Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 30, 2012

Confirm

Milah saje nak update.

Aritu gaji kan, esoknya Jenab datang opis.

And since then attendance never fail.

So confirm la kan dia memang sengkek gila takde duit nak gi opis.

Halal ke haram?

Ada orang bagi ni kat opis...from Korea.

 The front cover

The back cover

Dah camne nak makan kek ni? Tak faham satu habuk pun kat cover dia ha. Nak tanye si pemberi, dia bukan tau hukum halal haram, dia orang Korea. Nak Google translate, camne pulak ak nak taip tulisan Korea ni.

Nampak sedap. Teringat plak kat kek Hiro yang selalu makan masa kecik-kecik dulu. Ntah-ntah lebih kurang sama rasanya.

Nak makan ke tak ek??

Ustaz kata kalau ragu-ragu jangan makan.

Ok, bagi orang.

Tuesday, June 26, 2012

Da beli!

Dah beli! Dah beli!


Tu la mesin yang ak cakap tu. On je then dia tolong hayunkan buai.

There is no shortcut.. Still la kena dodoikan baby tido dulu. By the time dia dah tido, on mesin tu, then dah boleh tinggalkan baby and boleh la buat kerja. InsyaAllah anak lena tido, takde la asik terjaga je.

Kawan ak kagum tengok ak jaga anak, dia kata "Camtu je? Senangnya.."

Memang ak gunakan pendekatan 'senang dan simple' bila jaga anak. Dah biasa dibesarkan dalam keadaan serba sederhana, tak dibesarkan dengan barang-barang mahal, masuk universiti jugak ak adik beradik. Sihat walafiat jugak. Yang mana boleh pakai lama, ak beli yang kualiti sikit, mahal pun takpe. Yang lain, ak beli yang biasa-biasa je.

Bukan kedekut, cuma ada banyak lagi mende boleh dibeli. Ada anak ni, tak semestinya semua duit pun nak spend ke dia. Tak payah obses sangat la dengan anak tu. Kena ada bajet untuk diri sendiri jugak, contohnya saving untuk pergi holiday. Tak gitu??

Orang kata besarkan anak ni jangan stress-stress sebab anak akan ikut perangai mak bapak dia. So ak memang guna je semua kemudahan yang ada. Ada orang effort sampai bengkak mata untuk dodoikan anak tido, namun nak masukkan anak dalam buai, tidak sama sekali. Then usaha tidak gunakan puting tiruan. Kalau guna susu formula pun, beli yang mahal sekalik, dah sama harga mcam kopi Starbuck dah sebotol susu budak tu.

Bagi ak, kenapa nak susahkan diri. Menda dah ada, lain la kalau nak pakai puting tu kene cairkan getah, masuk dalam acuan, tunggu sejuk then baru boleh guna..ni menda dah siap, tinggal sumbat je dalam mulut dia, guna jela. Janji budak tu senyap. And buai tu pulak, ak lebih happy tengok anak ak tido lena daripada terseksa nanges esak-esak nak tido tapi tak lena. Will do anything supaya diri tak stress. Ak nak anak ak dibesarkan dalam suasana yang sihat.

Itu pendapat ak sebagai wanita berkerjaya. I need time for myself too. Mungkin lain pula pendapat suri rumah. Terpulang..

Yang pastinya, pandai atau tidak budak tu, bukan bergantung pada apa yang dia minum masa kecik, bukan baju jenama apa yang dia pakai masa kecik. Tapi pada didikan dan usaha budak tu sendiri.

Ada je anak petani, pesawah and nelayan yang sukses kan??

Monday, June 25, 2012

Honda..wekk wekk!!

Cerita pasal opis Milah lagi...

Ada sorang minah kat opis Milah ni, namanya Jenab. Jenab ni dah tua...takdela tua tahap kerepot tapi tua tahap kakak kepada Milah.

Milah memang tak berkenan sangat ngan Jenab ni.

