Dah beli! Dah beli!
Tu la mesin yang ak cakap tu. On je then dia tolong hayunkan buai.
There is no shortcut.. Still la kena dodoikan baby tido dulu. By the time dia dah tido, on mesin tu, then dah boleh tinggalkan baby and boleh la buat kerja. InsyaAllah anak lena tido, takde la asik terjaga je.
Kawan ak kagum tengok ak jaga anak, dia kata "Camtu je? Senangnya.."
Memang ak gunakan pendekatan 'senang dan simple' bila jaga anak. Dah biasa dibesarkan dalam keadaan serba sederhana, tak dibesarkan dengan barang-barang mahal, masuk universiti jugak ak adik beradik. Sihat walafiat jugak. Yang mana boleh pakai lama, ak beli yang kualiti sikit, mahal pun takpe. Yang lain, ak beli yang biasa-biasa je.
Bukan kedekut, cuma ada banyak lagi mende boleh dibeli. Ada anak ni, tak semestinya semua duit pun nak spend ke dia. Tak payah obses sangat la dengan anak tu. Kena ada bajet untuk diri sendiri jugak, contohnya saving untuk pergi holiday. Tak gitu??
Orang kata besarkan anak ni jangan stress-stress sebab anak akan ikut perangai mak bapak dia. So ak memang guna je semua kemudahan yang ada. Ada orang effort sampai bengkak mata untuk dodoikan anak tido, namun nak masukkan anak dalam buai, tidak sama sekali. Then usaha tidak gunakan puting tiruan. Kalau guna susu formula pun, beli yang mahal sekalik, dah sama harga mcam kopi Starbuck dah sebotol susu budak tu.
Bagi ak, kenapa nak susahkan diri. Menda dah ada, lain la kalau nak pakai puting tu kene cairkan getah, masuk dalam acuan, tunggu sejuk then baru boleh guna..ni menda dah siap, tinggal sumbat je dalam mulut dia, guna jela. Janji budak tu senyap. And buai tu pulak, ak lebih happy tengok anak ak tido lena daripada terseksa nanges esak-esak nak tido tapi tak lena. Will do anything supaya diri tak stress. Ak nak anak ak dibesarkan dalam suasana yang sihat.
Itu pendapat ak sebagai wanita berkerjaya. I need time for myself too. Mungkin lain pula pendapat suri rumah. Terpulang..
Yang pastinya, pandai atau tidak budak tu, bukan bergantung pada apa yang dia minum masa kecik, bukan baju jenama apa yang dia pakai masa kecik. Tapi pada didikan dan usaha budak tu sendiri.
Ada je anak petani, pesawah and nelayan yang sukses kan??
No comments:
Post a Comment