Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 12, 2012

Kawan ku kawan mu jua..

Semalam petang ak, En.Suami dan Amani pergi pasar malam kat Putrajaya.

Tengah jalan-jalan tu, tetiba En.Suami buat muka terkejut. Dia terserempak ngan kawan dia, sorang awek yang putih tinggi dan agak besar badannya (yela...kalau nak dicompare dengan ak yang kecik cinonet ni..). Pendek cite memang cantik la...(ak memang selebet time tu, kata pun gi pasar malam je kan..)

Ak ni kalau En.Suami jumpa kawan dia, biasanya ak hanya akan berdiri tegak kat belakang and senyum simpul je buat-buat ayu. Kalau perempuan ak salam, then settle. Takde jadahnye ak nak tegur kawan dia tu. Takyah la nak buat-buat peramah plak kalau setakat terserempak tepi jalan tu kan.

Dalam kereta ak tergerak ati nak tanya En.Suami siapa kawan dia yang gojes tu..

En Suami: Ala, Azida la. Dia ada kembar, Azima. Yang tadi tu Azida ke Azima pun abang tak tau, tapi memang dia la.

Ak: Cop, budak sekolah kita ke? Kembar Azima Azida tu..ingat ingat! Lorr..Azida tu duduk sebelah ayang kot dalam kelas..

En. Suami: Dia kawan baik Lyn tu.

Ak: Memang patut pun depa rapat sebab rumah depa dekat-dekat, 1 blok.

Kadang-kadang rasa bongok la jugak diri ak ni. Camne la boleh tak perasan yang ak and En. Suami ni dulu satu sekolah masa sekolah rendah. Kawan dia kawan ak la jugak. Boleh pulak ak buat muka toye je masa jumpa Azida tu. Patutlah dia buat muka mesra je masa jumpa ak, siap tanya ak duduk mana, keje mana segala, rupanya kawan ak dowhhh...Hahahaha! Budusss la ko ni Farah.

Ni bukan kali pertama pun sebenarnya. Kat Cameron aritu ada sekali terjumpa kawan skolah. Masing-masing dah besar dowh, dah tua, mana ak nak cam lagi. Kenal dulu masa muka innocent kanak-kanak, now masing-masing dah make-up tebal 3 inci. Lagipun dah lama benar ak meninggalkan mereka, lain la En.Suami yang masih bersekolah sama dengan mereka masa sekolah menengah. Makanya ak tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Ihik!

1 yang ak pelik, selalu beno En.Suami ni jumpa kawan-kawan. Ak kalau jalan-jalan takde jumpa sorang pun. Konpiusss....

Kenangan sewaktu re-union sekolah rendah. Titik permulaan jodoh kami berdua. Tengok, baju pun sama kaler..Memang kuat chemistry kami kan.

No comments:

Post a Comment