Alkisahnya, Jenab ni pakai kereta Honda City. Ala, bukan model baru tu pun, model lama. Milah tak kisah pun dia pakai Honda tu, tak gatal pun ketiak Milah. Tapi yang jadi kudis kat Milah ialah apabila si Jenab ni berlagak gila dengan kereta Honda dia tu!

Honda City je kot..bukan Honda Accord Type R yang ko nak melagak sangat. Masa mula-mula kenal Jenab ni dulu, dia selalu sebut "I pakai kereta Honda ni kan.." "Kereta Honda ni memang best.." "Nasib baik ayah I suruh beli Honda ni"...amboi, bukan main taksub lagi dengan Honda dia tu. Tapi masa tu Milah and the geng ok je, takpe..kasi can kat dia nak melagak. Tapi ni dah masuk setahun lebih mereka kawan, dia masih lagi bangga ngan Honda dia. Tak bernanah telinga nak dengar??

Kalau ada kawan baru, soalan pertama dia tanya "You bawak kereta apa?" Hoh, ape kaitan?? Kalau kau tanya dia ade bela kucing kat rumah ke tak, pun logik lagi dari soalan ko tu. Pernah dia nampak kawan Milah bawak Myvi, bertalu-talu dia tanya "You bawak Myvi ke?" Selagi kawan Milah tu tak jawab, selagi tu dia tanya. So what?? Kenapa kalau orang tu bawak Myvi pun? Kaki ko bernanah ke dia bawak Myvi?

Owwhh..Milah lupa. Dulu Jenab pernah bagi statement "Ala, kereta MURAH je..Gen2". Hoh, menyirap darah Milah. Milah bawak Gen2 kot!

Pernah juga dia bagi statement "Adik ipar I nak beli kereta, baru kerja tapi ade hati nak beli kereta MAHAL. Nak beli Honda. Last-last I suruh dia beli kereta MURAH je, I suruh beli Myvi"

Tak sakit hati ko dengar? Bengang gila kawan yang bawak Myvi tadi.

Pendek cerita, memang semua orang tak suka Jenab.

Sejak akhir-akhir ni, Jenab jarang masuk opis. Asyik work from home je. Uiiihhh...orang lain dengki la kenapa dia boleh work from home. Kalau dia boleh, orang lain pun nak!

Sekaliiiii...terbuka la cerita. Rupanyaaaa....si Jenab ni takde duit pergi opis!!!

Suami Jenab tetiba buat dajal berhenti kerja dan nak setup perniagaan sendiri. Sekarang Jenab kene tanggung famili. Rupanya jugak, kereta Honda tu je satu kereta yang ada. Suami dia takde kereta, pakai motor je.  So now, kena gilir-gilir pakai kereta, tu pasal Jenab tak boleh datang opis. And kalau dia datang opis pun, punya la sengkek sampai lunch pun makan nasi lemak je. Kesian...

Milah and the geng kat opis ni apa lagi, gelak guling-guling la.

Apa guna pakai Honda kalau sengkek. Apa guna melagak kalau ada satu kereta je. Milah and the geng yang pakai kereta MURAH ni tak pernah pulak sampai takde duit nak pergi opis. Milah and the geng sebenarnya ada dua kereta kat rumah, laki diaorang ada kereta sendiri, diaorang tak pernah melagak pun.

Bukan tak kesian, tapi rasa sakit hati tu melebihi rasa simpati.

Padan muka!

Friday, June 15, 2012

Berenang

Sape dah pernah tengok vid ni?



Korang rasa tak ape ak rasa? Korang rasa tak?

Korang rasa JELES tak?

Ak JELESSSS GILEEEE!!!!

First ak jeles la si Bella ni reti swimming, ak tak reti. Second ak jeles sebab dia boleh swim seawal umur 10bulan! Dah maca anak ikan dah ak tengok ha. Kalau korang amati vid ni betul-betul, xde bubble yang kua dari hidung Bella. Ada la tapi sikit. Siyes dah macam anak ikan!

