nampak dah buruknye train KTMB lama tu kan.

Stesen Ipoh. Yahuuu!!!

Monorail Cafe. Cam kiut je kan...

Lunch @ Restoren Tasik Raban.
Location: Near to stadium and Balai Bomba

Host baru Jalan-jalan Cari Makan.

Menu 1

Menu 2

Komen: Sedap giler ok makanan kat restoren ni. Memang ak rekomen abes-abesan la.

Kelli's Castle, Batu Gajah
Entrance fee: RM4




From guest room level 2


Ketua kampung meninjau kawasan


Tak gayat pon....

Komen: Memang cantik sangat kalau nak buat photo shoot. Kalau India ade Taj Mahal, kita ade Kellie Castle.

Night stall beside Dataran Ipoh

Komen: Kene pilih gerai yang betul. Tersilap pilih gerai dapat makanan yang tak sedap. Menu popular kat sini ialah Char Kuey Teow.

"Gerbang Malam" Open night only.
Location: Beside Bank Simpanan Nasional

Handbags for girls

Ed Hardy for boys..

Komen: Ala-ala downtown and uptown kat KL. Sesuai kalau nk shopping secara berjimat cermat.

Lost World of Tambun

Entrance fee

Sneek preview inside of the theme park

Lost World of Tambun gift shop

Komen: Tak masuk pon waterworld ni so xleh nk komen. Hehehe

Finally!!
Location: Gua Tempurung, Gopeng

Berjalan-jalan di taman sebelah pintu masuk Gua Tempurung sementara tunggu giliran masuk. Nak masuk kene ikut time sebab kene ikut rombongan. Tak leh masuk sorang-sorang. Akan ade guide yang bawak masuk gua ni.


Packages available at Gua Tempurung. I choose the 1st package.

Ni bukan pintu masuk ok. Replika je.

Komen: Walaupun bayar mahal tapi berbaloi sebab ade guide. Guide tu akan bagi penerangan sedikit sebanyak tentang gua ni. Lokasi menarik utk menjana minda meneka bentuk-bentuk stalagmit and stalagtit yang menyerupai naga, KFC, orang tua, beruk bawak kereta. Pandai-pandai la korang teka.

Electronic Train Services-ETS
Departure time: 6.30pm from Ipoh to KL Sentral
Fee: RM30

Memang puas hati la trip kali ni. Next time pergi jalan-jalan belah utara Ipoh plak. Heee....