Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 16, 2012

Sakit dan Ombak Rindu

Aritu tak berapa nak sihat. Dari pagi perut bloating, asik kentut-kentut je. Pastu sakit perut asik nak singgah toilet. Dalam masa sejam pergi toilet 2kali. Camno tuh? Dah tu apo laie, MC jela..

Sementara ak bertukar menjadi tunggul kayu menunggu turn kat klinik tu, En. Suami pergi masuk mall, beli barang. Tup-tup dia balik bawak CD Ombak Rindu. Pergghh...ak memang suke btol dapat suami yang prihatin tau. Orang sakit memang kene entertained kalau tak makin sakit. Sampai umah, bawak kua bantal ke ruang tamu, landing depan tv sambil layan cite Ombak Rindu ni...


Wawawa...memang syiokk la ini cerita. Sakit perut pun ak sanggup hold pergi toilet sebab khusyuk sangat tengok cerita ni. Nak-nak ade suami kat sebelah kan, lagi la layannn... Sambil Izzah feeling-feeling peluk Haris, ak pun feeling-feeling peluk En. Suami. En. Suami je yang takde feeling peluk ak sebab terlalu khusyuk tengok Maya Karin. Oh, ak pasrah....

Sepanjang cerita ak tak rasa pon nak nanges, tak seperti komen penonton-penonton Ombak Rindu yang lain, siap suruh bawak baldi nak lap air mata segala. Tapiiii....ak memang rasa nak nanges teresak-esak time Izzah hampir keguguran, tapi selamat. Dia cakap takpela Haris buang dia asalkan dia dapat kandungkan zuriat Haris bukti cinta dia pada Haris. Waaa....!!! Syahdunyeeee...!!!!

Ya ya, memang itu la impian semua isteri pun, dapat lahirkan zuriat untuk suami. Dan ak bersyukur kerana diberi peluang itu. Alhamdulillah...
Ombak Rindu versi filem.

Ombak Rindu versi ak dan En. Suami. Ngehngeh...

Memang teruk la cirit-birit ak kali ni, mau makan 4-5 hari. Sampai nak makan pon rasa fobia. Doc tak kasi ubat banyak, dia kasi 1 je, ubat Smecta ni. Kene campur ngan air then minum. Rasanye nauzubillah.....ak rela menahan sakit perut dari kene makan ubat ni. Ak tak sanggup!!!!


 
Ade opismate tanya kenapa ak tak datang opis, ak cakap le ak cirit birit. This kakak yang dah ada anak 4, dia cakap la bahaya kalau cirit birit time pregnant. Kalau early birth tu, silap-silap boleh keguguran. But now ak dah 8 bulan, dia cakap risikonye is takut terberanak. Oh dem!!! Ak paling benci dapat berita buruk camni. Now nak berak pon ak rasa nak tahan je....tak yah la berak kot bahaya! Huhuhu....

Ya Allah, selamatkan la kandungan ak ni no matter what. Biar ak sakit, jangan dia pun sakit sama. Aminn....

No comments:

Post a Comment