Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 16, 2012

Bukan salah ibu mengandung

Time ak pregnant ni la kan, ak perasan orang suke bercakap ikut suke anak tekak dorang nak cakap ape dorang suke. Tak fikir perasaan si penerima, tak fikir hukum hakam, tak fikir qada qadar, tak fikir kuasa Allah.

Pertama
One thing, if ko pregnant, ko akan dengar cerita yang buruk-buruk je. People will start with 1 sentence of good point, and 100 of bad points.

Contoh: Pregnant ni best.. (1 good point). TAPI nanti bila nak bersalin, sakit sangat (ting! 1 bad point). Doc pulak main suka-suka je seluk bawah kita tu (ting! 2nd bad point). Nak menyusu tu susah, dah berusaha macam-macam pun susu taknak keluar (ting! another bad point). Jangan harap la nak tido lena, lat 2jam anak menangis mintak susu (ting!). Sampai sakit la puting ni asik nak menyusu je (ting!). Makan salah sket nanti bentan (ting!). Bla bla bla....sampai buat ko rasa nak bunuh diri je fikir semua tu.

Kejam siottt....apsal la nak bagi penderaan mental dan emosi pada si ibu tu. Ok, nak suruh ibu tu get ready kununnye. Oh come on! Mende ni kita takkan tau selagi kita tak rasa. Ak suka kawan ak Puan Z. Dia punye pendekatan lembut sikit. Dia advise ak ape barang yang perlu ak prepare. Bagi tips camne nak banyakkan susu, camne nak bagi susu tu keluar. Sumenye advise secara lembut, takde pun nak cerita mende yang ngeri-ngeri ni. Baru la ak boleh bayangkan secara logik, bukan secara trauma!

Kedua
Orang suke salahkan ibu kalau pape terjadi kat anak tu. Mende ni akan terjadi sebelum and selepas anak tu lahir.

Sebelum: "Haa...ko benci la orang tu sangat-sangat, nanti muke anak kau sebijik cam muke orang tu!" "Haaa...makan la kicap banyak-banyak, nanti anak jadi itam!" "Jangan kasi laki kau gi memancing, nanti anak mulut robek!"

Selepas: "Ni anak asik meleleh air liur ni, ade mende yang ko mengidam tapi ko tak cari ke?" "Ko ni masa pregnant banyak sangat makan coklat, tu pasal anak kau terlebih aktif"

Dowwwhhh...semuanya salah ibu mengandung kan? Anak aktif salah, anak lembik pun salah. Suke-suke je nak cakap muka anak ak nanti jadi muka orang lain kan, dah tu mana datang gene ak and laki ak? Ape kaitan memancing ngan mulut anak robek? Nelayan kat laut tu takde pun anak depa mulut robek-robek semua. Yang ade anak sumbing tu pun, blom tentu laki dia pergi memancing masa dia mengandung. Apa salahnye memancing dapat ikan rezeki untuk keluarga?

Ikut sedapppp mulut je nak cakap ape pun kan. Ak tau la pointnye is to make the mother behave, beri pengajaran yang baik untuk anak sejak dalam perut lagi. Tapi kalau dah hari-hari ko dengar orang cakap camtu, stress tau! Seolah-olah kita tak sayangkan anak bila kita buat semua mende yang 'tak boleh' dibuat tu.

Tak baik tau... Kita mengandung ni bukan suka-suki bawak anak dalam perut, cukup 9 bulan keluarkan. Tiap-tiap malam berdoa anak tu sihat, sempurna sifat, jadi anak yang soleh solehah. Siap doa kalau perlu pilih, biarlah Allah pilih anak tu untuk hidup, si ibu sanggup berkorban. Penat letih macam mana pun, pergi kerja jugak hari-hari untuk cari duit untuk sambut kelahiran anak tu. Takkan semua tu Allah tak amik kira. Orang cakap doa ibu la paling berkat, terus naik ke langit. Dah tu mana datangnye 'anak mulut robek sebab suami pergi memancing'? Macam kan doa ibu tu takde nilai.

Yang mana ak rasa nak ikut tu ak ikut, yang mana ak rasa tak logik tu, ak buat bodo je... Bukan tak sayang anak, tapi ak percaya pada qada' dan qadar Allah. Ak percaya doa yang ikhlas akan diterima. Anak putih ke, anak hitam ke, anak kite jugak. Itam tu pun tak semestinye x elok. Naomi Campbell tu siap jadi supermodel lagi, ape ade hal??

Tu pasal ak lebih suke silence je pasal pregnancy ak ni. Orang tanye ak jawab. Ak malas nak bertanya, kang macam-macam lagi cite seram ak kene dengar. Letih!!

No comments:

Post a Comment