Satu lagi ak kagum, selamber je SM ni tekan anak dia dalam air. Seriau pulak ak nengoknye. Ada la few times ak mandikan Amani, air termasuk sikit dalam hidung, dia dah meraung, tros cancel mandi. Memang tak la ak sanggup nk rendam Amani dalam air penuh satu kolam camni. Ak pun pernah cuba belajar berenang, gila hazab bila air masuk hidung. Ini kan pulak baby camni. Isy, tak tercapai akalku!

Tapi memang siyes jeles tengok Bella siap sengih-sengih lagi dalam air. Wahai Bella, apakah??

Ak memang nak ajar Amani swimming, Cukup lah mama dia sorang je yang tak pandai swim, tak payah nak turunkan kat keturunan ak pulak kan. Bukan apa, kalau ada pape jadi, tak perlu la En. Suami memlih antara anak dan isteri. Anak dah pandai selamatkan diri sendiri, so selamatkan lah emaknya ha.

Bab ni memang ak dah serahkan awal-awal kat bapak dia. I said "Darling, make sure Amani pandai swimming". Gitewww...

Thursday, June 14, 2012

Papa..papa..



Cute giler ok video nih! Dah banyak kali ak tengok.

Amani dah besar nanti nak buat camni gak la..Lekat video kat kepala dia. Tapi ak takde video cam. Maka, lekat handphone??

KARMA

Karma. What you give, you get back. Kita buat kat orang, suatu hari nanti kita pun kene jugak. Karma

Hari ni Milah happy sangat! Seronok dapat tengok Lalita dapat balasan dia. Karma.

Dulu...prestasi Milah tak berapa nak bagus. Ada la masalah peribadi yang menganggu fokus kat tempat kerja. Apa kerja pun semua tak berjalan dengan lancar.

Pernah sekali tu, bos panggil Milah, meeting 1-1. Teruk Milah kene 'belasah' dengan bos. Bos cakap "I heard from your friend that you did not perform". Haa..bila bos cakap friend tu, Milah cari la siapa yang dok bawak mulut kan. Rupanyaaa...si Lalita ni dekat belakang selalu mengadu kat bos pasal Milah.

Milah sedih la.. Nasib baik lepas bagitahu keadaan sebenar dekat bos, bos bagi peluang. Tapi Milah kecewa sangat sebab Lalita, teammate Milah, sanggup buat cerita busuk kat bos. Kata kawan, kawan kena support kawan la. Lagi pun, kalau ada tak puas hati apa-apa, Lalita patut cakap direct dengan Milah, bukan dok cerita belakang dengan bos. Betul tak?? Depan Milah, Lalita ni baik gila kot, macam concern, konon kesian kan Milah, tapi kat belakang mulut longkang!

Lalita ni memang dasar busuk hati rupanya. Dia macam racism jugak, dengki bangsa lain berjaya. Over self-esteem plak tu, perasan bagus, padahalll...kelaut! Dia tau kerja dia so-so je..so bila dia nak naik, dia pun jatuhkan orang lain la. Kena pulak bos jenis suka kena ampu, memang menjadi la taktik taik dia tu.

Itu dulu... Sekarang Milah dah okay. Performance maintain, Tak kisah la tak naik, tapi yang penting tak turun. Milah tak buat apa-apa pun pasal Lalita tu. Takpe, Milah percaya pada karma.

La ni, Lalita pulak tak fokus pada kerja, Putus cinta katanya.. (tak la 'putus' cinta sangat kalau tak bercinta pun..ni lebih pada cinta tak berbalas sebenarnya). Dah banyak kali Lalita buat salah yang libatkan isu-isu besar. Dah buat salah tu satu pasal la, entah apa ke bebalnya, dia yang atur meeting, tapi dia yang tak masuk meeting. Mengamuk la bos. Boleh dia bagi alasan "Sorry, I pergi derma darah tadi" Alasan...padahal dia memang lupa. Kalau kitorang tak call dia suruh masuk meeting, kompem sampai ke sudah tak masuk. Bos pun sound la "Nak derma darah ke, nak lunch sampai pukul 6 ke, buat hari lain, bukan masa kita ada meeting".

