Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 6, 2012

Malassss...

Sekarang ni ak hold dulu study ak. Tula gatal pergi mengandung time belajar, dah terpaksa hold dulu sebab nak bersalin.

Patutnya September ni ak start new semester, tapiiii.....

malasnya nak belajar balik. T_T

Ak niat nak quit je. Alasan-alasan untuk ak quit ialah;

1. Sejak ada anak ni, memang tak cukup masa. Sepenuh masa dihabiskan untuk jaga dia. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Itu mujur makanan dah ready, kalau tak memang confirm ak tak makan sebab memang tak sempat der nak masak.

2. Kelas malam. Siapa nak jaga anak malam-malam? Kalau En. Suami ada pun, tak sampai hati nak let go tugas jaga anak kat dia sorang-sorang. Nanti anak tu lebih rapat dengan ayahnye, ak jugak yang jeles.

3. Ak ada baki 2 sem je tapiiiii.... final year projek tu paling hazab nak complete kan. Kawan ak sampai berhenti kerja la, amik cuti 2 minggu la.. Ak nak cuti celah mana sampai 2 minggu, tak dapek der..Nak upah orang buat FYP tu, takde duit la pulak...Nak buat sendiri? Berpeluhhhh....

4. Ak belajar ni berhutang dengan PTPTPu sebenarnya. Baki 2 sem tu kos nya lebih kurang RM8000. Ak fikir dari ak menambah hutang, baik ak guna RM8000 tu untuk settlekan aje hutang Degree. Haisy, bila la kerajaan nak hapuskan yuran pentadbiran PT ni...

5. Ak ade few close friends yang dah grad tapi masih belum dapat kerja. Working experience dorang gempak jugak. Now with Master, they hardly get even an interview! Apatah lagi ak yang background kerani je ni, tetiba ada Master, laku ke resumenye? Memang la rezeki orang lain-lain but hey, I'm in HR field for too long. I know the game. Chance is almost null!

Ada banyak lagi alasan nak list tapi kat atas ni kira top 5 la. Tapi ramai sangat yang membantah. Even my besty pun tentang habes-habesan niat murni ak tu. Sedeyyy....

Katanye "quitter doesn't seem suits us well".

Bukan lah nak jadi quitter. Cuma perspektif and tujuan hidup ak dah berubah. Dulu ak sambung belajar sebab nak isi masa lapang. Bosan bila hari-hari pergi keje, balik rumah tengok tv, repaeat aktiviti yang sama hari-hari. Masa tu bf pon takde. But now I'm fully occupied. And focus ak bukan lagi pada kerjaya, tapi pada famili. Now Amani is my priority.

I'm not an achiever. Yes. Now rasa nak hidup simple je. Ak dah cukup happy sekarang. I'm blessed with a wonderful husband and a beautiful daughter. What more can I ask? Happy..itu je yang ak nak.

Tapi, kalau dah semua orang bantah, tak bernanah pulak telinga ak dengar orang membebel kalau ak berhenti kan. Hmm..sambung jela nanti. Dah tak kisah kan pointer, janji lulus je suda..

Caiyok Farah!

No comments:

Post a Comment