Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 21, 2010

Mengata dulang paku serpih

Ak tak pernah cerita kat korang pasal mende ni kan. Macamla korang nak tau sangat pon kan. Tapi kali ni ak nak cerita la jugak sebab kalau ak tak cerita nanti cerita yan bakal ak cerita ni tak masuk pemahaman korang. (Ayat ape ak guna ni??)


Tanggal January 1, 2011 nanti ak nak bertunang.



Majlis ak ni simple je beb. Takde de pelamin segala macam majlis tunang orang-orang kaya sekarang ni. Perlu ditekankan kat situ ye.."Orang kaya". Ak buat ala kadar je, janji bertunang. Nak ikut adat kan.. Adat suruh bertunang. Tapi adat tak cakap bertunang kene ade pelamin. Ade? Ade? Takde.....



Makeup pon ak suruh kakak ak je yang makeup kan. Senang sebab kot yang nak solek ak pak andam, dah batal plak air semayang. Murah pun murah sebab pakai je makeup ak yang seberapa ada tu je. Ala, tunang je pun......

Ak happy je dengan arrangement event ni so far.

Tapiiiiiiiiiii.........yang ak nak highlight kat sini ialah ade le sorang makcik ak ni dok tanye kat ak.

"Persiapan dah siap Farah?"

"Dah"

"Pelamin kaler ape?"

"Takde pelamin. Duduk atas kerusi je"

"Eee...jangan la kedekut sangat Farah!"

Haaaaa.......ni yang sei tak bokonan (berkenan). Ape kaitan pelamin ngan kedekut? Adakah dengan membuat pelamin itu ak dikatakan pemurah. Dan persoalan yang lebih penting, ak kah yang bertunang, atau makcik itu kah???

Ak bukan kedekut okeh! Cume duit ak tak berkepuk je dalam bank. Ok, forget bout money. Even if I have RM100k pon dalam bank, ak rasa ak tak perlu bazirkan saving ak untuk majlis tunang ak tu. Duit tu baik ak gunakan untuk berbulan madu di oversea, or beli set home theatre beserta TV plasma ala-ala besar panggung wayang selepas kawen nanti. Ak tak kedekut, tapi ak selfish, boleh?????

Ko senang la cakap makcik, anak-anak ko kecik lagi.Ak nakkkk tengok bile anak-anak ko besar nanti, grand ke tidak majlis tunang anak ko. Masa tu jangan ko nak cakap "Ala, anak acik anak laki" Jantan ke, betina ke, memang ak ready je nak pulangkan paku buah keras kat ko kalau majlis ko tu simple.

Nak tegur ak kedekut, hutang ko kat bapak ak dah habis bayar?? Raodtax kereta ko dah renew?? Mind you own business first boleh?!

Caiss!!

No comments:

Post a Comment