Baru-baru ni pakcik ak kawen. Akhirnyaaa...kawen jugak orang tua sorang ni! Hahaha...Bujang terlajak sudah pakcik ak ni. Alhamdulillah akhirnya setelah 48 tahun, terbuka jugak hati dia nak kawen. Kawen dengan orang muda lagi you... Wife dia baru 23 tahun, tapi dah jadi makcik. Anak buah dia pun umur 38 tahun, siap dapat pangkat nenek sebab dah bercucu. Ko mampu?? Hahaha...
Ak tak dapat attend wedding ni sebab ak dalam pantang lagi However dapat tengok la jugak how the event was from my cousin's FB. Below are some photos from the kenduri...
Uncle control macho. Hahaha...
Dapat jugak atok menepung tawar anak kesayangan dia ni. Tua dah atok ak, terbongkok-bongkok..
Uncle dengan bini mudanya. Eh silap, bininya yang masih muda.
Bila tengok gambo yang bawah ni pulak, tetiba ak terasa tua..huhuhu...
Ni Am, anak Mak Uda. Ak suke buli dia masa kecik-kecik dulu, pastu dia akan nanges-nanges lari kat Mak Uda, mengadu le tu tapi ak akan bohong cakap dia nanges sebab dia jatuh sendiri. Hahaha... Dah jadi anak bujang dah haaa...
Yang baju purple tu Yuni, anak arwah Mak Uteh. Ak ingat lagi masa Yuni ni kecik-kecik, duduk dalam walker lagi, arwah Mak Uteh minta tolong ak suapkan dia. Ak pun suap le..tetiba budak tu meraung, Berlari Mak Uteh dapatkan anak dia, Rupanya bihun yang ak suapkan tu panas lagi, ak tak tiup, mau tak meraung budak tu. Hahaha..mana ak tau.
Yang laki sebelah Uncle tu pulak Syafiq. Ak suke gila dukung dia masa dia kecik dulu sebab dia kurus je, ringan nak angkat. 1 day ak ngan dia duduk depan pintu, ak tunjuk 1 kereta kat dia. Ayat tu je ak ulang banyak kali "1 kereta" sebab ada 1 tu je kereta depan pintu tu masa tu. Later ada orang ajar dia mengira 1,2,3 dia jawab "1 kereta". Hahaha....
Bebudak ni dulu sume kecik-kecik lagi. tergolong dalam kumpulan Domz-Kid, iaitu group untuk budak-budak. Kalau ada family day, depa ni akan main game budak-budak like tiup belon ke, rebut gula-gula ke. See how big they are now.
Terasa amat la diri ak ni dah tua. Beudak-budak tu tak main der rebut gula-gula nowadays. Now depa main tukar-tukar lagu K-Pop dalam MP3. Huhuhu...
Well, apa ak expect kan. Ak pun dah jadi mak orang dah skang. Feeling muda lagi uolss, pengsann..hahaha...
No comments:
Post a Comment