Kan, karma. Dulu bila orang buat salah, kau canang satu opis. Sekarang ko salah, tak payah orang susah-susah nak canang, semuanya terjadi sendiri. Peliknya, memang semua silap Lalita tu ialah silap yang pernah Milah buat dulu. Dulu ko kutuk Milah macam kan ko tu perfect sangat, sekarang ko buat mende yang sama, pe cer???

Tak payah nak busuk hati sangat. Remember, KARMA.

Friday, June 8, 2012

Kaki


Siapa kata susah nak jaga anak? See, boleh buai anak pakai kaki sementara tangan sibuk main Facebook.

Nak lagi senang pakai mesin, on je buai berhenjut sendiri. Itu on the way..bajet untuk gaji akan datang.

Tak susah kan??

Wednesday, June 6, 2012

Malassss...

Sekarang ni ak hold dulu study ak. Tula gatal pergi mengandung time belajar, dah terpaksa hold dulu sebab nak bersalin.

Patutnya September ni ak start new semester, tapiiii.....

malasnya nak belajar balik. T_T

Ak niat nak quit je. Alasan-alasan untuk ak quit ialah;

1. Sejak ada anak ni, memang tak cukup masa. Sepenuh masa dihabiskan untuk jaga dia. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Itu mujur makanan dah ready, kalau tak memang confirm ak tak makan sebab memang tak sempat der nak masak.

2. Kelas malam. Siapa nak jaga anak malam-malam? Kalau En. Suami ada pun, tak sampai hati nak let go tugas jaga anak kat dia sorang-sorang. Nanti anak tu lebih rapat dengan ayahnye, ak jugak yang jeles.

3. Ak ada baki 2 sem je tapiiiii.... final year projek tu paling hazab nak complete kan. Kawan ak sampai berhenti kerja la, amik cuti 2 minggu la.. Ak nak cuti celah mana sampai 2 minggu, tak dapek der..Nak upah orang buat FYP tu, takde duit la pulak...Nak buat sendiri? Berpeluhhhh....

4. Ak belajar ni berhutang dengan PTPTPu sebenarnya. Baki 2 sem tu kos nya lebih kurang RM8000. Ak fikir dari ak menambah hutang, baik ak guna RM8000 tu untuk settlekan aje hutang Degree. Haisy, bila la kerajaan nak hapuskan yuran pentadbiran PT ni...

5. Ak ade few close friends yang dah grad tapi masih belum dapat kerja. Working experience dorang gempak jugak. Now with Master, they hardly get even an interview! Apatah lagi ak yang background kerani je ni, tetiba ada Master, laku ke resumenye? Memang la rezeki orang lain-lain but hey, I'm in HR field for too long. I know the game. Chance is almost null!

Ada banyak lagi alasan nak list tapi kat atas ni kira top 5 la. Tapi ramai sangat yang membantah. Even my besty pun tentang habes-habesan niat murni ak tu. Sedeyyy....

Katanye "quitter doesn't seem suits us well".

Bukan lah nak jadi quitter. Cuma perspektif and tujuan hidup ak dah berubah. Dulu ak sambung belajar sebab nak isi masa lapang. Bosan bila hari-hari pergi keje, balik rumah tengok tv, repaeat aktiviti yang sama hari-hari. Masa tu bf pon takde. But now I'm fully occupied. And focus ak bukan lagi pada kerjaya, tapi pada famili. Now Amani is my priority.

I'm not an achiever. Yes. Now rasa nak hidup simple je. Ak dah cukup happy sekarang. I'm blessed with a wonderful husband and a beautiful daughter. What more can I ask? Happy..itu je yang ak nak.

Tapi, kalau dah semua orang bantah, tak bernanah pulak telinga ak dengar orang membebel kalau ak berhenti kan. Hmm..sambung jela nanti. Dah tak kisah kan pointer, janji lulus je suda..

Caiyok Farah!